Jika ada masalah, isteri patut jadi orang pertama yang tahu. Bukan cerita dekat orang lain. Lebih-lebih lagi bukan pada kawan atau ahli keluarga. Malah dengan mak sendiri pun tak boleh.
Jika masa bujang dulu hidup bawah ketiak mak sekalipun, lepas je kahwin mesti belajar berdikari. Belajar selesaikan masalah sendiri suami isteri tanpa bantuan orang lain. Belajar dirikan rumah tangga sendiri tanpa pengaruh orang luar yang belum tentu lagi apa niat mereka.
Ads
Oleh itu, langkah pertama sentiasa dahulukan isteri. Jangan berahsia walau sekecil mana pun masalah. Percayalah tak ada orang yang lebih ikhlas nak bantu kita dalam kesusahan melainkan isteri kita. Kalau kita susah dia pun turut kena tempias. Masalah kita, masalah isteri juga.
Tak ada orang yang lebih sesuai jadi penasihat hidup kita melainkan isteri kita sendiri. Orang yang dah tinggalkan keluarga sendiri untuk hidup sebumbung dengan kita. Orang yang dah lupakan gaya hidup sendiri untuk ikut bina hidup bersama kita.
Ads
Orang yang tak pernah sembunyikan apa apa pun dari kita melainkan penatnya mengurus keluarga kita.Itu la isteri kita. Dia dah berkorban banyak tapi apa yang dia mahu dari kita cuma rasa di hargai dan rasa di utamakan dalam hidup.
Bukan bila ada masalah je cari isteri, waktu paling senang pun kena utamakan isteri juga.
Sentiasa jadikan isteri Pilihan Utama dalam apa pun keadaan nescaya bahagia la rumahtangga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu pengalaman yang begitu mencabar bagi Yatt Hamzah bila mana terpaksa menyimpan stok susunya ditempat selamat tanpa rosak sebelum pulang ke tanah air.
Menurut kata Yatt menerusi perkongsian beberapa videonya di Instagram, dia berdepan kesukaran untuk menyimpan susu yang dipam untuk bayinya, bila mana terpaksa memberitahu pihak hotel setiap hari dengan keadaan mereka yang kurang memahami ditambah pula dengan keadaan dirinya yang berseorangan di Tanah Suci.
Yatt berkesempatan membuat sesi Live berkongsi masalah itu kepada umum.
“Ya Allah permudahkanlah urusan hamba MU ini mencari Dry Ice (ais kering) di kota Mekah ini agar dapat ku bawa pulang semua stok susu buat anakandaku #sayfmohammedzubayr dengan selamat. Ameen.
“Cabaran paling getir adalah mencari ais kering di Mekah. Yang sejenis letak dalam kotak ice cream Baskin Robin untuk kekal sejuk beku bukan sekadar sejuk tapi beku.
“Susu-susu pam ni wajib sentiasa dalam keadaan beku jika berada di luar barulah tak rosak. Tapi Bonda dah mencari di banyak kedai memang tiada jual. Nak beli di Baskin Robin mereka tak jual pula ice tu. Ya Allah permudahkanlah,” kongsi Yatt menerusi sesi Live.
Hancur hati kalau susu terpaksa dibuang
Malah kata Yatt lagi menerusi video itu, dia berdepan kesukaran bila mana dia terpaksa menjelaskan mengenai simpanan susu itu setiap kali mahu menyimpan stok susunya. Rutin sama yang memenatkan namun inilah perjuangan seorang ibu demi bayi tercintanya.
“Mohon sangat semua doakan Bonda di sini ya. Kalau rosak 28 beg susu ni dan terpaksa dibuang memang hancur hati Bonda ni. Allah.
“Ni belum lagi mengadap nak naik flight bila pulang nanti. Boleh ke tak agaknya tumpang freezer kapal terbang tu kan?? Sebab lebih 15 jam penerbangan kan. Rabbi Yassir Walatuassir Ya Kareem.
“Jika ada ibu-ibu yang pernah ada pengalaman macam Bonda please share ya. Jazakumullah khairan khatira,” kongsinya lagi.
Melalui satu entri berlainan yang dikongsikan oleh Yatt, stok simpanan untuk untuk Baby Sayf telah pun berjaya diletakkan dengan tempat selamat malah dipek kemas sebelum berangkat pulang. Semuanya berkat pertolongan rakyat Malaysia di sana.
“Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Semalam lepas LIVE dan Bonda share tentang susu-susu yang dalam keadaan bahaya dikhuatiri rosak. Ramai sangat tampil nak bantu sampai tak menang tangan nak buka dm dan pm sebab kat sini Bonda memang jarang sangat pegang HP.
“Alhamdulillah masa LIVE semalam terserempak dengan orang-orang Malaysia, masa Bonda sebut takde jumpa orang Malaysia! MashaAllah Allah bagi Cash. Lagi best dorang bukan calang-calang, tapi boss travel agent Umrah. Fuhh, memang indah sangat Allah susun. Boleh kah anda bayangkan.
“Dan memang mudah sebab mereka yang bantu dealkan dengan Manager Hotel masalah Bonda tentang isu susu-sus8 pam tu. Alhamdulillah mereka akhirnya faham dan tampil membantu. Syukur sangat Allah permudahkan,” tulisnya lagi.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilihan baby car seat mesti disesuaikan dengan badan bayi dan kanak-kanak supaya mereka selesa dan paling penting posisi car seat mestilah selamat untuk si manja!
Tips Pemilihan Car Seat & Posisi Car Seat yang Selamat Untuk Si Manja
Berikut adalah jenis car seat & posisi yang sesuai:
1. Car Seat khas untuk bayi
Paling sesuai untuk bayi baru lahir dan bayi kecil kerana ianya dipasang menghadap ke belakang kereta (rear facing)
Kedudukan ini direka untuk memberikan perlindungan tambahan untuk kepala, leher dan dada bayi sekiranya berlaku perlanggaran
2. Car seat boleh tukar / diselaraskan
Sesuai digunakan untuk bayi yang berumur 9 bulan hingga 2-3 tahun.
Lebih besar dan kelihatan kukuh.
Cara memasang car seat ini diletakkan menghadap ke hadapan atau menghadap ke belakang yang boleh dilaraskan mengikut tumbesaran anak (rear & forward facing)
3. Car seat 3-dalam-1
Saiz lebih besar dan direka untuk menghadap ke hadapan (forward facing). Sesuai untuk kanak-kanak 2-7 tahun.
4. Tempat duduk penggalak tambahan atau booster-sesuai utk 4-12 tahun.
Tidur siang hari adalah sama pentingnya dengan melelapkan mata pada waktu malam. Ia membantu memastikan anak mendapatkan waktu rehat yang diperlukan setiap hari. Jom ketahui lebih lanjut mengenai manfaat tidur siang untuk anak.
Manfaat tidur siang untuk anak
Apabila anak membesar, tidur pada waktu siang atau nap memberikan tubuh dan minda mereka ruang untuk berehat dan mengecas semula tenaga. Bahkan jika anak terlalu penat, ia akan menyukarkan mereka untuk tidur di malam hari.
Faedah lain tidur siang adalah:
Membantu anak belajar
Umumnya sebagai ibu bapa, kita mengetahui kepentingan tidur pada waktu malam amat penting untuk fungsi otak yang optimum. Jika tidak, kesan yang boleh dialami adalah seperti:
Rasa kabur
Mudah lupa
Tidak fokus
Mudah marah
Kesukaran melakukan aktiviti harian biasa
Jadi, tidak ada bezanya sekiranya si kecil tidak mendapat rehat yang mencukupi dan di sini wujudnya manfaat tidur siang untuk anak.
Bagi kanak-kanak yang biasa nap, melangkau tidur siang boleh memberikan kesan ketara terhadap keupayaan mereka untuk menggabungkan memori dan seterusnya belajar.
Penting untuk memahami, bukan semua kanak-kanak yang tidak tidur siang berdepan masalah daya ingatan lemah. Tetapi jika anak sudah biasa dengan amalan tidur pada siang hari dan melangkaunya, maka proses kognitif mereka akan terjejas.
Keperluan untuk anak tidur siang hari
Berikut tempoh tidur pada waktu siang yang diperlukan anak mengikut usia:
Bayi 0–3 bulan 14–17 jam. Bayi baru lahir cenderung untuk tidur sepanjang masa, bangun setiap beberapa jam untuk makan.
Bayi 4–12 bulan 12–16 jam. Sekitar usia 4 bulan, irama tidur mula menjadi lebih teratur. Kebanyakan bayi tidur lebih lama pada waktu malam dan mempunyai 2-3 sesi tidur siang hari.
Anak kecil 1-2 tahun 11–14 jam. Si kecil masih boleh tidur siang 2x sehari, tetapi kebanyakannya hanya akan tidur sekali sehari apabila mencapai usia 18 bulan.
Manfaat tidur siang untuk anak prasekolah 3-5 tahun
10–13 jam. Ramai kanak-kanak prasekolah mendapat tidur yang cukup pada waktu malam dan berhenti tidur petang pada fasa ini.
Usia persekolahan 6-12 tahun 9–12 jam. Kanak-kanak berumur lebih dari 6 tahun harus tidur sepenuhnya pada waktu malam. Jika anak anda yang lebih besar kerap tidur siang hari, tetapkan tempoh nap yang bersesuaian dengan jumlah tidur yang disyorkan.
Tip untuk tidur pada waktu siang hari yang lebih baik
Walaupun banyak kebaikan tidur siang, tetapi ada kalanya sukar untuk membuatkan anak tidur dan berehat walaupun seketika, betul tak?
Berikut antara petua yang mungkin boleh anda cuba:
Tetapkan mood
Mewujudkan rutin tidur dan tabiat merehatkan badan berkala – seperti bercerita diikuti usapan pada bahagian belakang badan – menghantar isyarat sudah tiba masa untuk anak berehat.
Sebaiknya pastikan waktu tidur siang hari dan tempat adalah sama setiap hari.
Masa yang betul
Apabila anda terlihat tanda anak mengantuk, contohnya menguap atau menggosok mata, bawa mereka ke bilik dengan suhu selesa dan persekitaran bebas gangguan.
Tempoh pendek
Kajian mendapati semakin lama tempoh tidur siang, kesannya anak akan sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.
Jadi, sekiranya si kecil masih belum bersedia untuk melepaskan waktu tidur siang, cuba untuk pendekkan tempoh nap anak atau biarkan anak tidur lebih awal.
Kesimpulan
Waktu tidur siang adalah masa untuk mengisi semula tenaga buat anda dan juga si kecil. Terdapat banyak manfaat tidur siang untuk anak. Namun jika si kecil tidak mahukannya, usah memaksa atau menjadikan sesi tidur siang sebagai ‘medan perang’.
Sebaliknya cukuplah untuk memberikan ruang untuk anak berehat dalam persekitaran yang menenangkan.
Sekiranya wujud persoalan atau kebimbangan mengenai tidur siang untuk si kecil, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.