Jika ada masalah, isteri patut jadi orang pertama yang tahu. Bukan cerita dekat orang lain. Lebih-lebih lagi bukan pada kawan atau ahli keluarga. Malah dengan mak sendiri pun tak boleh.

Jika masa bujang dulu hidup bawah ketiak mak sekalipun, lepas je kahwin mesti belajar berdikari. Belajar selesaikan masalah sendiri suami isteri tanpa bantuan orang lain. Belajar dirikan rumah tangga sendiri tanpa pengaruh orang luar yang belum tentu lagi apa niat mereka.

IKLAN

Oleh itu, langkah pertama sentiasa dahulukan isteri. Jangan berahsia walau sekecil mana pun masalah. Percayalah tak ada orang yang lebih ikhlas nak bantu kita dalam kesusahan melainkan isteri kita. Kalau kita susah dia pun turut kena tempias. Masalah kita, masalah isteri juga.

Tak ada orang yang lebih sesuai jadi penasihat hidup kita melainkan isteri kita sendiri. Orang yang dah tinggalkan keluarga sendiri untuk hidup sebumbung dengan kita. Orang yang dah lupakan gaya hidup sendiri untuk ikut bina hidup bersama kita.

Orang yang tak pernah sembunyikan apa apa pun dari kita melainkan penatnya mengurus keluarga kita.Itu la isteri kita. Dia dah berkorban banyak tapi apa yang dia mahu dari kita cuma rasa di hargai dan rasa di utamakan dalam hidup.

Bukan bila ada masalah je cari isteri, waktu paling senang pun kena utamakan isteri juga.
Sentiasa jadikan isteri Pilihan Utama dalam apa pun keadaan nescaya bahagia la rumahtangga.

Kredit: Mohd Fhais (Parenting Influencer)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)