Setiap perkahwinan yang dibina menjadi bukti cinta antara pasangan suami isteri. Namun masih ramai lagi yang tak memahami satu sama lain sehingga ada je yang tak puas hati.
Kita kena faham pasangan kita bukanlah datang dari latar belakang yang sama. Masing-masing ada cara tersendiri. Jadi nak tak nak, kita mesti terima. Jika ada kekurangan, tegurlah elok-elok. Itu semua akan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, setiap suami dan isteri, Tuhan memberikan satu bekal untuk dia bawa sepanjang hidup berumahtangga ini.
Suami, Tuhan beri sabar.
Isteri, Tuhan beri redha.
Nak menjadi suami yang sabar, memang Tuhan hadirkan isteri bersama sikapnya yang cukup mencabar.
Nak menjadi isteri yang redha pula, memang Tuhan berikan suami yang sangat menguji iman dan jiwa.
Kalau suami mahu belajar sabar, maka jiwa dan hatinya sebagai suami akan perlahan-lahan di bina dan akhirnya dia benar menjadi suami yang paling baik buat anak isterinya.
Kalau isteri mahu belajar redha, maka perlahan-lahan jiwa dan hati seorang isteri hidup dan terus kuat menghadapi apa pun yang datang dari suami.
Itulah hasil dari mereka yang menjadi suami isteri. Bukan hanya menjadi wanita dan lelaki.
Rumah tangga adalah tempat proses untuk menghasilkan manusia yang hamba. Yang memberi lebih dari meminta.
Yang kuat dengan Tuhannya. Yang mahukan syurga. Yang menangis dengan dosa.
Bukan yang riang berlari-lari di tepian pantai dan mengira bulan bintang sahaja.
Sumber: Abu Hurairah Asifa
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.