Macam-macam cara orang buat simpanan wang. Ada yang suka mengadakan pelbagai jenis tabungan khas untuk kegunaan masa hadapan. Cara simpanan pun ada banyak. Simpan hari-hari. Simpan pada hujung minggu saja. Ikut warna duit pun ada.
Seperti yang dikongsikan oleh Hani Mynis, dia membuat tabung yang diberi nama ‘Tabung 52′ dan ‘Tabung Suamiku Kaya’. Macam mana rupa tabung-tabung ini?
Ikuti penjelasan lanjut darinya.
#urusduitwithhani : tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ✅
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” 😂
Artikel Lain: [“Mak Mentua Selalu Panggil Anak Dengan Panggilan Yang Baik-Baik Walaupun Marah, Akhrinya Anak Jadi Berjaya”.]
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Mcm dpt duit kutu gitu haha so dgn duit ni lah kalau hani nak tebus wish list ke apa. Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit utk hantar mumy pergi umrah (alhamdulillah😊) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah smpena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri cmpur duit tabung ni (padahal student lg tak bekerja gitu 🤣).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni hani mula sbnrya. Sbb nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tlg je hahaha 🙈. Mcm hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri, suami elok juga bagi nafkah @ duit poket utk isteri sblm pergi kerja supaya berkat lagi duit suami. Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situ kan (tetiba bertukar mode ustazah nak bg tazkirah pulak haha)
Duit poket yg alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya 😹😹 mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha
Hanya berkongsi, mana yg nak mula tabung 52 weeks tu smpt je mula lagi. Details dalam caption gambar ye 🤗😘
Feel free to save and print!
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan 🤗
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dlm tabung tu rm13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yg baru nak mula minggu ni. Masukkan terus rm91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha 😜) so minggu depn teruskan je masukkan rm14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya tabung 52 minggu 🤗😘
Simpan lah dlm bekas apa2. Kalau takut terpakai guna tabung yg tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha) kat Eco tu. 🤣
Artikel Lain: [Biasanya Perangai Anak Ikut Ayah, Otak Cerdik Ikut Ibu. Kira Adillah!]
Free printable nak keep track senang. Total rm1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yg nak masukkan nilai2 lain. Mcm seminggu rm10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingt minggu ni dah masuk ke belum duit nya 🤗
Semoga bermanfaat 😘
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI