Wanita, apabila dia sudah berkahwin seluruh hidupnya hanyalah untuk suami, anak-anak dan keluarga. Hanya suamilah teman terbaik sepanjang hayatnya. Suami juga tempat isteri bermanja, tempat isteri meluah segala perasaan.
Suami, dialah tempat isteri bergantung dan juga sumber kekuatan. Bagi isteri, mereka hanya ingin suami memahami minat dan menyokong apa sahaja yang dilakukan. Bonus bagi seorang isteri jika dia dikurniakan suami yang memahami dan menyokong minat isteri. Malah isteri juga mampu berjaya jika suami menyokong penuh apa yang dilakukan.
Selangkah lagi dia. Dari suri rumah , buat video memasak sesajer dekat YouTube , dikenali hingga PM sebut nama dia. Berjaya jana duit dengan YouTube walau video tak edit beria.
Sekarang dah langkah lagi , jadi model. Dah disarung baju mahal. Dah disolek dengan makeup artist. Dah beraksi depan lensa.
IKLAN
Tahu tak suri rumah macam dia ni boleh sampai ke tahap macam ni sebab siapa selain asbab memang rezeki dia?
Sebab suami dia. Suami dia support dia. Dari cuma masak dekat ceruk dapur , uruskan anak , sekarang dah semakin terbang gapai apa yang dia nak.
Tapi tetap dia utamakan suami dengan anak dia. Sebab tu dia tolak banyak tawaran yang dia taknak nanti dia tak mampu beri perhatian dekat rumahtangga.
Suami dia rajin menolong. Disuruh rekod video , rekod. Disuruh tolong kacaukan makanan , dia kacau. Disuruh potong bahan nak masak , dia buat.
IKLAN
Dia sibuk nak edit video , suami dia bantu tengok anak. Suami bantu uruskan kerja rumah apa yang patut. Ada duit hasil YouTube , suami sanggup berhenti kerja sebab nak bantu isteri dia.
Ramai kecam suami dia sebab risau nanti pendapatan YouTube tak stabil untuk sara anak isteri dia. Rasanya sebelum diorang buat keputusan tu mesti dah fikir masak-masak , mesti dah rancang sesuatu jugak. Mungkin berhenti untuk sementara , mungkin ada kerja lain yang dibuat.
IKLAN
Pindah rumah lebih besar , pun untuk keselesaan anak-anak. Seronok tengok dia. Nah , ni dah selangkah lagi dia. Lepas ni mesti ramai ambil dia jadi model sebab wajah dia fotogenik, ayu , nampak natural.
” Yang boleh patahkan sayap isteri adalah suami. Yang boleh buat isteri terbang dengan jaya juga adalah suami. “
Kredit: Omma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ingat kisah adik Aqil Arshad yang diuji dengan penyakit sangat rare dan memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk menjalani rawatan. Jika anda mengikuti kisahnya sebelum ini pasti tahu betapa kuatnya Aqil melawan kesakitan tersebut.
Namun ketika kedua ibu bapa adik Aqil dan pakar perubatan berusaha untuk merawat penyakitnya, Allah dah jemput Aqil pulang ke pangkuannya 19 Jun lalu jam 7 petang.
Sebelum ini, Pa&Ma menyiarkan kisah arwah adik Aqil yang ketika itu berusia 3 bulan dan anak kedua kepada pasangan Arifin Idris dan Rina Nursyaza yang memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk membiayai kos rawatan.
Selepas diwar-warkan, kos rawatan itu berjaya diperoleh hasil bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan bermurah hati. Tetapi perancangan untuk memberi rawatan terbaik pada Aqil tak kesampaian sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu ayahnya.
Menerusi perkongsian ibu saudara arwah adik Aqil, Dr Saleha Idris, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Sekamat.
Sebagai wakil kepada ibu ayah adik Aqil, mereka sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang tak putus untuk anak syurga ini.
Di kesempatan itu juga, ahli keluarga mengharapkan agar terus memberi doa buat pasangan suami isteri tersebut melalui ujian yang Allah takdirkan.
Doakan ketabahan kekuatan buat suami isteri kuat dan hebat ini. Arifin Idris, Rina Nursyaza. Sebelum ni mereka diuji dengan kematian anak pertama secara tiba-tiba, baby Amani.
Hari ni ketika orang lain sambut Hari Bapa, seorang bapa mendukung anaknya dan hantar anak ke syurga. Kali ni baby Aqil pula pergi. Baby Aqil cukup kuat bertarung dengan diri. Akhirnya dia pergi dengan reda ibunya.
Buat pengetahuan semua, penyakit Severe Combined Immuno Dificiency (SCID) bukanlah penyakit biasa-biasa. Penyakit ini membuatkan badan Aqil tak kuat dan mudah sakit.
Sebelum kehadiran Aqil yang memberi sinar kebahagiaan buat kedua ibu bapa, Aqil ada seorang kakak. Tapi umur kakak Aqil, Amani juga tak panjang dan hanya bertahan 3 bulan sahaja selepas dilahirkan.
Ketika pemergian kakak Aqil, doktor tak dapat mengesahkan penyakit kakak Amani sehinggalah Aqil dilahirkan. Ketika kehadiran Aqil baru ibu ayahnya tahu kenapa kakak meninggal. Mungkin hikmah Aqil lahir ke dunia dapat jawab persoalan tersebut.
Antara tanda Aqil menderita sebab SCID ni macam:
1. Susah nak telan susu. Jadi Aqil muntah. Ingat tak Aqil cerita pasal kakak muntah sampai kakak dah tak ada. 2. Selalu cirit. 3. Selalu kena kuman dekat sistem pernafasan. 4. Jadi Aqil selalu demam, selsema tak sihat. Mungkin sebab macam ni la Aqil tak pernah senyum sejak lahir kat dunia ni. Aqil tak sedap badan.
Sementara itu, Dr Saleha juga mengemaskini status terbaru di Facebooknya dengan memberitahu sumbangan yang diberikan atas nama adik Aqil untuk rawatannya akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.
Salam buat semua yang sentiasa sabar menanti berita Aqil. Ini adalah makluman berkaitan Wang sumbangan Aqil.
1. Kami pihak NGO Malaysia Borderless Care Organization (MBCO) yang mendapat mandat amanah untuk mencari dana sumbangan Aqil untuk menjalani rawatan sumsum tulang.
2. Ketetapan Tuhan lebih baik Dan rahsia Kita tidak ketahui. Adik Aqil sudah pergi lebih awal usia 3 bulan 28 Hari. Tidak sempat untuk menjalani rawatan seperti dijanjikan. Pihak MBCO (ahli Lembaga, staf, sukarelawan dan seluruh penyumbang) sangat berduka atas berita ini . Kami ucapkan takziah kepada pihak keluarga Aqil lebih lagi ibuayah nya yang menerima ujian ini sudah Dua kali.
3. Pihak NGO memegang amanah Wang disumbang oleh rakyat Malaysia untuk bantuan baby Aqil.
4. Kami sudah berbincang dengan pihak ibubapa Aqil. Tuan Arifin Idris dan Rina Nursyaza. Mereka bersetuju untuk menyerahkan semuanya kepada NGO. Terpulang pada NGO untuk gunakannya di jalan betul.
5. Pihak NGO sudah berbincang dan menemui kata sepakat. Wang sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin adalah untuk selamatkan nyawa Aqil. Maka wang ini akan digunakan dan disalurkan untuk membantu individu yang sangat memerlukan dalam hal perubatan dan pembedahan juga (berkaitan nyawa).
6. Untuk sokong emosi dan Psikologi ibubapa Aqil. Pihak NGO juga bersetuju untuk membantu kos perubatan Aqil, kos kematian ( Mandi, kafan, kebumi dan kubur). Pihak MBCO juga bersetuju untuk menyerahkan sedikit bantuan kepada ibuayah Aqil atas asbab menjaga Aqil Dan berkorban jiwa, tenaga, Masa Dan Wang buat dirinya. Diharapkan ia menjadi sedikit sumber yang dapat membantu mereka. Antara asbab terikatan jalinan antara Aqil dan MBCO.
7. Kami berharap dengan kenyataan ini jelas dan pihak penyumbang serta orang ramai ambil maklum.
8. Jika ada pihak penyumbang ingin menuntut semula Wang disumbang boleh hubungi kami dan memberikan bukti kukuh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Tahukah anda selain bantuan RM600 sebulan, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.
Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Berikut dikongsikan garis panduan permohonan bantuan khas tersebut.
SYARAT KELAYAKAN
Bantuan ini hanya khas untuk mereka yang:
Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19
Anda tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:
Bukan Warganegara Malaysia
Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.
Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
CARA MEMOHON
Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:
Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.
Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat KWABBN)
DOKUMEN SOKONGAN
Selain itu, pemohon perlu juga mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:
1. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
2. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
Manakala bagi pemohon yang warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.