Seronok lihat cara suami model Muslimah dan pengacara TV Al-Hijrah, Farahanim Razak menguruskan anak kembar perempuannya yang baru berusia 2 bulan.
Dr. Arif Aizudin yang juga seorang doktor gigi nyata tak kekok menguruskan si kembar Amina Raissa dan Amira Raissa walaupun baru pertama kali bergelar ayah.
Kasih sayang seorang ayah jelas terpancar pada wajahnya yang bahagia dan gembira dengan kehadiran sepasang anak kembar perempuan sebagai cahayamata pertamanya dengan isteri tercinta.
Farahanim yang sudah kembali bertugas mengacarakan program di TV Al-Hijrah terpaksa menyerahkan tugas menguruskan anak kembarnya kepada suami apabila dia kena keluar kerja awal pagi.
Dalam posting yang dikongsi di instagramnya, Farahanim memuat naik satu video gelagat anak kembarnya yang menangis serentak ketika di pangkuan daddynya dengan kapsyen lucu mengucapkan selamat berjaya kepada suaminya.
Hubungan rapat ayah dan anak perempuan memberi impak besar terhadap perkembangan positif mereka.
Kajian menunjukkan ayah yang mempunyai hubungan rapat dengan anak perempuan dapat mempengaruhi pembentukan harga diri dan keyakinan anak sehingga dewasa.
Ads
Hubungan rapat ayah dengan anak perempuan juga penting untuk memberi pengaruh kuat terhadap kejayaannya di masa hadapan nanti.
Bahkan kajian juga membuktikan ayah akan layan anak perempuannya lebih manja berbanding anak lelakinya.
Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuorscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.
Ads
Ternyata memang betul hasil kajian tersebut kerana si comel Amina dan Amira memang betul-betul manja dengan daddy mereka.
Lihat sahaja satu lagi video yang dikongsi Farahanim macam mana aksi si kembar ‘berebut’ nak melekat dengan daddy yang sudah pulang dari kerja. Memang lucu!
Seorang ibu, apa-apa mesti akan utamakan anak dulu. Tak kisahlah bab makan atau beli apa-apa keperluan. Begitu jugalah situasinya bagi pelakon Ozylnn. Mengakui sifat keibuannya membuatkan dia tidak kisah orang memandang walaupun tengah menyuap nasi pada anak-anak biarpun ketika berkunjung ke restoran mewah.
Kata Ozylnn menyuap nasi pada anak-anak menggunakan tangan sendiri adalah yang terbaik.
“Mak-mak..buh (tempatkan) lah restoran mahal tang (di) mana pon..kalau kata kena suap anak.. Confirm pakai tangan mesti yang terbaik dan terpaling best. Anak kena hadap la kan..” katanya.
Isteri kepada pelawak Johan itu berkongsi perkara tersebut di akaun instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ozylnn memuat naik foto menyuap anak-anaknya itu makan.
Tambah Ozylnn lagi, tugas menyuap anak ketika keluar makan ada ketikanya membuatkannya tidak sempat untuk menjamu selera kerana sibuk menguruskan anak-anak.
“Kadang kala, kalau makan kat luar, lepas kita suap anak-anak giliran kita pulak..pastu anak kecil dah nangis.
“Jadi tak sempat la nak makan, cuma dapat rasa saki baki di jari dan pinggan bekas suap anak sikit..ahh terus kenyang.
“Siapa sama macam saya? Jadi yang terakhir selepas itu terus tak sempat makan tapi kenyang..” ceritanya lagi.
Seronok tengok Ozylnn layan anak
Sementara itu, ramai peminatnya bersetuju dan suka tengok cara Ozylnn layan anak-anak. Gayanya yang bersahaja tu memang nampak sifat keibuan. Di sebalik ketegasan, sikap penyayangnya itu patut dipuji.
Ozylnn dan Johan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Kredit: IG jozylnnhanania
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tugas menjadi ibu bapa antara tugas yang mencabar kerana tiada ibu bapa yang tak pernah melakukan kesalahan dalam mendidik anak-anak. Ada masanya kita terlalu keras dalam mendidik dan ada masanya kita mengabaikan kehadiran mereka. Mungkin tiada niat untuk berlaku seperti itu kepada anak-anak.
Berpandulah kepada agama ketika mendidik anak-anak dan semoga kata-kata nasihat daripada Ustazah Asma’ Harun dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua.
Kami dalam perjalanan pulang ke rumah, rindu kali ni lebih dalam pula rasanya, mungkin ketika tinggalkan anak-anak tempoh hari kurang bersedia. Agak kelam kabut kerana kesuntukan waktu.
Teringat Atikah, cahaya hati pertama kami, hari lahirnya pada hari sabtu baru ni ketika kami di terengganu. Umi Abi dah ucap dan doakan melalui mesej dan mohon maaf tak meraikan pada waktunya. Anak-anak dah biasa dengan ucapan doa sahaja, ada rezeki adalah hadiah dan sedikit jamuan kecil bersama keluarga kecil kami. Jika tiada, tidaklah terlalu kecewa, ia bukanlah satu kewajipan.
Bila en. suami tanya nak berhenti makan tak, memang dah agak lapar sebenarnya, saya mohon teruskan sahaja perjalanan, rasa tak sabar nak jumpa anak-anak tu lebih kuat, 3 jam lagi paling kurang perjalanan ini. Bila jauh begini, mulalah rasa dan terkenang salah silap pada anak, terasa banyak kesempatan ketika bersama tidak dihargai dan dimanfaatkan dengan kasih mesra, pendidikan dan pengisian membentuk jiwa dan peribadi. Berdoa agar Allah beri kesempatan waktu, hayat dan tenaga untuk menunaikannya.
Anak-anak perlu dan rindukan kita sebenarnya, walaupun kita depan mata, tapi mereka tak pandai meluah dan menzahirkannya. Janganlah kita terlalu mengukur kasih sayang anak pada kita melalui zahir perbuatan mereka sahaja, mereka belum cukup matang untuk memberi lebih.
Saya bimbang, jika kita terlalu banyak impian dan target dengan cara terlebih tegas (garang) diletakkan pada anak akan menjarakkan hubungan kasih sayang sejati yang perlu ditanam dan disuburkan, sehingga remuk hati dan mereka mula bina impian sendiri yang tiada kita di dalamnya.
Saya pernah berjumpa beberapa orang anak yang sanggup tidak bernikah hanya kerana mahu menjaga orang tua, bukan jodoh tak datang, tapi ditolak atau tidak meneruskan. Bila ditanya, dengan tenang menjawab, bimbang pasangan tak boleh menerima dan makin jauh hubungan dengan ibu ayah, bimbang terhalang untuk berbakti kerana banyak komitmen dan lain-lain sebab.
Allahu Akbar, kadang kelu saya bila jumpa orang sebegini, Allah kurniakan mereka melalui jalan utama ke Syurga, Allah rezekikan mereka mempunyai hati dan nekad setulus itu. Bagi saya itu pilihan yang harus dihormati dan usah buat andaian lain lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ
Maksudnya: “Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, Jika kamu mahu letakkanlah pintu itu atau jagalah ia”. [Riwayat al-Tirmizi (1900)]
Lalu terus saya muhasabah, ibu bapa bagaimanakah mereka, hingga si anak sanggup berkorban setara itu, melihat besarnya bakti si anak melambangkan tingginya kasih ikhlas si Ibu Ayah. Dan kita, ibu ayah bagaimana kita ?
Jangan kerana kita, anak-anak terhalang untuk menjadi anak yang soleh solehah. Kita perlu bantu anak-anak untuk menyayangi, menghormati dan berbakti kepada ibu ayahnya iaitu kita, melalui jalan mendidik dan memberikan mereka kasih mesra dan perhatian yang seimbang.
🌹
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejam! itulah dapat digambarkan apabila seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki supaya diam disebabkan tidak tahan mendengar anaknya menangis.
Malah, bapa kejam itu turut menampar muka bayi berusia dua bulan dan melambungnya, dalam kejadian di Taman Pauh Indah, Arau, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menahan suspek berusia 39 tahun susulan laporan daripada doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa.
“Kita menerima laporan doktor di Bahagian Ibu dan Anak klinik berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaannya mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan.
“Mangsa juga cedera di belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepalanya.
“Ibu mangsa disoal siasat dan dia mengaku suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa,”
Nanda berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh tahanan remannya dilanjutkan sehingga Khamis ini bermula hari ini.
“Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Difahamkan mangsa mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.