Suami Farahanim Razak Tak Kekok Uruskan Bayi Kembarnya Usia 2 Bulan Menangis Serentak

Share

Seronok lihat cara suami model Muslimah dan pengacara TV Al-Hijrah, Farahanim Razak menguruskan anak kembar perempuannya yang baru berusia 2 bulan.

Dr. Arif Aizudin yang juga seorang doktor gigi nyata tak kekok menguruskan si kembar Amina Raissa dan Amira Raissa walaupun baru pertama kali bergelar ayah.

Kasih sayang seorang ayah jelas terpancar pada wajahnya yang bahagia dan gembira dengan kehadiran sepasang anak kembar perempuan sebagai cahayamata pertamanya dengan isteri tercinta.

Farahanim yang sudah kembali bertugas mengacarakan program di TV Al-Hijrah terpaksa menyerahkan tugas menguruskan anak kembarnya kepada suami apabila dia kena keluar kerja awal pagi.

Dalam posting yang dikongsi di instagramnya, Farahanim memuat naik satu video gelagat anak kembarnya yang menangis serentak ketika di pangkuan daddynya dengan kapsyen lucu mengucapkan selamat berjaya kepada suaminya.

good luck daddy bye daddy.

Hubungan rapat ayah dan anak perempuan memberi impak besar terhadap perkembangan positif mereka.

Kajian menunjukkan ayah yang mempunyai hubungan rapat dengan anak perempuan dapat mempengaruhi pembentukan harga diri dan keyakinan anak sehingga dewasa.

Hubungan rapat ayah dengan anak perempuan juga penting untuk memberi pengaruh kuat terhadap kejayaannya di masa hadapan nanti.

Bahkan kajian juga membuktikan ayah akan layan anak perempuannya lebih manja berbanding anak lelakinya.

Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuorscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.

Ternyata memang betul hasil kajian tersebut kerana si comel Amina dan Amira memang betul-betul manja dengan daddy mereka.

Lihat sahaja satu lagi video yang dikongsi Farahanim macam mana aksi si kembar ‘berebut’ nak melekat dengan daddy yang sudah pulang dari kerja. Memang lucu!

Sumber: Instagram farahanimrazak

Published by
Hasnita Sawal