Perit rasanya bila mengalami alahan ketika awal mengandung atau morning sickness. Jika wanita sanggup berkorban demi anak yang dikandung dalam perut, macam mana pula halnya dengan suami atau bakal bapa. Mampukah?
Melalui perkongsian oleh satu akaun Tik Tok, Shah Nazri berkongsi pengalamannya yang terkena pembawaan ketika isteri hamil.
Apa yang menarik katanya, dia terpaksa menanggung alahan itu malah kerap merasa loya dan pening kepala. Bahkan di tempat kerja sekali pun, dia terpaksa bergantung kepada plaster koyok untuk bertahan.
“Kerja dengan alahan bukan senang,” tulisnya dikapsyen.
Ads
Tambahnya berkongsi, ketika bekerja dia menghadapi kesukaran bila mana asyik merasa loya dan pening bahkan kerap mengambil cuti sakit kerana merasa tidak selesa ketika berada di pejabat.
Bukan itu sahaja, melalui perkongsian beberapa videonya, bakal bapa ini juga turut mengalami hal yang sama di rumah namun dia beruntung kerana sepohon pokok limau di hadapan rumahnya menjadi pengubat.
Melalui perkongsian videonya, dia dilihat kerap kali ke pohon limau itu bagi menghidu kesegaran daun limau yang sememangnya boleh meredakan alahan yang dialaminya.
Ads
Makin bertambah lucu bila bakal bapa ini turut sering mengambil kerusi dan duduk melepak di hadapan pokok ini bagi meredakan masalahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat bakal bapa ini yang bermacam ragam gayanya ketika menahan alahan.
Keletah anak-anak pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aishah seringkali menghiburkan hati para netizen.
Ada sahaja gelagat dua anak kecil ini yang menarik perhatian. Terbaru, anak sulung pasangan ini, Yusof Iskandar begitu teruja untuk berpuasa tahun ini selepas merasai kenikmatannya tahun lepas.
Menerusi perkongsian video di Tik Tok, Hanis meluahkan rasa terharunya bila mana Yusuf teruja untuk cuba berpuasa penuh untuk tahun ini.
“Bila anak cakap dia excited nak puasa, terharu jap,” tulis Hanis menerusi kapsyennya.
Menerusi video yang dikongsikan, Hairul dan Hanis cuba bertanyakan kepada Yusof mengenai puasa. Yusof kemudiannya membalas dengan begitu teruja untuk berpuasa dengan kawan-kawannya.
“I’m so excited to puasa,” kata Yusof menerusi videonya.
Malah Hairul juga turut bertanyakan berapa banyak hari Yusof mahu berpuasa dan kemudiannya dijawab Yusof dengan bersahaja. Nampak keriangan di wajah anak kecil itu yang begitu teruja menyambut Ramadan kali ini.
“Tahun ini nak puasa 1 billion days,” kata Yusuf bersahaja.
Rata-rata wargamaya turut menzahirkan perasaan kagum dengan semangat yang ditunjukkan Yusuf.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 7 dan Alisa Aisyah yang kini berusia empat tahun.
Trend joget sebelum dapat duit raya kelihatan seakan seronok namun ia secara tersirat mengundang ketiadaan adab santun dalam menyambut hari raya.
Cakna mengenai hal itu, Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, mengingatkan wanita Islam agar tidak terpengaruh dengan budaya ‘trend’ berjoget ketika menerima duit raya.
Melalui perkongsian di Facebook, Asma’ mengkritik tindakan segelintir wanita Islam yang seharusnya menunjukkan akhlak yang lebih baik selepas bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Gambar sekadar hiasan
“Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena JOGET, pastu rakam dan post, ramai wanita Islam tua muda buat sama.”
”Syawal ibarat mereka yang balik Haji, lepas sebulan Ramadhan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan biasakan.”
Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata menyokong teguran tersebut dan menganggap ‘trend’ yang popular di media sosial itu tidak bermoral serta merendahkan martabat wanita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.
Bapa kepada tiga orang anak ini, menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz itu berkongsi video berkenaan menunjukkan dirinya mendaftar bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.
Bukan itu sahaja, kelihatan anak-anak dan isteri Tomok turut menghantarnya melanjutkan pelajaran di sana menjadikan momen ini lebih istimewa.
Riak wajah Tomok jelas ceria dan bersemangat untuk meneruskan cita-cita dalam jurusan yang diminatinya.
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini berharap agar segala urusannya dipermudah.
“Biasanya ayah,ibu hantar anak anak..ni terbalik pulak…insyaallah saya akan berikan yang terbaik.”
Sebelum ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar Tomok meraih kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.