Suami isteri baru selesai sesi forografi hari raya meninggal dunia kemalangan. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.

 

Suami Isteri Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya Meninggal Dunia Kemalangan 

Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.

Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.

Suami Isteri Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya Meninggal Dunia Kemalangan
Gambar kenangan pasangan suami isteri yang baru dirakam sebelum kejadian.

Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.

“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.

“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.

Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.

Suami Isteri Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya Meninggal Dunia Kemalangan

Ads

Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.

“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.

Suami Isteri Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya Meninggal Dunia Kemalangan
Keadaan kereta pasangan suami isteri yang terlibat dengan kemalangan tersebut. 

Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian Sinar Harian 1

Ads

Baca artikel lain juga: Anak Bongsu Menyusul Pergi Sebulan Selepas Isteri Dan Anak Sulung Terkorban Kemalangan Jalan Raya

 

 

 

Ads

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI