Berita

Suami Isteri Dera Anak 5 Tahun Guna Rotan & Penyangkut Baju Sehingga Cedera

Share

Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak lelaki mereka yang berusia lima tahun, sejak April 2023.

Tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29 dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun telah menganiayai atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dengan memukul menggunakan rotan dan penyangkut baju di tubuh badan mangsa.

Artikel Menarik:

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!

Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pancaindera 6, Mantin, dekat Nilai antara April 2023 sehingga 23 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Sebutan semula bagi laporan perubatan ditetapkan pada 17 Mei depan.

Sumber: SINAR HARIAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Emy H