
Penyampai radio ZAYAN, Mawi berkongsi tip kekal bahagia setelah berumah tangga hampir 15 tahun bersama isterinya, Ekin.

“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga kita tak boleh pentingkan diri”

“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita”
Baca artikel menarik:
Bilal Dapat Duit Raya Lebih RM14,000. Neelofa Anggap Rezeki “Tak Meminta, Ada Rezeki Alhamdulillah”
“Lawanya Vie Zaara” Kecantikan Anak Sulung Dato’ Sri Eizlan Yusof Curi Tumpuan
“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya”

Mawi mendirikan rumah tangga bersama Nora’ Asikin atau lebih dikenali sebagai Ekin pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan sorang cahaya mata bernama Malaika, 11 tahun.
Kredit: Gempak
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Intan Ladyana Bertuah Dapat Suami Rajin, Jaga Masa Pantang, Harris Alif Muda Tapi Matang

Intan Ladyana bertuah dapat suami rajin, jaga masa pantang, Harris Alif muda tapi matang. Selain ingin melihat wajah si kecil dan juga Intan, warga maya tertarik dengan sikap keprihatinan Harris Alif yang menjaga isteri kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang.
Intan Ladyana Bertuah Dapat Suami Rajin
Hantaran dilaman Instagram Intan Ladyana mengenai perkembangan bayi keduanya yang baharu lahir menarik perhatian warga maya. Namun apa yang lebih memancing perhatian warga maya ialah tingkahlaku Harris Alif.




Intan selamat melahirkan anak kedua seorang bayi lelaki pada 26 April lalu. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih. Kini pasangan berbeza usia 17 tahun ini sudah mempunyai sepasang cahaya mata.
Jaga Masa Pantang, Harris Alif Muda Tapi Matang
Intan berkongsi suaminya, Harris banyak membantunya dalam urusan rumahtangga seperti menjaga bayi, mengemas rumah dan menyediakan makanan berpantang untuk Intan.
“Itu tanggungjawab I jaga u dan anak-anak,” ujar Harris sambil memeluk Intan. Dalam video yang dikongsikan oleh Intan juga, dapat dilihat Harris melakukan Kerja-kerja rumah.
Intan kini berusia 42 tahun sementara Harris Alif berusia 25 tahun. Usia bukanlah halangan untuk memikul tanggungjawab dalam rumah tangga. Paling penting tahu soal tanggungjawab.
Sumber: Instagram Intan Ladyana
Baca artikel lain juga: Its A Boy Intan Ladyana Dan Suami Bakal Timang Anak Lelaki!
Kejap Lagi Kita Pergi Tengok Adik Intan Ladyana Selamat Bersalin, Harris Ajak Evie Jumpa Baby Baru!
Amboi Garangnya Dia Macam Gaya Ibu Berlakon, Gelagat Anak Intan Ladyana Buat Wargamaya Terhibur!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang Tanggungjawab Suami, Isteri Ada Duit Sendiri Tetap Wajib Beri Nafkah

Biarpun seorang isteri itu bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, seorang suami tetap wajib memberikan nafkah kepadanya. Memetik artikel dari laman web Aku Islam yang dirujuk melalui penulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah perkahwinan.
Soalan:
Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama.
Alhamdulillah, hidup kami bahagia.
Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua.
Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing.
Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak.
Adakah saya masih wajib memberikan nafkah kepada isteri saya dalam keadaan ini?

Jawapan:
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil al-Quran dan sunnah.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
— Surah al-Nisa’ ayat 34
Baca Juga:
Dr. Sheikh Muszaphar Suap Anak Makan Cekodok Pisang, Gelagat Emilia Jadi Perhatian!
“Sayang Mami Sha, Bunga Dah Besar.” Fasha Sandha Kongsi Video Terbaru Anak Saudaranya, Comel!
“Tiap Satu Tiang Kena Berhenti Jalan.” Lucunya Rina, ‘Paksa’ Omma Tengok Pororo!
Kepentingan Berbelanja & Mengeluarkan Nafkah Untuk Ahli Keluarga
Membelanjakan harta untuk isteri dan ahli keluarga bukan sekadar satu kewajipan, bahkan merupakan amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala. Para suami dan para isteri sewajarnya mengamalkan sikap pemurah dan mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga mengatasi perbelanjaan lain.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan Rasulullah bersabda:
Apabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya.
— Riwayat al-Bukhari.

Suami wajib membayar nafkah memandangkan kedudukannya sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab untuk memimpin rumah tangga – termasuklah dalam soal saraan dan perbelanjaan.
Kewajipan nafkah ini diseimbangkan dengan kewajipan isteri untuk taat dan setia kepada suami.
Selain itu, sebahagian daripada tugas yang dibawah amanah suami seperti mendidik anak-anak, menyediakan makan minum dan menjaga rumah dan harta, telah dilaksanakan oleh isteri.
Oleh yang demikian, wajarlah suami memberikan nafkah sebagai memenuhi semangat kasih sayang, rahmat dan keadilan dalam rumah tangga.
Walau bagaimana pun, nafkah suami kepada isteri menjadi wajib hanya apabila beberapa syarat telah dipenuhi iaitu:
• Suami tidak dihalang untuk mendekati, berseronok dan berjimak dengan isterinya, melainkan jika terdapat halangan yang telah ditetapkan oleh syarak
• Isteri tinggal di tempat tinggal yang ditetapkan oleh suaminya, kecuali jika tempat itu mendatangkan mudarat kepada diri, harta atau maruahnya
• Isteri taat kepada suami dan tidak nusyuz. Misalnya, jika isteri bekerja tanpa izin suami, maka suami tidak wajib membayar nafkah. Bahkan isteri akan kekal dalam keadaan berdosa selama mana keluar bekerja tanpa keredhaan suaminya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kalau Boleh Tak Nak Gaduh Depan Anak.” Farah Nabilah Kongsi Cara Tangani Selisih Faham Dengan Suami

Kadang-kadang, dalam rumah tangga, kita tak dapat lari dari rasa marah. Namun, penting untuk kita tahu cara mengendalikan emosi agar hubungan tetap harmoni. Video dari Pa&Ma menampilkan Farah Nabilah yang berkongsi pengalaman dan tips bagaimana dia berkomunikasi dengan suami ketika marah.
Farah menekankan kepentingan untuk tidak terus meluahkan kemarahan secara terbuka. Sebaliknya, dia memilih untuk mengambil masa bertenang sebelum berbincang dengan suami. Ini membantu mengelakkan pertengkaran yang boleh merosakkan hubungan.

Salah satu teknik yang dikongsikan adalah dengan menggunakan pendekatan ‘I feel’ atau ‘Saya rasa’. Contohnya, daripada berkata “Awak selalu tak dengar cakap saya!”, lebih baik katakan “Saya rasa sedih bila awak tak dengar cakap saya.” Pendekatan ini lebih lembut dan membantu suami memahami perasaan kita tanpa merasa diserang.
Tonton video ini:
@pama.my Jika marah pada pasangan apa yang perlu buat? Ini cara Farah Nabilah ‘layan perasaan’ dan berkomunikasi bersama suami. #majalahpama #farahnabilah ♬ original sound – Pa&Ma
Selain itu, Farah juga menasihati agar kita memilih waktu yang sesuai untuk berbincang. Elakkan berbincang ketika emosi masih memuncak. Tunggu sehingga kedua-dua pihak tenang, barulah berbincang dengan hati yang terbuka.

Kesimpulannya, komunikasi yang baik adalah kunci dalam menangani konflik rumah tangga. Dengan mengambil pendekatan yang bijak dan penuh empati, kita boleh mengelakkan pertengkaran dan memperkukuhkan lagi hubungan suami isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


