Suami isteri jangan jemu meluangkan masa walau pun sebentar untuk sama-sama mendengar luahan hati. Pillow talk atau berbual sebelum tidur boleh menjadikan hubungan lebih tenang dan diri kurang tekanan.
Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini anda jadikan panduan. Katanya pillow talk walau pun kedengaran remeh mampu mengeratkan hubungan dan memberikan kesan yang sangat positif.
Pillow Talk. Pernah dengar?
Saya pertama kali alami sendiri semasa masih kecil lagi. Saya masih ingat arwah Ayah saya dan Umi saya ber Pillow Talk hampir setiap malam sebelum tidur.
Mereka akan berbincang serta berbicara mengenai anak-anak, tempat kerja dan perkara antara mereka berdua. Walaupun sewaktu itu saya kecil lagi, tapi saya masih ingat tentang keadaannya.
Ada kalanya mengenai kerisauan pasal saya dan abang-abang saya. Perangai kami, apa yang kami telah buat, impian-impian dan angan-angan mereka terhadap kami dan lain-lain lagi.
Masa itu saya tak faham. Kenapa Dad dan Umi ni bercakap dalam gelap? Hari ini, semasa saya terdetik untuk menulis mengenai hal ini barulah saya teringat dan faham apa yang mereka pernah lakukan dahulu.
Pillow Talk ini adalah perbincangan kecil, bebas, ringkas, santai, adakalanya menjadi berat, adakalanya menjadi panjang, tetapi selalunya ringkas santai dan padat.
Di mana? Seperti namanya, pillow yang ertinya bantal, sudah semestinya di katil.
Ads
Bila? Selalunya sebelum tidur. Apabila aktiviti atau apa yang telah berlaku seharian terhenti dan kita hampir untuk memulakan hari baru selepas selesainya tidur nanti.
Apa yang dibincangkan? Boleh berbicara tentang apa sahaja. Contohnya :-
➡️ Mengenai anak-anak. Masalah dan penyelesaian.
➡️ Mengenai kerja. Luahan, kebimbangan, kegembiraan atau sekadar bercerita.
➡️ Perhubungan. Masalah, motivasi, penghargaan, cinta. Perkara yang mengingatkan mengenai pasangan.
➡️ Borak kosong. Angan-angan, lawak, cita-cita.
➡️ Permintaan atau peringatan mengenai sesuatu perkara yang perlu dilakukan.
➡️ Sesuai juga digunakan untuk memujuk atau menyatakan harapan.
Ads
Kadang-kala, Pillow Talk juga bagus untuk bertanya apa-apa kerana keadaan masa itu yang selesa dan tenang. Contohnya :-
▶️ Soalan tentang pakaian yang pasangan suka lihat kita pakai. Tudung ke, baju ke, pakaian di luar atau di rumah ke?
▶️ Soalan mengenai kekurangan diri yang boleh diperbaiki.
▶️ Soalan mengenai benda yang disukai atau tidak disukai.
▶️ Soalan tentang masa depan keluarga atau kerjaya.
Kenapa Pillow Talk ini penting?
1. Mengakhiri hari dengan tenang dan baik 2. Menjadikan perhubungan lebih terbuka. 3. Memperbaiki komunikasi sesama pasangan. Keadaan yang gelap membantu untuk lebih terbuka. 4. Menambah kemesraan sesama suami isteri. 5. Mengurangkan tekanan. 6. Menambah kepercayaan dengan pasangan. 7. Mendalami hati pasangan. Kadang-kala pasangan malu untuk cakap atau berterus terang semasa keadaan terang benderang. ?
Ads
Bagaimana untuk mula buat Pillow Talk jika tak pernah buat sebelum ini?
Mudah sahaja. Setkan dalam minda yang Pillow Talk ini santai sahaja. Jangan ada tekanan.
↪ Baring bersama di katil atau tilam.
↪ Sangat sesuai jika dalam posisi “cuddle”. Lebih mesra . ↪ Selalunya dilakukan sebelum tidur. Jangan tunggu sampai terlalu mengantuk. Nanti cakap sorang-sorang pulak.
↪ Bercakap sambil membelai atau memeluk pasangan amat digalakkan.
↪ Pejamkan mata dan berbicara dari hati.
↪ Buat semasa anak dah tidur. Kalau tidak diorang akan dengar. Macam saya dulu. Hahaha..
Semoga tajuk kali ini memberi manfaat untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga.
Kongsilah supaya lebih banyak keluarga yang mengamalkan Pillow Talk ini.
Semua ibu bapa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak tetapi tanpa sedar kadangkala ibu bapa juga ada berbuat kesilapan.
Sesetengah kaedah keibubapaan yang digunakan menjadi toksik kepada tumbesaran anak sehingga dewasa.
Sememangnya ia satu perkara yang subjektif dan sangat sukar untuk dibincangkan dalam masyarakat. Namun kini kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental membuatkan ramai yang berusaha untuk belajar menjadi ibu bapa yang tidak toksik.
Bukan hendak menunding jari pada kaedah keibubapaan orang dulu-dulu tetapi jika ada yang tidak bersesuaian digunakan dalam mendidik anak zaman sekarang maka tak salah kalau kita hendak meninggalkannya.
Photo by RODNAE Productions
Mendidik anak terutama di zaman sekarang memerlukan setiap ibu bapa itu belajar pelbagai ilmu keibubapaan.
Perkongsian daripada Dr Azlina Rodzy, Clinical Psychologist tentang beberapa tanda ibu bapa toksik boleh sama-sama kita jadikan garis panduan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
8 TANDA IBU BAPA TOKSIK
Membesar dalam suasana yang toksik adalah sesuatu yang tidak mampu dibayang oleh seorang anak dan kesannya boleh memberi impak berpanjangan sehingga anak-anak telah menjadi dewasa.
Kebanyakan ibu bapa sebaiknya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak. Namun ada masa ibu bapa juga ada membuat kesilapan dan tidak menyangka bahawa tindakan mereka sebenarnya toksik untuk anak-anak.
Ada beberapa tanda toksik oleh ibu bapa yang dilaporkan meninggalkan kesan psikologi dan emosi terhadap anak-anak.
1. Gagal menyediakan keselamatan dan peneguhan untuk anak
2. Terlebih kritikal.
3. Menagih perhatian anak.
4. Membuat gurauan toksik tentang anak.
5. Mengutamakan perasaan mereka daripada anak.
6. Memberikan “silent treatment.”
7. Mengabaikan sempadan sihat.
8. Meletakkan tanggungjawab kegembiraan mereka atas bahu anak.
8. Mengunakan wang dan perasaan bersalah untuk mengawal anak.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak. Apa yang anak lalui masa kecilnya semua akan mempengaruhi keperibadian. Elok yang dia lihat dan dengar, itu yang dia simpan dan jadikan panduan untuk membesar.
Begitu juga dalam mendapatkan ketenangan. Kadang kita sebagai ibu bapa cepat rasa nak marah, gelisah dan sesekali rasa tak kena je. Mungkin faktor penat pun salah satu puncanya. Jadi dalam hal ini cubalah amalan berzikir lepas solat atau waktu terluang.
Hanya beberapa minit kita luangkan, manfaatnya cukup luar biasa untuk hati kita. Mungkin ni juga salah satu terapi ketenangan untuk kita yang menjadi ibu bapa. Dalam zaman sekarang ni ramai yang stres dengan kerja, keluarga dan kewangan. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat melegakan hati yang kusut.
Bagaimana untuk mendapat ketenangan? Ini yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar
Lepas solat kita di suruh berzikir. Biasalah ada yang berzikir. Ada yang bangun terus. Zikir ada kesan langsung pada otak. Kesan hebatnya pada Prefrontal Cortex. Zikir secara khusus tingkatkan aliran darah di PFC.
Kesannya, otak lebih cerdas. Lebih pantas memproses. Lebih tepat prosesnya. Apa zikirnya? Sebutlah LA ILAHA ILALLAH. Perlahan. Satu persatu.
Rasakan getaran itu. Nikmati kuasa baharu otak. Teruskan alunan itu. Biar sebati dengan diri. Biar menjadi nadi berdenyut tanpa henti.
Lihat gambar imbasan otak. Belah kanan sebelum. Belah kiri selepas zikir. Otak lebih aktif. Tenang dan damai.
Mohon SHARE. Biar merakyat zikir ini.
Sementara itu, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Ranitururt berkongsi amalan zikir ini setiap pagi boleh beri pahala berlipat kali ganda dan hapuskan dosa lama.
Setiap pagi, ulangi dan bacalah zikir ini, Allah menyediakan pahala berganda, menghapuskan dosa lama.. bacalah dan ulangilah sahaja, dibibir kita dan dihati kita.. hanya ada DIA.. Allah yang maha kuasa..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda berhadapan dengan bau peti sejuk yang tidak menyenangkan. Buka saja pintu peti sejuk, macam-macam bau menusuk hidung. Biasanya bau busuk ini terjadi atas beberapa faktor.
Bagi anda yang ingin memastikan peti sejuk tidak berbau, perlu rajin untuk melihat makanan dan minuman apa yang disimpan. Bukan terus masukkan ke dalam peti sehingga tak tahu mana yang dah expired atau masih elok. Jika yang dah rosak eloklah dibuang terus.
Kadang walaupun makanan itu tak rosak, ada juga sesetengah makanan yang sememangnya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bagi membantu menyelesaikan masalah ini pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi bagaimana nak pastikan bau busuk itu tak melekat dalam peti sejuk.
Mesti ramai yang mengalami masalah ini kan? Ia antara perkara biasa tambah lagi dalam peti sejuk pelbagai jenis makanan disimpan. Walaupun dibersihkan secara berkala pun, bau itu tetap ada.
Jangan risau, sebenarnya ada banyak cara menghilangkan bau peti sejuk ini. Ada macam-macam petua yang dikongsikan dengan menggunakan bahan semulajadi. Tapi kali ini caranya dengan meletakkan tisu gulung saja dan semuanya dapat diselesaikan.
Macam tak percaya kan? Menurut Jason, tisu dipercayai boleh menyerap bau busuk dalam peti sejuk. Bagaimanapun, perlu diingatkan juga, kebersihan tetap perlu dijaga. Walaupun buat pelbagai tip pun, jika tiada pengurusan betul, tetap akan berbau juga.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua.