Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang & Kurang Stres

Share

Suami isteri jangan jemu meluangkan masa walau pun sebentar untuk sama-sama mendengar luahan hati. Pillow talk atau berbual sebelum tidur boleh menjadikan hubungan lebih tenang dan diri kurang tekanan.

Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini anda jadikan panduan. Katanya pillow talk walau pun kedengaran remeh mampu mengeratkan hubungan dan memberikan kesan yang sangat positif.

Pillow Talk. Pernah dengar?

Saya pertama kali alami sendiri semasa masih kecil lagi. Saya masih ingat arwah Ayah saya dan Umi saya ber Pillow Talk hampir setiap malam sebelum tidur.

Mereka akan berbincang serta berbicara mengenai anak-anak, tempat kerja dan perkara antara mereka berdua. Walaupun sewaktu itu saya kecil lagi, tapi saya masih ingat tentang keadaannya.

Ada kalanya mengenai kerisauan pasal saya dan abang-abang saya. Perangai kami, apa yang kami telah buat, impian-impian dan angan-angan mereka terhadap kami dan lain-lain lagi.

Masa itu saya tak faham. Kenapa Dad dan Umi ni bercakap dalam gelap? Hari ini, semasa saya terdetik untuk menulis mengenai hal ini barulah saya teringat dan faham apa yang mereka pernah lakukan dahulu.

Pillow Talk ini adalah perbincangan kecil, bebas, ringkas, santai, adakalanya menjadi berat, adakalanya menjadi panjang, tetapi selalunya ringkas santai dan padat.

Di mana? Seperti namanya, pillow yang ertinya bantal, sudah semestinya di katil.

Bila? Selalunya sebelum tidur. Apabila aktiviti atau apa yang telah berlaku seharian terhenti dan kita hampir untuk memulakan hari baru selepas selesainya tidur nanti.

Apa yang dibincangkan? Boleh berbicara tentang apa sahaja. Contohnya :-

➡️ Mengenai anak-anak. Masalah dan penyelesaian.

➡️ Mengenai kerja. Luahan, kebimbangan, kegembiraan atau sekadar bercerita.

➡️ Perhubungan. Masalah, motivasi, penghargaan, cinta. Perkara yang mengingatkan mengenai pasangan.

➡️ Borak kosong. Angan-angan, lawak, cita-cita.

➡️ Permintaan atau peringatan mengenai sesuatu perkara yang perlu dilakukan.

➡️ Sesuai juga digunakan untuk memujuk atau menyatakan harapan.

Kadang-kala, Pillow Talk juga bagus untuk bertanya apa-apa kerana keadaan masa itu yang selesa dan tenang. Contohnya :-

▶️ Soalan tentang pakaian yang pasangan suka lihat kita pakai. Tudung ke, baju ke, pakaian di luar atau di rumah ke?

▶️ Soalan mengenai kekurangan diri yang boleh diperbaiki.

▶️ Soalan mengenai benda yang disukai atau tidak disukai.

▶️ Soalan tentang masa depan keluarga atau kerjaya.

Kenapa Pillow Talk ini penting?

1. Mengakhiri hari dengan tenang dan baik
2. Menjadikan perhubungan lebih terbuka.
3. Memperbaiki komunikasi sesama pasangan. Keadaan yang gelap membantu untuk lebih terbuka.
4. Menambah kemesraan sesama suami isteri.
5. Mengurangkan tekanan.
6. Menambah kepercayaan dengan pasangan.
7. Mendalami hati pasangan. Kadang-kala pasangan malu untuk cakap atau berterus terang semasa keadaan terang benderang. ?

Bagaimana untuk mula buat Pillow Talk jika tak pernah buat sebelum ini?

Mudah sahaja. Setkan dalam minda yang Pillow Talk ini santai sahaja. Jangan ada tekanan.

↪ Baring bersama di katil atau tilam.

↪ Sangat sesuai jika dalam posisi “cuddle”. Lebih mesra
.
↪ Selalunya dilakukan sebelum tidur. Jangan tunggu sampai terlalu mengantuk. Nanti cakap sorang-sorang pulak.

↪ Bercakap sambil membelai atau memeluk pasangan amat digalakkan.

↪ Pejamkan mata dan berbicara dari hati.

↪ Buat semasa anak dah tidur. Kalau tidak diorang akan dengar. Macam saya dulu. Hahaha..

Semoga tajuk kali ini memberi manfaat untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga.

Kongsilah supaya lebih banyak keluarga yang mengamalkan Pillow Talk ini.

Sumber: Akhtar Syamir

Published by
Azma ML