Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata. Tidak kisahlah sama ada anak lelaki ataupun perempuan, asalkan bayinya sihat sudah cukup membahagiakan. Pun begitu, ramai juga ibu dan ayah mengharapkan agar anak sulung mereka lelaki. Dah namanya rezeki, anak kedua dan seterusnya pun lelaki.
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang, aktif, lasak dan sukar dijaga. Sebelum anda naik darah, berikut beberapa tip yang ingin Pa&Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka.
Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan.
Ads
Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
TIDAK PERLU MARAH, CUKUP SEKADAR MENERANGKAN PERKARA YANG HARUS MEREKA TAHU SUPAYA MEREKA FAHAM DAN BUKANNYA MENGELAK DARIPADA MELAKUKANNYA KERANA TAKUT DIMARAHI ANDA.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradik perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
Ads
TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau menggalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
MERAIKAN ANAK LELAKI DENGAN KASIH SAYANG DAN PENGHARGAAN JUGA BOLEH MENJADIKAN MEREKA LEBIH MUDAH MENDENGAR KATA.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang sesuatu hal.
Ads
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
JIKA BERMAIN DENGAN AYAH, BANYAKKAN PERMAINAN SURVIVAL. IBU PULA BOLEH BANYAKKAN BERMAIN DENGAN AKTIVITI SKIL HARIAN.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika hari-hari ibu bapa asyik marahkan anak, tabiat ini kena diubah dengan cara yang lebih baik. Mungkin masa anak kecil tak nampak sangat responnya tapi bila anak dah mula umur 5 tahun ke atas mereka dah boleh pertikaikan.
Paling mudah anda boleh tengok jika anak-anak pun dah pandai marahkan adik, kakak atau abangnya sendiri.
Berikut antara perkongsian Dr NurulHuda mengenai sikap mak ayah sekarang yang mungkin boleh memberi kesan kepada pembentukan sikap dalam diri anak.
KISAH ANAK DI RUMAH
“Raihan.. kenapa tiap hari asyik sepahkan barang? dah banyak kali ibu cakap.. jgn sepahkan barang!! tak reti bahasa sangat ke?? Meh ibu buang semua dalam bakul sampah.. baru tahu!! Apa la punya budak.. tak tahu ke orang penat baru balik keja, dia sepahkan barang pulak dah. nak kena rotan ke apa.. kita ni dah la nak basuh baju, sidai baju lagi, nak masak lagi, nak urus adk lagi.. tolonglaaa raihan!!!”
Bayangkan hari2 perkara ni terjadi pd anak anda semua.. Mesti time marah ni tak terpikir langsung kan apa ank tu tengah rasa… mesti time tu cuma pikir perasaan marah sendiri, pikir emosi sendiri.. agaknya lah kan.. siapa kat dunia ni suka kena marah??? Terpikir tak??
KISAH IBU DI PEJABAT
“Awak ni kenapa lembab sangat!! Buat ni salah buat tu salah.. Bukan designnya macam ni!! Kan saya dah bagitahu follow standard design.. yang awak memandai tukar kenapa?? ni lah pekerja sekarang.. lembab nak mampus!! Saya mak awak siapakan hari ni jugak!! Jangan sampai saya malukan awk depan semua kawan2 awak.. kalau dah lembab tu memang lembab lah!!!
Sekarang apa perasaan anda semua kalau bos marah macam ni HARI-HARI?? Tension x? Nak jumpa bos hari2 tak? Nak keja kat situ lagi x kalau kena herdik hari2?? Agaknya lah kan hati tu terguris x kena marah hari2? Agaknya nak respect lagi x kat bos macam tu???
Situasi dan perasaan macam ni cuba selami utk anak pulak. Cuba pikir, apa anak rasa hari2 kena marah, hari2 kena herdik.. Apa jadi pada hati dia??
Confirm : hati dia makin terluka saban hari, hatinya akan terpikir betapa ibu tak sayangkan dia..hati membengkak.. Akibatnya : dia akan makin degil, melawan cakap, juga akan menjadi seorang yang pemarah.. Tak percaya cuba tengok sikapnya kalau hari2 kena marah. dia juga akan jd pemarah kepada orang sekelilingnya terutama adiknya. Dia juga akan menjadi pendendam.. lama kelamaan juga dia dah x kisah anda marah dia.. hati dia dah degil dan muak kena marah…
Itulah kesilapan ibu bapa masa kini. Apa sikit nak marah. Sekarang dah zaman moden. Ada cara lebih baik utk pupuk sikap anak yang baik. Gunakan pendekatan psikologi terutama pada anak berumur area bawah 6 tahun. Kalau dia sepahkan baarang mainan, kita ajak dia kemaskan barang sama2, dlm masa yang sama jgn jemu nasihatkan dia utk kemas balik barang lepas main.. jgn jemu nasihatkan.. teruskan nasihat, lama2 dia akan dengar! Contoh lagi kita nak anak rajin tolong di dapur.. jgn herdik dan marah dia kalau dia x tolong.. Just guna perkataan yg lembut.. “ibu sayang kakak..kakak baik,rajin..nati Allah sayang kakak.. ibu lagi sayang kakak..jom tolong ibu kat dapur”..hati dia akan tersentuh kalau selalu kita gunakan perkataan lemah lembut dan penuh kasih sayang..
Bila masuk umur 7 tahun @ 9 tahun, baru kita perlu bertegas dalam aspek solat dan sebagainya. masa kecik didik dengan penuh kasih sayang. Bila besar still penuh kasih sayang tp ada ketegasan dalam aspek tertentu.. Apa jua kita buat, jgn diletakkan emosi dan marah di hadapan, yg boleh membawa kepada kemudaratan pada sikap anak. Anak degil kerana ibu bapa sendiri didik dengan cara mengusik emosinya sejak kecil lagi…
Saya pernah kenal dengan orang yg selalu sgt suka marahkan anaknya.. Tiap hari marah. Ada je tak kena apa yg anak buat.. Last-last saya terdengar budak tu membebel sorang-sorang.. “ibu ni asyik2 nak marah, asyik2 nak marah”.. tiba-tiba dia marahkan adik dia “apa la adik ni..jangan buat macam tu.. kakak marah ni!!!”..ditengkingnya adik yang x tahu apa-apa.. Its really happen.. kenapa?? Sebab dia copy apa yang ibu dia buat..
Betullah ibu bapa mencorakkan sikap anak. Jika nak anak jadi seorang yang penyayang, didiklah dia dengan penuh kasih sayang. Jika nak dia rajin membaca buku, rajinkan lah diri membaca buku dihadapannya. Jika nak anak rajin solat, solatlah hari2.. jika nak anak rajin menolong, ajak dia buat keja sama2..
Tapi kalau nak anak seorang pemarah, marah lah dia hari2. If nak dia jadi seorang peleter, berleter lah kat dia hari2.. kalau parents peminat TV, samalah nanti anak suka tengok TV..kalau ibu bapa sendiri tak solat, jgn harapkan anak bersolat..
Kesimpulannya.. anda sendiri sbg parents adalah duplicate anak.. terima kasih.
Berkongsi dan tidak memendamkan jadikan kita lebih bersemangat dan yakin menempuh ujian apabila anak keduanya di diagnosis dengan Gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD).
Aktres cantik kacukan Melayu-Scotland, Catriona Bahrin Ross yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkongsi cerita tentang anaknya, Jammal Raess yang telah di diagnosis dengan Gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD). Berikut ialah perkongsian Catriona Ross kepada PA&MA baru-baru ini.
MENUMPUKAN KEPADA KELUARGA
Agak lama saya tidak muncul dalam mana-mana drama kira-kira tiga tahun. Dalam tempoh itu, saya memberikan perhatian kepada keluarga. Kehidupan seorang ibu sungguh menyeronokkan. Sephia Rania, 8 tahun, Jammal Raess, 6 tahun dan Edruce Riyadh, 3 tahun menjadi tumpuan utama saya. Kini bila mereka makin besar, saya sudah boleh membahagikan masa untuk lakonan dan keluarga. Dalam masa tiga tahun ini, saya bayak memberikan tumpuan kepada anak syurga kami, Jammal Raess yang didiagnosis autisme.
NALURI SEORANG IBU
Saya dan suami mengesan kelainan pada Raess ketika dia berusia setahun apabila dia tidak bertutur dan memberikan reaksi apabila dipanggil. Tidak seperti kakaknya Sephia Rania pada usia itu, Raess langsung tidak boleh menyebut ‘mama’ atau ‘dada’ dan tidak memberikan respons apabila dipanggil.
Walau pun ramai yang cuba memberikan keyakinan mengatakan ‘perkembangan anak lelaki memang lambat’ tapi naluri keibuan saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Raess. Raess telah saya dihantar ke playgroup. Pihak playschool memberitahu dia tidak mahu berkawan dan tidak suka ikut serta rakan-rakannya. Prinsipal di playschool mengakuinya dan mencadangkan kami membawa Raess untuk mengikuti ujian autisme.
MENERIMA KENYATAAN
Saya terkejut dengan keputusan diagnosis doktor. Betul-betul tak sangka sehingga lemah rasanya anggota. Pada saat itu saya menerima kenyataan bahawa keseluruhan hidup kami akan berubah. Saya amat tertekan sehingga rasa ingin menyerahkan Raess kepada orang lain kerana merasakan tidak mampu untuk memberikan didikan yang sempurna untuk Raees. Saya memencilkan diri selama sebulan untuk menenangkan fikiran sehingga saya mula mencari info mengenai autisme di Google. Dalam masa dua minggu beribu-ribu artikel mengenai autisme saya telaah dan mula berkongsi mengenai keadaan Raees di Instagram.
Saya DM sahabat saya, Fynn Jamal di Instagram dan mula berkongsi bagaimana untuk menghadapi situasi ketika itu dan memberikan saya kata semangat untuk terus kuat. Sangkaan saya salah. Rupa-rupanya apabila berkongsi dan tidak memendamkan kita jadi lebih bersemangat dan yakin menempuh ujian ini. Saya juga mula menyertai grup dan komuniti sokongan atas talian. Dalam masa setahun saya sudah tenang dengan kenyataan ini dan mula mengaturkan hidup Raess supaya diadaptasi dengan kehidupan kami sekeluarga sebelum ini.
TERAPI & STIMULASI
Raess kami hantar ke sekolah berkeperluan khas. Di sana dia melalui terapi dan stimulasi di samping pembelajaran. Raess kelihatan lebih tenang dan faham. Dia kini sudah boleh memberitahu apa yang dimahukan dengan menunjukkannya. Dia jadi lebih peka dan sabar.
Kanak-kanak autistik adalah tiga tahun ke belakang dari segi perkembangan dan kelakuannya. Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu besar. Cukup sekiranya dia boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Saya cukup tersentuh dengan anak ketiga, Edruce Riyadh, 2 tahun yang amat memahami keadaan keluarga. Allah seolah-olah mengurniakan Edruce kepada keluarga kami penyokong dan penjaga abangnya. Diharapkan keadaan ini berterusan sehingga mereka dewasa nanti.
Nasihat saya kepada ibu bapa yang ragu-ragu akan keadaan anak supaya membuat ujian diagnosis bagi mengenal pasti keadaan sebenar. Apabila disahkan, hantar anak mengikuti terapi. Jangan disia-siakan peluang untuk mengajar anak belajar, berdikari dan menguruskan diri sendiri. Jangan malu untuk memberitahu masyarakat kerana dengan sikap terbuka ini kita jadi lebih tenang dan lebih ramai lagi yang akan berkongsi tip.
Misalnya apabila ada rakan yang menjemput kami sekeluarga ke majlis hari jadi, saya akan minta untuk datang 30 minit lebih awal sebelum ketibaan tetamu lain dan akan pulang awal. Ini kerana Raess tidak boleh menghadapi orang yang ramai. Jadi mustahak bagi kita untuk mengadaptasi keadaan anak dengan situasi semasa supaya semua pihak berpuas hati.
Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu besar. Cukup sekiranya dia boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Diharapkan keakraban Raess dan Edruce akan kekal sampai bila-bila walau pun nanti saya sudah tiada di dunia ini, mereka saling membantu dan Edruce akan menjadi penjaga abangnya.
Nama saintifiknya ada Reptilian Brain. Iaitu bahagian paling bawah dalam tiga lapisan otak, Triune Brain.
Bahagian ini menjaga KESELAMATAN kita. Maka jika kita rasa terancam, degupan jantung akan menjadi cepat dan kita akan FIGHT atau FLIGHT atau FREEZE.
Anak-anak yang sering dimarah akan banyak beroperasi dari sini. Sayang akan lihat, ada sesetengahnya akan FIGHT…maka jadilah dia PEMBULI…anak yang dibuli di rumah akan membuli di luar. Ianya adalah pesona yang diambil demi untuk coping ketakutan besar di dalam dirinya. Seorang anak yang membuli, bila kita kaunsel, memang nyata dia mempunyai takut yang besar dan disorok melalui pesona kononnya hebat – membuli.
Jika dia FLIGHT, maka dia akan menjauhkan diri. Akan tiada keyakinan diri. Takut bergaul dan selalu ragu dengan apa yang dia mahu lakukan.
Jika dia FREEZE, maka anda akan nampak dia sering takut dan gelabah bila perlu melakukan perkara yang baru. Atau bila berada di dalam keadaan yang baru dan berbeza.
Jangan pandang remeh JARUM SYAITAN marah berlebihan ini. Ia memang digunakan untuk menghancurkan manusia.
Ibu ingin berpesan dan maafkan Ibu jika pesan Ibu ini tajam sedikit bunyinya.
“Bagi mereka yang bangga sangat memarahi anak-anak kecil yang kudus itu berlebih-lebihan, ingatlah bahawa itu bukan cara Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak-anak. Ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan.
Jika melakukannya tanpa sengaja kerana belum boleh mengawal diri, maka itu tidaklah mengapa. Asalkan terus berusaha memperbaiki diri.”
Ibu mendoakan agar kita terjauh dari sikap marah-marah yang berlebihan ini dan berusaha memperbaiki diri.