Bila dah jadi suami isteri, hari-hari duduk bersama, lama-lama wajah kita pun akan seiras dengan pasangan. Nampak macam adik-beradik, sedangkan suami isteri. Kata orang, pasangan yang mempunyai wajah seakan sama itu lebih serasi dan rumah tangganya bahagia.

Kalau wajah nampak lebih kurang sama, rasa macam sweet sangat. Nampak sepadan dan elok bila bersama. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa wajah seseorang itu kelihatan mirip seperti pasangan mereka.

Artikel Menarik: [Dating Bukan Untuk Pasangan Bercinta, Tetapi Untuk Emak Ayah Yang Ada Anak]

Selalu Bersama
Kajian psikologi mengatakan apabila sesebuah pasangan itu kerap menghabiskan masa bersama atau mempunyai komunikasi sosial yang berpanjangan, rupa mereka akan semakin mirip antara satu sama lain. Patutlah wajah nampak seakan sama, kerana mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama dan berkongsi minat dengan orang yang dicintainya.

Pilih-Pilih Akhirnya Dapat Yang Seakan Sama
Semasa kita mencari pasangan, kita tak sedar yang sebenarnya kita mencari yang boleh serasi dengan kita. Apabila kita mencari pasangan, kita cenderung memilih seseorang yang hampir sama dengan diri kita. Otak juga akan memainkan peranan untuk kita membuat pilihan kepada orang yang seakan sama dengan personaliti kita.

Hidup Bersama Ubah Wajah
Robert Zajonc, seorang pakar psikologi sosial, telah menemukan mengapa rupa pasangan akan menjadi seiras apabila terlalu lama menghabiskan masa bersama. Seseorang itu cenderung untuk mempunyai rupa yang seiras dengan orang yang selalu bersama dengan mereka.

Dalam penyelidikan yang pernah dibuatnya pada tahun 1965 dengan konsep facilitation, Zajonc telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah terkini.

Wajah Pasangan
Dalam banyak kajian, keputusan yang diperolehi menunjukkan telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, apabila semakin bahagia dan gembira sesebuah pasangan, mereka akan menjadi lebih seiras dan banyak persamaan pada wajah.

Artikel Menarik: [Nak Pahala Free? Rajin-Rajinlah Cium Pasangan. Kening Dan Dahi Point Terbaik]

Otot Berkembang
Memandangkan manusia mempunyai empati, emosi dan reaksi yang ditunjukkan akan mengikut kesesuaian dengan orang yang berada dekat dengannya. Otot-otot tubuh manusia akan berkembang mengikut kegunaannya.

 

Contoh paling mudah, jika pasangan sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.

Betullah kata orang, kalau wajah seiras tu bahagia. Sebenarnya kalau setiap isteri atau suami itu selalu merasa bahagia dan gembira bersama orang yang mereka sayangi, sudah tentu rumah tangga akan ‘manis’ saja. Seiras atau tidak, selagi saling menggembirakan sudah cukup bagus.

Artikel Menarik: [Ketika Solat Bersama, Suami Isteri Semai Cinta. Takkan Pernah Lupus!]

Bila kita selalu bahagia dan kurang tertekan sudah pasti tahap kesihatan kita juga lebih mantap. Kurang jatuh sakit membuatkan kita merasa lebih sihat. Hidup yang dikelilingi aura positif akan membuatkan seseorang itu lebih sihat dan panjang umur.

Sumber: apakes.com