Kehamilan

“Suami Jaga Perangai Tu!” Emosi Suami Masa Isteri Hamil Pengaruhi Anak Dalam Kandungan

Share

Suami jangan pandang mudah perihal emosi, dalam diam mempengaruhi janin dalam kandungan isteri.

Semua wanita mengimpikan momen kehamilan yang lancar dan cuba melakukan yang terbaik sepanjang berbadan dua agar bayi yang lahir juga mendapat yang terbaik. Namun sebenarnya perbuatan-perbuatan suami juga boleh mempengaruhi si kecil.

Perkongsian daripada Dr Suriyakhatun ini boleh dijadikan iktibar para suami. Betapa pentingnya untuk menjaga tingkah laku terhadap isteri kerana emosi ibu amat mempengaruhi perkembangan janin. Tidak sekadar fizikal tetapi mental dan emosi. Perangai & tindak tanduk si ayah semasa ibu mengandung akan memberikan impak ekapda anak secara terus!

Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung

Perangai dan tindak-tanduk ayah & emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung !

Beri perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenahnya yang sedang mengandung 

Kisah benar suami kaki pukul & pemabuk memukul isteri sedang hamil. Isteri lari dari rumah & anak lahir tak pernah bertemu ayahnya.

Semasa anak berumur 5 tahun, tanpa sedar memukul ibunya pada waktu malam. Emosi ini mungkin diturunkan kepadanya semasa ibu mengandungkannya dulu.

Apa yang berlaku semasa ibu mengandung mempengaruhi kandungan. Jangan hanya emosi, tetapi fizikal juga boleh terjejas!

Sumber: Dr Suriyakhatun

Published by
Azma ML