Sebagai seorang ibu, baik yang bekerja mahupun seorang suri rumah, amat penting bagi anda untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Letih menjadi seorang isteri dan ibu itu tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata, apatah lagi jika mempunyai kerjaya pula. Itulah sebabnya setiap ibu perlukan masa untuk diri sendiri. Biarlah satu jam sahaja, tetapi jika masa itu dipenuhi dengan aktiviti berkualiti, sudah cukup untuk memberi kesegaran kepada si ibu.
Keperluan ‘me time’ ini telah dibuktikan dengan kajian psikologi. Ia penting untuk memastikan keadaan mental sentiasa sihat dan tubuh bertenaga. Mereka yang diberi peluang untuk ada ‘me time’ mempunyai keseimbangan hidup yang lebih baik, lebih bahagia dan menjadi lebih fokus. Kuantiti tidak penting, tetapi kualiti ‘me time’ itu yang perlu dititikberatkan.
Pilihlah aktiviti ‘me time’ yang disukai dan menggembirakan anda. Antara kebaikan ‘me time’ adalah untuk reboot otak yang terlalu stres memikirkan kerja yang tak pernah habis, membantu untuk kekal tenang dan meningkatkan konsentrasi, menjadikan diri lebih produktif, membantu seseorang itu mengenal diri serta menyelesaikan masalah serta memperbaiki hubungan suami isteri.
Cara seseorang untuk mengembalikan semangat berbeza antara satu sama lain. Buatlah aktiviti yang memberi pengalaman bermakna buat anda, bukannya orang lain. Untuk menikmati ‘me time’ tidak semestinya perlu keluar rumah. Dengan hanya satu aplikasi, anda akan dilayan bagaikan ratu dan boleh merasai nikmat ‘me time’ tanpa perlu bersusah payah merancang aktiviti apa yang mahu anda buat.
Tak susah untuk merasai suasana ala spa di mana saja anda berada. Apa yang perlu anda buat hanyalah dengan menggunakan sebuah aplikasi hebat iaitu Sparadise.
Sparadise adalah sebuah platform aplikasi mobile yang memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan tanpa perlu hadir ke pusat kecantikan (spa).
Selain daripada itu mereka juga membantu juru terapi yang bersama dengan mereka untuk menjana pendapatan lebih untuk setiap tawaran kerja yang diterima. Mereka bebas untuk bekerja di mana-mana tetapi dengan Sparadise mereka mampu menjana pendapatan tambahan dan dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka.
Antara servis yang mereka tawarkan adalah pre dan post natal massage, urutan badan, rawatan wajah, rawatan kuku, perkhimatan mekap dan sebagainya.
Instagram: instagram.com/sparadise.asia
Website Link: https://www.sparadise.asia