Suami Jangan Bagi Alasan Tak Pandai. Cuba Dulu, Confirm Isteri Bangga

Share

Kebanyakan suami selalu bagi alasan tak pandai buat kerja rumah dan urus anak sebab tak biasa buat. Mungkin alasan itu betul tapi jika tak cuba buat, kita tak tahu kemampuan sebenar diri.

Hingga akhirnya isteri juga mengalah sedangkan suami sebenarnya boleh buat. Biasa dengarkan pepatah Melayu ” melentur buluh biar dari rebungnya, dah jadi buluh susah nak lentur”. Di sebabkan pepatah ni ramai yang sampai ke tua tak pandai buat kerja rumah, dengan alasan dah tua bangka tak boleh nak bentuk dah. Kalau dari kecil dulu di ajar boleh la.

Perkongsian dari Ariff Ismail ini sebenarnya ada betulnya dan suami kenalah ringan tulang tolong apa yang patut.

Cuba kita guna istilah ni “better late than never”. Nak berubah ni dari tak tahu buat kepada tahu buat, tak payah nak sembang kecil-kecil dulu mak ayah tak ajar.

Kau pandai main FB, twitter, IG ada ke mak ayah kita yang ajar? Tak da bukan? Semua kita belajar sendiri. Nak ubah sikap kena datang dari diri sendiri, kalau tak nak berubah, malaikat jibrail turun ajar kan pun belum tentu berubah brother oiii.

Isteri minta tolang kemas, bagi alasan ” I mana pandai kemas, dulu semua maid dengan mama yang buat”. Wahhh bukan main KING jawapan yang di beri. Tu sebab bukan tak pandai, tu sebab saka malas masuk dalam badan brother.

Jika tak bentuk dari rebung dah jadi buluh pun masih boleh di lentur. Ada kita tengok orang buat bubu ikan ke, tikar buluh ke, dari rebung? Tak bukan, semua di lentur dari buluh yang keras.

Kita ni di galakan belajar dan sentiasa belajar, waima sebelum kita tutup mata pun kita di ajar mengucap kalimah syahadah. Ini kan pula setakat ilmu mengemas rumah, memasak dan jaga anak.

Semua ni boleh dibentuk walaupun kita dah besar, cuma terletak atas diri kita nak atau tidak sahaja. Tak salah pun kita letak ego kita ke bawah, dan ambil penyapu untuk tolong bini, mak kemas rumah.

Benda-benda asas ni, kita boleh belajar walaupun tak pernah buat dari kecil. Senang je brother, bila buat sama-sama keharmonian rumah tangga tu jadi lebih indah.

Sama juga pada para isteri yang tak tahu memasak, semua boleh belajar walaupun tak pernah masak dari kecil. Banyak kelas memasak online yang anda boleh cuba, di youtube juga banyak tutorial memasak yang boleh dipelajari.

Kesimpulannya, jika buluh boleh di lentur di jadikan bakul, inikan pula manusia. Sikap manusia ni kita boleh ubah, semua terletak pada diri kita je abang kakak sekalian.

Sumber: Ariff Ismail

Published by
Wan Amalia Mohd Daud