Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Artikel Menarik: “Ya Allah Panjangkan Umur Anakku.” Aafiyah Perlukan Rawatan Masalah Jantung Terbalik
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
(Postpartum=waktu selepas bersalin)
Kebiasaanya emosi si ibu selepas bersalin sangat sensitif, keadaan dirinya yang penat dan tempoh berpantang yang mencabar boleh mempengaruhi emosi sehingga menyebabkan Postpartum Depression. Namun ramai yang tidak mengambil serius tentang hal ini.
Bacaan WAJIB buat semua LELAKI… Postpartum Depression is REAL… 😭
Elakkan orang tersayang menjadi mangsa seterusnya…. 😭 Emosi wanita jangan dibuat main.. lebih-lebih lagi pada wanita mengandung, berpantang dan menyusukan anak.
Terlalu banyak kes yang meruntun jiwa melibatkan wanita..
Kes mak kelar anak.
Kes ibu campak bayi baru lahir dari rumah.
Kes meroyan.
PPD (post partum depression) is REAL.
Sakit ni melibatkan emosi dalaman yang sesiapa tidak tahu.. selain orang yang mengalaminya..
Kadang kita tengok isteri kita normal, happy.. nampak macam takda masalah, tetapi kita tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati dan sebaliknya.
Seharusnya kita rajin bertanya bukan ‘buat bodoh’ buat tak reti bila tengok isteri penat.. leka main handphone sambil tengok isteri susukan anak dan suapkan anak yang lain makan..
Suami kena rajin ‘BERTANYA’.
Konsep bertanya sangat digalakkan dalam rumahtangga.
TANYA isteri ‘ dah makan ke belum?’
TANYA isteri ‘ macamana anak-anak hari ini?’
TANYA isteri ‘ ada apa-apa kerja rumah yang masih berbaki?’
TANYA isteri ‘ sayang penat? Rehatlah dulu’
Ada sesetengah suami, tak perlu ditanya.. tengok dari reaksi isteri automatic kita tahu keadaan dia seharian. Terus tolong urus anak dan sediakan apa yang patut. Tolong jangan buat tak tahu sedangkan diri tu TAHU!
Jangan pandang remeh bila isteri mula tunjukkan tanda-tanda ini:
1. Moody dan sensitif tak tak tentu pasal.
2. Diri sendiri tak terurus.
3. Mengasari anak.
4. Tak cukup tidur.
5. Berhalusinasi sendiri.
Suami.. jangan biar isteri sendiri dalam segala hal. Bila isteri sering menangis, bantu dia.. zikir dan doa dalam hati kita.
Cium, pujuk dan peluk dia seeratnya.
Jika dia sedang ceritakan masalahnya, dengar luahan hati dia.
Diam dan dengar tanpa bantah.
Teruskan suntik kata-kata semangat dan dorongan buatnya.
Artikel Menarik: Air Mata Seorang Ibu! Demi Selamatkan Bayi, Dipaksa Bersalin Selepas Positif Covid
Wanita yang sedang mengalami tekanan perasaan hanya memerlukan sesorang untuk dia meluah rasa, untuk melepaskan apa yang selama ni terbuku dihati dia..
Dia rasa sesak dalam kepala.. kemarahan dia membuak-buak.. otak dan fikiran dia bercelaru.. kadang-kadang cakap pun dah tak betul.
Lagi satu! Jangan biar orang sesekeling mencemuh atau mengkritik kelemahan isteri anda berjemaah.. tak kiralah mak mertua ke, pak mertua ke, jiran-jiran, adik beradik atau pun mak ayah wanita itu sekali pun..
Tolong bercakap mewakili dirinya.. bela dan tunjukkan tanggungjawab anda kepadanya.
Wanita meroyan, tidak ingat dan tidak sedar siapa dirinya.. ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja.. tak kisah lah dia pengarah urusan ke, cikgu ke, surirumah mahupun ustazah.. kalau dah penat dan stress mungkin dia akan ‘TERTEWAS’.
SUAMI.. jangan marah seorang wanita ketika emosi dia tidak stabil.
Jangan sakiti hatinya.. jangan mengukit! Jangan berkira!
Jika dia salah, tegur dengan baik.
Jika dia penat, urut dia.
Jika dia sibuk melayan anak, uruskan kerja rumah yang lain.
Bantu dia di sebalik nya..
Kredit : Syukriyah Idrus, MyHealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)