Berita tentang seorang suami yang dipercayai bertindak diluar kewarasan sehingga isteri dan bayi berusia 44 hari menjadi mangsanya benar-benar mengejutkan orang ramai. Ini kerana video lelaki tersebut yang menunggang motosikal telah tular di media sosial.
Mangsa yang dikenali sebagai Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi, Hans Mohd. Thakif Amir, 44 hari ditemui oleh bapanya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dikelar di leher di Kampung Bakar Batu, tengah hari (4 Julai).
Menerusi Harian Metro, Rosman Ahmad, 58, memaklumkan yang dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memberitahu terdapat masalah di rumah anak ketiganya yang berusia 26 tahun itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga anak ketiga), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar.
“Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya,” katanya.
Difahamkan, Hajar Nursyahirin dan bayinya telah meninggal dunia ketika ditemui dipercayai dikelar oleh suaminya sendiri yang berusia 25 tahun sebelum suspek bertindak melarikan diri menggunakan motosikal.
Bakal bersanding lepas Aidiladha
Tambah Rosman lagi, sepatutnya anak dan menantunya bakal melangsungkan persandingan pada 24 Julai ini selepas bernikah tahun lalu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan segala persiapan sudahpun dibuat tinggal menunggu hari sahaja.
Jelasnya, anak serta menantunya dilihat sangat bahagia dan langsung tidak menunjukan ada sebarang masalah dalam rumah tangga mereka sejak mereka bergelar suami isteri. Namun, dia mengakui yang menantu mengalami sedikit masalah dalam pekerjaan selepas berhenti dari kerja tetap sejak beberapa bulan yang lalu.
“Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.
“Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan,” ujarnya.
Setakat ini, suspek telah pun ditahan pihak polis untuk membantu siasatan lanjut dan jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu.
Kredit: Harian Metro
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI