Betullah orang kata, suri rumah ni kerja tak pernah habis. Lepas satu, satu nak kena buat. Sampaikan tidur pun masih fikir lagi nak buat itu ini.
Sampai satu tahap, jika pasangan tak faham, itu yang menyebabkan isteri rasa stres, asyik nak marah sepanjang masa hingga anak-anak pun jadi mangsa.
Perkongsian dari Firdaus Shakirin benar-benar bermanfaat dan betapa wanita yang bergelar ibu, isteri kena sentiasa dibantu dan jangan sesekali diletakkan beban sepenuhnya di bahu mereka.
Ikuti perkongsiannya:
Bekerja dengan jadi suri rumah, yang mana lagi penat? Saya tanya isteri sebab dia berhenti kerja untuk jadi surirumah.
Dia kata jadi suri rumah lagi penat. Penat kerja lain, penat suri rumah lain..saya faham, saya kata awak tak perlu buat semua, awak masak, jaga anak ja yang lain semua tinggal kat saya, balik kerja saya buat la.
Ads
Yang lain-lain tu apa, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju…yang tu tinggal, saya boleh buat, bukan payah pun, bukan lama pun, jap je nak setel.
Saya faham sebab saya pernah jadi “suri rumah hujung minggu” bila isteri kena kerja time hujung minggu. Pukul 6 bangun, mandi, sembahyang, anak-anak tidur lagi, isteri pulak nak keluar pergi kerja dah. Lepas tu, saya start la buat kerja-kerja rumah, mula dengan basuh baju dulu. Sambil-sambil mesin tengah jalan tu, ambil penyapu, sapu rumah semua. Kena buat perlahan-lahan, takut anak-anak jaga. Lepas habis sapu, mop lantai, elok ja baju-baju dah siap dalam mesin tu, angkat dan sidai.
Siap dah dua kerja, kemas rumah dan sidai baju.
Anak-anak jaga bagi susu, buka cerita kartun pastu bagi dia orang mandi, lepas mandi, bawa pergi cari sarapan. Balik suap dia orang makan dan main-main dengan mereka. Tengah hari, bawa pula dia orang pergi bungkus lauk. Berdukung sambil pilih lauk. Kalau nasib saya baik, ada pekerja kat kedai tu tolong ceduk, bungkuskan dekat saya sebab nampak berdukung anak. Seorang dukung, seorang lagi pegang kat tepi. Nasiblah saya pandai masak nasi, tak payah beli dah nasi, lauk ja yang kena beli.
Ads
Habis makan tengah hari, masa ni selalu dia orang akan tidur dan bagi la dia orang tidur pulak, lepas tidur, saya bangun, keluar basuh pinggan, kemas dapur, kemas mainan anak tadi tu. Angkat baju di ampaian, lipat. Anak tidur sejam dua, dia orang jaga, sambung la main pula sampai ke petang. Rumah bersepah lagi sekali, petang-petang, bawa naik motor, ronda-ronda taman, sementara nak tunggu ibu dia orang balik.
Dah isteri nak balik, kita pun kemas rumah lagi, bagi nampak elok, bersih, teratur, dan bagi anak-anak mandi, siapkan anak-anak, pakai baju tidur siap-siap. Isteri balik, dah tak ada apa kerja yang dia kena buat dah.
Dari pagi hingga petang tu, terasa lama sangat, lambat ja masa berlalu. Selalu ja tengok jam, bila bini nak balik ni. Kita ni tak rehat lagi, tidur pun tak sempat lagi, mandi pagi tadi sekali tu ja. Kerja pula tak pernah habis, ada ja keje nak kena buat.
Ads
Sebab tu, saya suruh isteri “simpan” sikit kerja-kerja untuk saya. Dia tak perlu buat semuanya, sebab nanti dia akan jadi kalut, jadi penat dan letih. Jaga anak dan memasak dah cukup dah.
Kita orang laki, yang dah jadi suami, kalau ada usaha, ada kesungguhan untuk buat kerja-kerja rumah, insyaAllah, tak ada masalah. Kerja ringan je pun, tak berat sangat pun, peluh keluar sikit je. Didik diri untuk selalu tolong isteri, sebab hakikinya, itu memang kerja-kerja yang kita sendiri perlu buat, cuma isteri yang “tolong buat” untuk kita.
Kebiasaannya, ibu-ibu yang ada anak nak masuk taska, hantar rumah pengasuh atau tadika akan kelam kabut sikit untuk menulis nama pada baju, seluar, tuala atau apa saja yang berkaitan. Maklumlah bila dah ramai-ramai, kemungkinan untuk tertukar tu ada.
Walaupun dah pesan banyak kali, kejadian tertukar barang ni semua ibu akan alami. Nak salahkan anak pun, tak boleh juga. Jadi ibu bapa kena ambil inisiatif ini. Jika sebelum ini gigih ibu menulis dengan marker, kali ini cuba pula guna cop.
Cop nama ini sesuai atas fabrik dan boleh guna cop atas buku. Difahamkan juga, cop nama ini tak mudah tertanggal walaupun dibasuh. Lagi satu yang menarik satu cop sahaja tapi boleh guna untuk semua anak. Sangat berbaloi!
BOLEH COP NAMA ATAS BAJU & BARANG ANAK, WAJIB BELI COP INI!
Parents yang hantar anak ke taska, tadika dan asrama wajib ada textile stamp ni. Senang cop nama anak dekat baju so tak ada lah tertukar baju atau hilang.
Bagus stamp ni boleh cop dekat baju anak dan cop atas buku jugak.
Satu cop boleh pakai dekat semua adik beradik.
Boleh tukar-tukar nama anak untuk cop sebab dia provide banyak huruf.
Harap dapat membantu papa mama menyiapkan kelengkapan anak-anak. Bukan itu saja, bila baju anak dah cop nama siap-siap, sekiranya giliran suami perlu jaga anak, tak ada istilah tertukar baju lagi dengan anak yang lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kita semuanya hebat. Setiap dari mereka dah ada rezeki masing-masing. Kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu bapa pun tak sangka keistimewaan yang ada pada anak.
Janganlah sesekali kita merasa kecewa, merasa anak kita tidak seperti anak orang lain. Yakinlah setiap apa yang kita lakukan dengan niat kerana Allah, pastinya Allah akan jaga dan memberinya semula jika tiba masanya. Hanya usaha dan doa berterusan daripada ibu bapa senjata kekuatan untuk mereka.
Cuma, dalam hal ini, kita sebagai ibu bapa ada kesilapan tetapi tak nampak. Kita mungkin anggap itu biasalah tetapi sebenarnya ‘pembulian’ untuk jiwa anak.
Ustazah Asma Harun pesan jika berterusan tak elok untuk proses pembesaran anak dalam jangka masa panjang. Ingat anak kita anugerah terindah Allah buat ibu bapa.
Tanpa sedar, antara pembulian ibu ayah terhadap anak-anak adalah ;
a) Membezakan kasih sayang, perhatian dan penghargaan. Lalu mereka rasa diri tidak disayangi atau dibenci.
b) Pembahagian kerja rumah yang tidak seimbang. Akan lahir ketidakpuasan hati yang terpendam, kerja dilakukan dengan terpaksa.
c) Membanding-bandingkan antara anak-anak, akan membuatkan diri rasa serba kurang atau akhirnya akan hilang keyakinan terhadap potensi diri.
d) Membuka aib atau menyebut kesilapan dan kekurangannya depan adik beradik atau orang luar. Mereka akan hilang percaya dan hormat pada diri kita.
e) Mengungkit kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan, seolahnya mereka itu beban.
Hati-hati ibu ayah, bimbang ada dendam yang sangat panjang mengeruh dan meretakkan hubungan adik beradik, walau setelah kita mati ia tetap berterusan. Kisah lama terus diungkit bila ada sesuatu yang berlaku.
Terimalah hakikat bahwa Allah ciptakan anak-anak sangat berbeza, mereka adalah anugerah yang terindah bila di didik dengan fitrah, jika tidak ia menjadi musibah yang membawa fitnah.
Sebagai muhasabah, banyaknya salah silap kita sebagai ibu ayah berbanding salah anak, perangai yang kita tidak suka pada mereka mungkin datang daripada kita juga.
Kita memang tak mampu jadi ibu ayah yang sempurna, sekurang-kurangnya jadilah ibu ayah yang baik. Akui kesilapan dan kelalaian, jika mampu minta maaf, dan mulalah dengan perubahan diri, insyaAllah anak turut berubah.
Esok pagi, niat dan doa untuk jadi ibu ayah yang baik, ketiaadannya dicari, kepulangannya dinanti-nanti, pemergiannya dirindui. Kita jadi mulia atas pangkat sebagai ibu ayah kerana adanya mereka, sebab itu anak-anak itu pelengkap hidup kita dunia dan akhirat.
Sebenarnya anak yang aktif dan lebih suka explore itu tandanya dia sedang mendapatkan rangsangan yang positif dari persekitarannya. Selagi tak membahayakan berilah galakan dan pantaulah perkembangannya.
Biarkan anak belajar sesuatu yang bermanfaat kerana pengalaman yang mereka peroleh itu akan kekal dalam memorinya. Ini juga sebagai persediaan yang bagus. Mungkin sekarang ibu bapa asyik rasa geram, bila besar anak inilah yang akan membanggakan kita.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Nordianah Bachok, anak-anak adalah aset ibu ayah. Bagi anda yang dikurniakan anak lelaki bersyukurlah. Anak lelaki aktif sebenarnya kejayaan buat anda dan pasangan.
“Biarkan anak-anak lelakimu aktif. Berlari, melompat, bergerak, memanjat. Jangan halang tetapi beri panduan. Jika halang, kita merencatkan proses persediaan mereka menjadi ketua keluarga!”
Ini pesanan Dr Sholihah Kasrawi dalam kuliah Asmaul Husna berkenaan nama Allah Al Khaliq.
Ustazah sebut, Allah ciptakan fitrah anak lelaki berbeza dengan fitrah anak perempuan.
Lelaki memang aktif lain macam.
Sebab mereka akan galas tanggungjawab besar bila dewasa.
Jadi anak soleh kepada ibu ayahnya Jadi suami Jadi ayah Jadi pekerja Jadi anak Jadi tukang betulkan paip rumah Jadi motivator pada isteri dan anak-anak Jadi chef ganti isteri bila sakit Jadi bibik bantu uruskan rumah Jadi pemimpin
So, semua ni perlukan latihan dan didikan sejak kecil. Anak lelaki memang suka explore. Sikap ini akan buat dia jadi suami atau ayah yang kuat bekerja menjemput rezeki laksanakan nafkah kepada keluarga.
Suka berjalan, tak duduk diam. Karakter ini akan bina sikap tidak putus untuk selesaikan masalah dalam hidup akan datang.
Berbeza dengan didikan anak perempuan. Jadi anak lelaki tak boleh dibiarkan atau disuruh duduk diam sahaja. Besar nanti dia jadi tidak kreatif. Malas berfikir. Itu bukan fitrahnya.
Kupasan makna Al Khaliq, Allah menciptakan makhlukNya ada hikmah-hikmah tertentu yang perlu ditadaburkan.
Masya-Allah deep ilmu mengenal Allah daripada nama-namaNya yang indah.
Jom parent, aktifkan mode melihat fitrah anak-anak di saat PKPB ini. Silakan search YouTube Dr Sholihah Kasrawi tadabur Asmaul Husna. Dapat sesuatu?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!