Betullah orang kata, suri rumah ni kerja tak pernah habis. Lepas satu, satu nak kena buat. Sampaikan tidur pun masih fikir lagi nak buat itu ini.

Sampai satu tahap, jika pasangan tak faham, itu yang menyebabkan isteri rasa stres, asyik nak marah sepanjang masa hingga anak-anak pun jadi mangsa.

Perkongsian dari Firdaus Shakirin benar-benar bermanfaat dan betapa wanita yang bergelar ibu, isteri kena sentiasa dibantu dan jangan sesekali diletakkan beban sepenuhnya di bahu mereka.

Ikuti perkongsiannya:

Bekerja dengan jadi suri rumah, yang mana lagi penat? Saya tanya isteri sebab dia berhenti kerja untuk jadi surirumah.

Dia kata jadi suri rumah lagi penat. Penat kerja lain, penat suri rumah lain..saya faham, saya kata awak tak perlu buat semua, awak masak, jaga anak ja yang lain semua tinggal kat saya, balik kerja saya buat la.

Suami Kena Faham Tugas Isteri Jadi Suri Rumah Lagi Penat. Kerja Tak Pernah Habis!

IKLAN

Yang lain-lain tu apa, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju…yang tu tinggal, saya boleh buat, bukan payah pun, bukan lama pun, jap je nak setel.

Saya faham sebab saya pernah jadi “suri rumah hujung minggu” bila isteri kena kerja time hujung minggu. Pukul 6 bangun, mandi, sembahyang, anak-anak tidur lagi, isteri pulak nak keluar pergi kerja dah. Lepas tu, saya start la buat kerja-kerja rumah, mula dengan basuh baju dulu. Sambil-sambil mesin tengah jalan tu, ambil penyapu, sapu rumah semua. Kena buat perlahan-lahan, takut anak-anak jaga. Lepas habis sapu, mop lantai, elok ja baju-baju dah siap dalam mesin tu, angkat dan sidai.

Siap dah dua kerja, kemas rumah dan sidai baju.

Anak-anak jaga bagi susu, buka cerita kartun pastu bagi dia orang mandi, lepas mandi, bawa pergi cari sarapan. Balik suap dia orang makan dan main-main dengan mereka. Tengah hari, bawa pula dia orang pergi bungkus lauk. Berdukung sambil pilih lauk. Kalau nasib saya baik, ada pekerja kat kedai tu tolong ceduk, bungkuskan dekat saya sebab nampak berdukung anak. Seorang dukung, seorang lagi pegang kat tepi. Nasiblah saya pandai masak nasi, tak payah beli dah nasi, lauk ja yang kena beli.

Suami Kena Faham Tugas Isteri Jadi Suri Rumah Lagi Penat. Kerja Tak Pernah Habis!

IKLAN

Habis makan tengah hari, masa ni selalu dia orang akan tidur dan bagi la dia orang tidur pulak, lepas tidur, saya bangun, keluar basuh pinggan, kemas dapur, kemas mainan anak tadi tu. Angkat baju di ampaian, lipat. Anak tidur sejam dua, dia orang jaga, sambung la main pula sampai ke petang. Rumah bersepah lagi sekali, petang-petang, bawa naik motor, ronda-ronda taman, sementara nak tunggu ibu dia orang balik.

Dah isteri nak balik, kita pun kemas rumah lagi, bagi nampak elok, bersih, teratur, dan bagi anak-anak mandi, siapkan anak-anak, pakai baju tidur siap-siap. Isteri balik, dah tak ada apa kerja yang dia kena buat dah.

Dari pagi hingga petang tu, terasa lama sangat, lambat ja masa berlalu. Selalu ja tengok jam, bila bini nak balik ni. Kita ni tak rehat lagi, tidur pun tak sempat lagi, mandi pagi tadi sekali tu ja. Kerja pula tak pernah habis, ada ja keje nak kena buat.

Suami Kena Faham Tugas Isteri Jadi Suri Rumah Lagi Penat. Kerja Tak Pernah Habis!

IKLAN

Sebab tu, saya suruh isteri “simpan” sikit kerja-kerja untuk saya. Dia tak perlu buat semuanya, sebab nanti dia akan jadi kalut, jadi penat dan letih. Jaga anak dan memasak dah cukup dah.

Kita orang laki, yang dah jadi suami, kalau ada usaha, ada kesungguhan untuk buat kerja-kerja rumah, insyaAllah, tak ada masalah. Kerja ringan je pun, tak berat sangat pun, peluh keluar sikit je. Didik diri untuk selalu tolong isteri, sebab hakikinya, itu memang kerja-kerja yang kita sendiri perlu buat, cuma isteri yang “tolong buat” untuk kita.

Cuba la buat, seronok sebenarnya…

Sumber: Firdaus Shakirin

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI