Setelah mendirikan rumahtangga pastinya banyak tanggungan yang perlu difikirkan lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Pasangan suami isteri perlu lebih kreatif dalam menjana pendapatan keluarga.
Namun tak semua mempunyai keyakinan untuk berniaga. Takut dan risau dengan risiko yang bakal berlaku. Sama seperti pasangan suami isteri ini, namun tekad untuk membantu diri dan orang sekeliling mendorong mereka untuk membuka perniagaan. Pada awalnya hanya berbaki RM30 dalam akaun bank, kini lebih RM10ribu keuntungan yang dimiliki. Ikuti perkongsian ini.
Masih ingat lagi, masa mula-mula nak buat bisnes hanya ada RM30 ringgit sahaja dalam akaun, dalam 7-8 bulan selepas kami buat bisnes drop ship dari RM30 Alhamdulillah dah lebih RM10ribu dalam akaun bank.
Karina buat bisnes pada awalnya disebabkan kulit muka karina break-out, dan bila cuba produk ni memang sangat sesuai dengan kulit muka. Dari situlah terus dapat idea untuk buat bisnes. Pada awalnya Karina cuma jadi drop ship. Ketika itu tahun 2016 sampailah sekarang.
Isteri aku sebenarnya ada potential untuk buat bisnes, cuma dia sangat pemalu. Dia perlu ada seseorang untuk beri semangat. Lepas berkahwin, keluarga jauh jadi dia hanya ada suami dia. Suami sendiri yang ada untuk support, cuba cari solution untuk bantu isteri.
Ads
Aku bagi isteri aku kebebasan untuk dia buat sesuatu dan bagi aku tak adil untuk aku sekat apa yang dia suka. Aku support dia. Setiap kali balik kerja aku akan tanya
“Okay tak harini, ada orang beli tak harini, dia perlukan orang yang paling rapat dengan dia untuk ambil tahu. Hari-hari kena tanya pasal bisnes dia. Penting sangat suami kena ambil tahu. Buat bisnes berdua lagi “boom”, untuk keluarga.
Goals lagi besar, untuk support parents kita, untuk family kita, vision kita lebih jelas bila kita turut serta bantu isteri dalam bisnes. Bayangkan isteri sahaja yang sibuk promote bisnes, buat bisnes mesti sangat penat. Tapi bila suami turut serta promote itu sebenarnya punca rezeki lebih mencurah-curah.
Ads
Bagi yang baru nak buka bisnes, belum terlambat. Kita kena tahu dan kita kena suka bisnes yang kita bakal jalankan. Kita kena ada “jiwa” baru dia suka dan happy untuk buat. Contohnya korang suka sangat buat kek, jadi buatlah bisnes kek. Korang suami isteri jangan banyak fikir laku ataupun tak, buat je bisnes. Yang penting jangan ambil risiko mulakan bisnes dengan modal yang besar, mula dengan modal kecil dahulu. Naiklah dari satu tangga ke satu tangga, mulakan dari bawah baru kita tahu hasilnya.
Bila dah buat bisnes, kena pandai bahagikan masa. Komunikasi antara suami isteri sangat penting sebab penat akan mula terasa dalam diri. Jadi setiap pagi, mulakan dengan ucapan yang baik-baik dan positif contohnya; good morning sayang. Seluruh hari kita suami isteri InsyAllah akan positif. Bila buat bisnes online, anda adalah boss so anda boleh rancang nak bekerja waktu bila untuk uruskan bisnes online, lepas balik kerja atau sebelum pergi kerja boleh promote dahulu barang-barang jualan cukup 10 minit satu sesi jadi tak menganggu masa dengan keluarga dan kerja di pejabat.
Sentiasa amalkan bagi duit pada parents, sedekah, selalu tolong orang yang paling dekat. Tolong family kita yang susah dahulu. Jangan lupa untuk bayar zakat awal bulan, zakat pendapatan. Doa selepas bayar zakat awal bulan moga-moga akhir bulan dapat rezeki yang lebih. Doa ibu bapa penting dan tolong jaga hubungan antara keluarga dan keluarga mentua, hubungan ni sangat penting. Bila hubungan dengan parents harmoni, bisnes yang kita jalankan pun harmoni.
Ads
Untuk suami, lepas je berkahwin jagalah isteri anda sebaik mungkin sepertimana keluarga dia menjaga dia dari kecil. Amanah yang sangat besar untuk menjaga isteri dengan baik. Aku percaya, kalau aku share rezeki lebih pada isteri kita akan dapat lebih banyak dari yang kita pernah bagi.
Suami kena lebih kreatif untuk buat apa yang perlu selepas berkawin untuk pendapatan keluarga jadi rancanglah kewangan dengan baik sebelum berkahwin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah nak bertenang setelah penat menguruskan rumah ditambah pula anak-anak masih kecil. Ada anak yang 24jam nak melekap dengan ibu, ada yang tak berhenti menangis.
Mungkin pada pandangan orang lain, cara ibu ini kejam kerana membiarkan anak kecilnya menangis. Namun menurutnya, dia tidak sekejam itu dan yang dia perlukan hanyalah tempoh bertenang sebentar.
Perkongsian ibu ini tentang keadaan sebenar mempunyai bayi kecil mendapat perhatian ramai.
Mempunyai cahaya mata yang hampir memasuki usia 1 tahun, dia buntu kerana si kecil itu masih sukar menerima makanan jenis pepejal dan hanya mahu menyusu badan sahaja.
Hampir putus harapan dan tidak tahu mahu mengadu pada siapa, si ibu tersandar di pintu dengan renungan kosong diselangi tangisan si anak.
“9 bulan, baby refused makanan, refused minum susu formula cuma nak susu badan. Tapi ibu penat sangat. Hanya yang pernah alami sahaja tahu, 3 bahagian rasa marah.. 7 bahagian lagi rasa tak berdaya”
Hampir tidak berdaya untuk memujuk. ibu ini akhirnya terpaksa mendiamkan diri seketika untuk tempoh bertenang. Tak lama kemudian dia kembali memeluk anaknya sambil memujuk bayi comel itu.
Renungan dengan senyuman yang cukup bermakna. Seakan melepaskan kerinduan pada seseorang yang telah lama pergi. Itulah yang dapat disimpulkan buat personaliti ini, Shuib yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini.
Menerusi Instagramnya, Shuib memuat naik video perbualannya di telefon bersama Adik Miza yang tular kerana wajahnya yang begitu mirip dengan arwah Siti Sarah.
Tidak dapat bertemu sebaliknya bapa Sarah, Raisuddin Hamzah bersama isterinya dan anak Shuib Uwais mengatur pertemuan bersama adik Miza.
Akui Shuib lagi, wajah comel Miza sama seperti arwah Sarah ketika sekolah rendah. Memang comel sekali.
“Macam dia ❤️. Semoga ade rezeki bertemu kamu.
“MasyaAllah comel nya, macam dia @sitisarahraissuddin masa kecik-kecik, budak sekolah rendah. Allah Maha hebat.
“@suciuwais pergi tak ajak. Kirim salam adik Miza. Ada rezeki nak jumpa nanti,” tulis Shuib menerusi kapsyennya.
Namun apa yang diperhatikan pastinya Shuib sendiri yang hanya tersenyum dan begitu ceria ketika bercakap di telefon bersama Adik Miza.
Wargamaya mula sebak melihat Shuib yang dapat bercakap dengan kanak-kanak perempuan mirip arwah isterinya itu. Apa lagi ketika anak kecil itu melemparkan senyuman.
Dalam pada itu ramai yang mula memuji isteri Shuib, Watie Hanifiah yang begitu sporting malah cukup memahami dan bersikap terbuka dengan keadaan itu. Malah Watie yang setia disisi turut sama ketawa dan bercakap dengan adik Miza.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada jam 12.35 tengah hari daripada orang awam.
Beliau berkata bayi itu dicampak oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.
“Seorang saksi yang juga jiran suspek, mendengar bunyi kuat sesuatu terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemui bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada jeriji tingkap serta cadar biliknya.
A Asmadi berkata bayi malang itu berada dalam keadaan kritikal serta mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
“Suspek dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut. Keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui mengenai kehamilannya remaja itu, malah semasa kejadian, dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak, sebaliknya hanya memberitahu baru saja datang haid.
Beliau berkata saksi-saksi kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...