Mungkin tanpa sedar suami seringkali sakitkan hati isteri sama ada dengan perbuatan seperti meninggikan suara atau berkasar dan bersikap kedekut untuk memenuhi keperluan para isteri atas pelbagai alasan. Ini tanpa sedar menutup pintu rezeki sendiri menjadi sempit
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini wajar dibaca para suami agar tidak memperkecil-kecilkan wanita bergelar isteri, ibu dan ibu mertua dalam kehidupan. Pentingnya menjaga emosi, memberikan kasih sayang kepada kepada ketiga-tiga insan ini.
Ads
Ramai yang bertanya betul ke sakitkan hati isteri rezeki jadi sempit, rezeki yang ada pun hilang?
Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita. Hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Ads
Jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka & bersangka jahat. Bimbing & pimpinlah supaya dekat dengan Allah.
Kasih sayang seorang isteri untuk suami, sempat selamatkan suami tersayang sebelum diri sendiri maut dalam kemalangan. Tindakan ini tidak disangka menjadi punca pemergian ibu ini bersama kandungan empat bulan.
Kejadian yang melibatkan motorsikal dan lori dekat berlaku di lampu isyarat Bukit Treh, Muar ini menyebabkan suami mangsa iaitu penunggang motorsikal cedera manakala ibu terbabit sebagai pembonceng motorsikal maut.
Mangsa yang dipercayai bernama Siti Farah Ain berdasarkan pengenalan diri meninggal dunia di tempat kejadian. Lebih memilukan ialah Allahyarham pergi bersama janin dalam kandungan di mana dia sedang hamil empat bulan.
Allahyarham dikatakan sempat menolak suaminya daripada dilanggar. Bagaimana pun, dia tidak sempat menyelamatkan diri telah digilis treler tersebut. Info ini adalah perkongsian daripada individu menerusi perkongsian di Facebook. Wanita ini mendakwa dia mendapat info tersebut menerusi saksi di tempat kemalangan.
Warganet dari Muar menerusi FB page daerah menzahirkan simpati dan takziah keapda keluarga mangsa & turut berkongsi berikan beberapa maklumat mengenai kejadian ini.
Baru-baru ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama “Muhammad Bossku” tular di media sosial. Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebooknya jumaat lalu, dalam keterangan gambar, “Wife (Isteri) aku marah letak nama ni.. apa masalahnya?”
Hantaran itu menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mempersendakan nama seorang anak dan ada juga yang meneka gambar tersebut disunting semata-mata
Dean menjelaskan, dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak keduanya yang lahir 12 Januari lalu.
Sebelum ini, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk bayi lelaki mereka namun ia dibantah.
“Selalunya memang saya yang berikan nama anak, sama seperti anak pertama dulu”
“Masa tu sana sini orang sebut “bossku” sebab tengah jadi trending. Jadi saya cadangkan nama Muhammad Bossku pada isteri. Isteri marah dan kata jangan mengada-ngada letak nama itu sebab dia malu ramai orang mula permainkan panggilan itu. Saya cakap pada dia, “Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil”
Telah Disunting
“Saya memang suka mengusik, isteri pun tahu perangai saya. Jelasnya lagi, sebaik mengambil surat beranak di JPN, dia segera menyunting untuk bergurau dengan isteri.”
“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi Whatsapp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (gurauan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul.”
“Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?”
Dia turut menolak kecaman netizen yang menuduhnya tidak sensitif dan mempersendakan anugerah anak yang diberikan Tuhan. Baginya nama tersebut mempunyai maksud yang baik-baik sahaja.
Nama Sebenar Anak
“Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti.”
“Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hentikan kritikan tidak berasas di media sosial kepada kaum ibu yang menghantar anak kepada pengasuh demi khidmat kepada rakyat dan negara antara kenyataan media yg dikeluarkan oleh Badan NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia selain itu mereka juga menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Sikap kurang sensitif sesetengah ibu bapa yang memberikan komen yang berunsur kritikan di laman sosial ekoran insiden Allahyarham adik Adam Rayqal boleh melukakan hati keluarga mangsa.
Rumpun NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia juga berharap Kementerian Kesihatan bersama Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi terlibat meneliti dan menguatkuasa akta berkenaan pengasuh dan pusat jagaan agar kejadian sama tidak berulang.
Kenyataan Media bersama Ucapan Takziah dari NGO Kesihatan
Kami dari rumpun NGO Perubatan dan Kesihatan seluruh Malaysia ingin menzahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap insiden terbaru kematian di bawah jagaan pengasuh
Kami dengan penuh simpati menyampaikan salam Takziah kepada ibu mangsa, JT Farrah Madihah Othman dan keluarganya diatas pemergian Allahyarham Adam Rayqal Mohd Sufi.
Difahamkan ketika kejadian, JT Farrah sedang bertugas shift petang di Jabatan ICU Neonatal, Hospital Kuala Lumpur, di mana beliau harus menempatkan bayinya kepada pengasuh demi khidmat kepada insan lain.
Kami berharap majikan beliau telahpun memberikan sokongan sewajarnya terutamanya bantuan psikososial kepada beliau dan keluarga untuk menghadapi dugaan besar ini.
HENTIKAN KRITIKAN
Kami juga menyeru masyarakat awam agar menghentikan kritikan tidak berasas di media sosial kepada kaum ibu yang menghantar anak kepada pengasuh demi khidmat kepada rakyat dan negara. Warga media sosial juga digesa agar menghentikan sebaran grafik yang boleh mengangu emosi.
BERI SOKONGAN
Kami menyeru kaum keluarga, jiran dan masyarakat agar memahami dan bersama memberikan sokongan kepada staf kesihatan wanita dalam menguruskan anak dan keluarga tatkala terpaksa bertugas dalam waktu tidak menentu seperti tugasan atas pangilan atau shif.
KUATKUASA UNDANG-UNDANG DAN POLISI LATIHAN PENGASUH
Kami juga berharap agar Kementerian Kesihatan bersama Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi terlibat dapat meneliti dan menguatkuasakan akta serta polisi berkenaan pendaftaran dan latihan ke atas pengasuh dan pusat jagaan kanak-kanak, selain menyediakan khidmat pusat jagaan kepada kakitangan awam.
BANTUAN KEPAKARAN DAN NASIHAT KEPAKARAN
Kami seluruh NGO perubatan dan kesihatan dengan ini menyatakan kesudian kami untuk membantu pihak Kementerian dan Agensi berkaitan dari segi nasihat kepakaran, latihan seperti bantuan asas kecemasan (CPR) kepada bayi, penggubal polisi dan akta serta pemantapan penguatkuasaan bagi mengelakkan kejadian sebegini tidak berulang di masa hadapan.