Para suami, kenangkanlah pengorbanan separuh nyawa isteri lahirkan anak, jangan sakitkan hatinya & bersikap kedekut dengannya. Luahan Ustaz Ebit Lew ini benar sekali!
Mungkin tanpa sedar suami seringkali sakitkan hati isteri sama ada dengan perbuatan seperti meninggikan suara atau berkasar dan bersikap kedekut untuk memenuhi keperluan para isteri atas pelbagai alasan. Ini tanpa sedar menutup pintu rezeki sendiri menjadi sempit
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini wajar dibaca para suami agar tidak memperkecil-kecilkan wanita bergelar isteri, ibu dan ibu mertua dalam kehidupan. Pentingnya menjaga emosi, memberikan kasih sayang kepada kepada ketiga-tiga insan ini.
Ramai yang bertanya betul ke sakitkan hati isteri rezeki jadi sempit, rezeki yang ada pun hilang?
Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita. Hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka & bersangka jahat. Bimbing & pimpinlah supaya dekat dengan Allah.
Sumber: ebitlew