Ads
Home Keibubapaan Kehamilan Suami Kongsi Momen Najwa Latif Lalui Detik Sukar Selepas Keguguran, “Masih Belum...

Suami Kongsi Momen Najwa Latif Lalui Detik Sukar Selepas Keguguran, “Masih Belum Ada Rezeki”

Ads

“Masih belum punya rezeki untuk memiliki cahaya mata sendiri”. Itu yang dikongsikan oleh suami penyanyi, Najwa Latif, Akwa Ariffin mengenai keguguran yang dialami isterinya.

Menerusi entri itu, Akwa juga turut berkongsi sebuh video yang memaparkan momen-momen ketika mereka melalui fasa kehilangan tersebut.

“Masih belum ada rezeki tetapi tetap simpan di sini untuk kenangan,” tulis Akwa.

Ads

Suami Kongsi Momen Najwa Latif Lalui Detik Sukar Selepas Keguguran, “Masih Belum Ada Rezeki”

Video berdurasi pendek itu memperlihatkan Najwa yang ketika itu ditahan di wad serta menerima rawatan sepanjang kehilangan itu.

Ads

Momen yang tidak mudah dilalui namun terpaksa akur dengan kehendak Ilahi. Najwa yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah itu dilihat mengalirkan air mata dukanya atas kehilangan itu.

Ads

Suami Kongsi Momen Najwa Latif Lalui Detik Sukar Selepas Keguguran, “Masih Belum Ada Rezeki” Suami Kongsi Momen Najwa Latif Lalui Detik Sukar Selepas Keguguran, “Masih Belum Ada Rezeki”

Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat mendoakan agar Najwa dan Akwa diberikan kekuatan untuk melalui tempoh sukar dan dikurniakan dengan rezeki zuriat kelak.

Terdahulu, Najwa dan suaminya, Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI