“Masih belum punya rezeki untuk memiliki cahaya mata sendiri”. Itu yang dikongsikan oleh suami penyanyi, Najwa Latif, Akwa Ariffin mengenai keguguran yang dialami isterinya.
Menerusi entri itu, Akwa juga turut berkongsi sebuh video yang memaparkan momen-momen ketika mereka melalui fasa kehilangan tersebut.
“Masih belum ada rezeki tetapi tetap simpan di sini untuk kenangan,” tulis Akwa.
Ads
Video berdurasi pendek itu memperlihatkan Najwa yang ketika itu ditahan di wad serta menerima rawatan sepanjang kehilangan itu.
Ads
Momen yang tidak mudah dilalui namun terpaksa akur dengan kehendak Ilahi. Najwa yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah itu dilihat mengalirkan air mata dukanya atas kehilangan itu.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat mendoakan agar Najwa dan Akwa diberikan kekuatan untuk melalui tempoh sukar dan dikurniakan dengan rezeki zuriat kelak.
Terdahulu, Najwa dan suaminya, Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zahirah MacWilsonbersalin anak kedua, kali ini ‘baby girl,’ Inara Raisa nama pilihan. Pelakon Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu pada kira-kira pukul 8.58 malam di Perth, Australia.
Berkongsi foto keluarga, khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan wajah bayi perempuannya yang diberi nama Inara Raisa.
“ALHAMDULILLAH, KELUARGA KAMI LENGKAP DENGAN EMPAT ORANG.
“RAIKAN PUTERI KAMI, INARA RAISA YANG DILAHIRKAN PADA JUMAAT LALU 31 MEI PADA PUKUL 8.58 MALAM.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu turut mendoakan kesejahteraan bayi perempuannya.
“TERIMA KASIH SEMUA ATAS DOA DAN UCAPAN. KAMI SANGAT BERSYUKUR.
“SEMOGA ALLAH S.W.T MELINDUNGI DAN LIMPAHKAN AWAK DENGAN KEBERKATAN, INARA,” UJARNYA.
Terdahulu, Aiman berkongsi gambar isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi. Pasangan ini juga sebelum ini telah mengumumkan jantina anak kedua mereka dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka April lalu.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.
Untuk panduan semua, ini cara menghasilkan gambar Ghibli Style yang trending sekarang. Jom cuba!
CARA BUAT GAMBAR RAYA GHIBLI STYLE GUNA CHATGPT PLUS
Langkah 1 – Log Masuk ChatGPT
• Guna akaun Google pun boleh.
• Pastikan dah subscribe ChatGPT Plus (kena ada untuk buat gambar).
Langkah 2 – Upload Gambar
• Klik ikon “+” kat kiri bawah.
• Pilih “Photo Library”.
• Upload gambar korang — sorang ke, family ke, janji jelas.
Langkah 3 – Taip Prompt
Contoh prompt Ghibli + touch up:
“Turn this image into Studio Ghibli style. Make the person look slightly slimmer and more elegant, enhance the background to look like a beautiful traditional big kampung house with cinematic lighting and soft watercolor effect.”
Atau versi Melayu:
“Tukar gambar ini ke gaya Studio Ghibli. Bagi orang dalam gambar nampak sedikit lebih kurus & segak, latar belakang rumah kampung besar yang cantik dan klasik, dengan efek lukisan lembut dan cahaya sinematik.”
Langkah 4 – Tunggu Jepun Melukis (hehe)
• AI akan lukis semula ikut gaya Ghibli + permintaan extra korang tadi.
• Kalau rasa belum cukup ‘wow’, boleh refine prompt.
Langkah 5 – Download & Simpan
• Klik gambar.
• Tekan ikon download.
• Simpan masuk phone — siap untuk jadi poster kad Raya paling legend tahun ni!
TIPS EXTRA UNTUK HASIL LAGI POWER
✅ 1. Guna Gambar Jelas
• Lighting cerah, muka penuh, tak kabur
✅ 2. Letak Arahan Touch Up Dalam Prompt
• Contoh:
• “make person slightly slimmer”
• “enhance background to look like big kampung house”
• “add cinematic sunset lighting”
✅ 3. Jangan Upload Gambar Serabut
• Maximum 2–3 orang je satu gambar
• Kalau ramai sangat, hasil Ghibli jadi crowded & messy
BONUS:
Nak tukar latar belakang terus pun boleh!
Contoh:
“Tukar latar belakang kepada rumah kampung moden yang besar, dengan pokok kelapa dan suasana pagi Raya yang damai.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doakan yang baik-baik. Begitu kata usahawan dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita. Semuanya demi empat cahaya matanya yang tersayang.
Enggan terus menafikan, Shuib mengakui sedang berkawan dengan seseorang namun masih belum punya apa-apa perancangan dan semuanya masih di peringkat awal.
“Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita.
“Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok- sorok.
“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana,” katanya berkongsi.
Akui ayah kepada empat cahaya mata ini juga, apa yang lebih penting adalah anak-anaknya. Namun kata Shuib lagi, dia nampak anak-anak selesa bersama teman barunya itu.
Malah Shuib turut meminta untuk mendoakan yang baik-baik jika sudah tertulis jodohnya pada masa akan datang.
“Insya-Allah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampak anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia.
“Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik- baik. Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” katanya lagi.
Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.
Pada 9 Ogos 2021, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.