“Terima kasih abang, tolong jagakan baby masa saya tidur tadi. Ya Allah, rasa puas sangat tidur tadi walaupun kejap.”
“Sama-sama. Sayangkan isteri abang. Kalau bukan abang tolong siapa lagi. Sayang dah susah payah lahirkan anak kita ni. Ala, setakat jaga baby sekejap apalah sangat nak dibandingkan kepayahan sayang lahirkan dia. Thank you sayang.”
Bersinar mata kedua-dua pasangan ni. Berbunga hati isteri dapat ayat-ayat cinta suaminya.
Beginilah, baru harmoni.
Bila seorang suami mengucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas kepada isterinya kerana telah memberikannya anak, ketahuilah betapa berbunganya hati seorang isteri. Segala kesakitan yang dilalui berjuang nyawa hilang dan terbasuh dengan kata-kata indah suaminya.
Ads
Apatah lagi bila suami mengambil berat terhadap isterinya yang masih belum kuat semuanya. Hendak bergerak pun bukan senang. Maklumlah berjahit dan bahagian bawah perut masih sakit. Bila hendak mengangkat bayi itu, amat-amat sakit sebenarnya. Bila suami sangat prihatin dan peka akan keadaan isterinya, inilah namanya keluarga!
Bila waktu malam pula suami sanggup bangun untuk mengambilkan anak yang mahukan menyusu dan mengangkat anak itu untuk disusukan oleh isterinya, maka amatlah meringankan sakit isteri yang tidak larat sebenarnya untuk mengangkat bayi itu. Ditambah pula jika suami menyediakan susu panas untuk isterinya minum sebelum menyusukan bayinya, Oh, betapa bagusnya akhlak ayah begini.
Semasa isteri di dalam pantang begini, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi.
Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.
Ads
Ada ibu yang boleh meroyan kerana sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi.
Itulah sebab mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan si ibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu ibu yang berpantang sangat memerlukan suami yang prihatin.
Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami prihatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu ‘AKU DIKASIHI’. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.
Ads
Anak-anak yang merasai dia DIKASIHI akan MENGASIHI dan akan mempunyai KETENANGAN di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Anda layak menjadi suami yang hebat begini. Inilah kepimpinan keluarga.
Ibu doakan semoga rumahtangga anda bahagia sentiasa bahagia hingga ke Jannah.
Mudah-mudahan posting Ibu pagi ni dapat beri semangat pada anda untuk saling berbakti.
Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera dua wanita, termasuk seorang dipercayai ibu kandungnya.
Kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas jiran di kawasan perumahannya, dipercayai sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang di sini, menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.
Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya yang berperwatakan seperti lelaki atau ‘tomboy’ berusia 30 tahun.
Terdahulu, video menunjukkan insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa tular di media sosial. Rakaman video berkenaan turut memaparkan kecederaan agak teruk pada belakang badan kanak-kanak terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam malam kelmarin.
“Ibu kandung dan teman perempuannya ditahan, manakala mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Berita baik kepada golongan ibu bapa kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melancarkan program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) kepada golongan B40 dan M40 yang menyediakan subsidi sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak.
1-Siapakah yang layak untuk menerima insentif MyCRS 2023?
a) Isi rumah kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
b) Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
c) Warganegara yang menetap di Malaysia.
2-Anda boleh menyemak kelayakan bagi insentif MyCRS 2023 melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.
3-Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.
4-Anda yang layak boleh menebus insentif ini dengan membuat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).
5-Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.
6-Antara dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:
a) Salinan MyKad pemohon; DAN
b) MyKid/ Sijil lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
c) Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung atau Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)
7-Jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.
8-Ini bermakna, kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi yang berharga RM150 dan ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.
9-Hanya satu kerusi keselamatan kanak-kanak diperuntukkan bawah program insentif ini untuk satu isi rumah.
10-Tempoh penebusan adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.
Pada Januari 2020, kerajaan sebelum ini telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ke atas kenderaan persendirian bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sekiranya terjadi kemalangan.
Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR).
IA TERMASUK R44 ATAU R129 DAN KRITERIA ANAK-KANAK IALAH YANG MEMPUNYAI BERAT KURANG 36 KG, ATAU KETINGGIAN KURANG 136 CM ATAU BERUMUR KURANG 12 TAHUN.
Sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Sedih dan kasihan! Itu nasib yang dialami oleh seorang bayi apabila dibuang oleh ibunya sendiri selepas lahir melalui tingkat 13 bilik hotel sehingga menemui ajal.
Menerusi kenyataan Astro Awani, penemuan mayat bayi itu dimaklumkan oleh orang awam sehingga polis berjaya menangkap seorang gadis berusia 19 tahun di salah sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Mata dekat Kuching pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata gadis yang dipercayai ibu bayi berkenaan ditahan di bilik hotel tersebut malam Rabu bagi membantu siasatan kes buang bayi.
Menurutnya, polis menerima maklumat orang awam sekitar jam 9.20 malam mengenai penemuan mayat bayi di belakang sebuah bank di Jalan Bukit Mata, Kuching.
“Bertindak atas maklumat tersebut sepasukan polis melakukan siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring dengan kecederaan di kepala.
“Hasil siasatan lanjut, pihaknya berjaya menahan seorang perempuan warga tempatan disyaki ibu kepada bayi berkenaan di bilik sebuah hotel,” katanya dalam kenyataan.
Kata Awang Din, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut manakala suspek juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun keseksaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.