Kehamilan

Suami Maintain, Berat Isteri Hamil Makin Bertambah. Alif Satar Tetap Puji Shadila Cantik

Share

Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dielakkan. Berat badan yang bertambah adalah daripada perkembangan bayi dalam kandungan serta sistem sokongannya seperti uri dan air ketuban.

Menjelang trimester ketiga, selalunya berat badan ibu hamil akan naik lebih dari biasa. Ia secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak selesa bagi sesetengah ibu.

Artikel berkaitan: Alif Satar Rasa Pelik, Isteri Sedang Hamil Asyik Melawa. Adakah ‘Pembawaan’ Baby Boy?

Isteri kepada pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar, Shadila Halid menyatakan pertambahan berat badannya menyebabkan dia rasa kurang senang untuk berswafoto bersama. Shadila berkongsi gambar mereka berdua di Instagram dan menulis kapsyen  berseloroh;

“Hospital date. I have gained so much weight, it’s annoying to take photos with him because WHERE IS HIS FATTINESS???”

Shadila Halid yang pernah mengalami keguguran anak ketiga pada awal tahun kini sedang hamil 7 bulan anak keempat mereka.

Artikel berkaitan: Rezeki Anak Ke-4 Cepat. Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun  

Komen daripada Alif terhadap posting isterinya itu cukup membuatkan hati cair. Artis serba boleh ini tetap memuji kecantikan Shadila walau pun semakin berisi. Memang sweet sangat!

Pasangan yang berkahwin pada September 2014 itu  dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2.

Sementara itu, para follower dan rakan artis memahami situasi yang sedang dialami Shadila dan mendoakan proses bersalin yang dijangkakan pada Oktober nanti dipermudahkan.

MUKA MASIH KURUS & COMEL

MUKA BERSERI-SERI, CUTE COUPLE

MUKA SAMA JODOH SAMPAI AKHIR HAYAT

SEMOGA PROSES BERSALIN DIPERMUDAHKAN

Sumber: shadilahalid

Artikel berkaitan:[Mandikan Anak, Makan Sama-Sama Cara Alif Satar Bonding Dengan Anaknya. Patutlah Rapat Sangat] [“Ajar Mama Sabar, Kuat & Berkorban “Sebaknya Ucapan Isteri Alif Satar Sempena Birthday Anak]

Published by
Azma ML