Suami Mana Tak Sedih Bila Tak Dapat Bagi Apa-Apa Pada Isteri, Tapi Isteri Tak Kisah

Share

Adat bila mendirikan rumah tangga, pada permulaanya serba-serbi kekurangan. Di awal perkahwinan pasangan suami isteri baru sahaja masuk fasa perkenalan, fasa baharu dalam kehidupan.

Banyak yang perlu dipelajari di awal perkahwinan. Sikap bertolak ansur, memahami sangat diperlukan pada saat-saat ini. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa pertama dalam alam perkahwinan. Rata-rata pasti mengalami pengalaman yang sama yang dilalui oleh Encik Herman Sudil ini. Ikuti perkongsian beliau bagaimana mereka suami isteri daripada tiada apa-apa hinggalah berada di fasa yang selesa.

[Baca: Air Bag Meletup 320 Km/J, Ibarat Anda Dilanggar Kereta Api Peluru! Sebab Itu Pentingnya Baby Car Seat]

Kami tunang pada 07.07.07 dan sepatutnya berkahwin pada 08.08.08. Tetapi sebab saya jatuh miskin, tak cukup duit. Kami nikah pada 01.01.10 dengan majlis yang amat sederhana dan tiada honeymoon pun.

Walaupun majlis tak seberapa, kami tidak berhutang dengan sesiapa. Selepas majlis kami tiada bilik pengantin ataupun rumah nak balik so terpaksa sewa hotel murah di West Coast.

Saya amat sedih sebab tak mampu nak bagi apa-apa pada isteri saya tapi beliau tak kisah dan menerima saya seadanya.

Selepas sebulan nikah dan tumpang rumah kakak saya dua minggu dan rumah mertua dalam 2-3 minggu, kami jumpa sebuah rumah yang besar di Johor Bahru dengan harga yang murah untuk disewa.

Alhamdulillah, kami sewa rumah tu dalam 4 tahun sebelum membeli rumah sendiri hingga kini, (dah masuk tahun ke enam duduk rumah sendiri).

Awal waktu kami diirumah sewa hidup agak susah dan selalu kami beli barang di Tesco jam 10.30pm lagi 30 minit sebelum kedai tutup agar dapat harga makanan dan barang dapur yang offer.

Rumah kami kosong tiada satu furniture pun. Langsir pun takde hanya bantal dan selimut buat alas tidur dilantai aje. Alhamdulillah, walaupun serba kekurangan tapi kami bahagia.

Saya janji dengan isteri yang insyaAllah selagi kita usaha dan tidak tipu orang, Allah pasti akan bantu kita dan satu hari hidup kita akan selesa dan senang.

So untuk kaum lelaki yang bergelar suami, hargai pasangan hidup kita. Mereka menerima kita tatkala kita tiada apa-apa.

Mereka bersabar dalam kekurangan kita. Mereka doakan kejayaan kita siang & malam. Adil untuk kita memanjakan serta beri apa yang mereka idamkan bila kita dah selesa pula.

Sumber: Herman Sudil

Published by
NuFa