Baru sahaja menimang cahaya mata selepas hampir tujuh tahun menanti, namun siapa menyangka Allah menjemput lebih awal sebelum sempat membesarkan zuriat yang dinanti sekian lama.
Pemergian suami, Mohammad Isma Azwa Mohd Salleh, 33, yang disahkan maut selepas terbabit kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Changi Beach Park, Singapura meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi isterinya, Nur Shahirah Nabihah Mohammad Azan.
Menceritakan kejadian itu, kakak Nabihah, Nur Shahirah Nadiah Mohammad Azan, 37, berkata, Mohammad Isma yang bekerja sebagai juruukur hidrografi berulang-alik dari rumahnya di Danga Bay, Johor ke tempat kerja di Singapura.
“Ketika kejadian, dia menunggang sebuah vespa di jalan lurus sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mahu membelok.
“Dia kemudian dibawa ke Hospital Changi untuk menerima rawatan. “Namun sebaik tiba di hospital itu, Nabihah dimaklumkan suaminya meninggal dunia akibat pendarahan dalaman kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Ads
“Selepas pelbagai dugaan dilalui mereka selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata, kini Nabihah perlu berdepan hakikat kehilangan suami tercinta.
“Saya harap dia kuat menghadapi dugaan ini demi anak tunggal mereka,” katanya yang memaklumkan jenazah Mohammad Isma akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan.
Difahamkan van membawa jenazah Mohammad Isma sudah dalam perjalanan dari Singapura ke Tanah Merah dan dijangka tiba awal pagi ini.
Cari telefon bimbit untuk tunaikan nazar
Dalam pada itu, Nadiah berkata, sebelum kejadian, Mohammad Isma ada memberitahu isterinya mengenai nazar serta beberapa urusan yang disenaraikan di dalam nota telefon bimbitnya.
Ads
Bagaimanapun, katanya, pihak polis memaklumkan tiada telefon bimbit ditemui pada adik iparnya sebelum semakan menerusi aplikasi mendapati peranti itu berada dalam sebuah bangunan berhampiran lokasi kejadian.
“Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan telefon bimbit itu tetapi tidak berjaya.
“Telefon bimbit itu amat penting untuk mendapatkan senarai urusan dan nazar yang dinyatakan adik ipar dalam peranti berkenaan.
“Kami mohon supaya telefon bimbit itu dipulangkan kerana ia adalah kenangan bagi keluarga arwah,” katanya lagi.
Fitrah kanak-kanak sememangnya untuk bermain. Jangan disekat kerana itulah fitrah mereka ketika melalui waktu kecil yang panjang.
Maka bantulah anak-anak untuk menjadi lebih indah di waktu kecilnya. Jangan dibiarkan minda anak kesunyian apa lagi disaratkan dengan pelbagai akademik yang bukan masanya.
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini sebagai panduan untuk mak ayah.
1. Terlalu “pushy” dalam akademik hingga abaikan waktu bermain anak
2. Larang anak bermain sebab nak dia belajar sepanjang masa
3. Terlampau penuhkan jadual harian dia dengan belajar hingga anak tak diberi langsung masa untuk bermain
4. Nak sangat anak cepat dewasa hingga anggap waktu bermain tu suatu yang “childish” untuk anak
5. Bagi terlampau banyak tanggungjawab & beban pada anak hingga anak hilang minat untuk bermain
6. “Kurung” anak dalam rumah sepanjang masa hingga anak tak boleh keluar langsung untuk bermain. Carikan kejiranan yang selamat untuk anak kalau memang kejiranan tu bahaya untuk dia
7. Sibuk sangat mengadap handphone sampai lupa nak bermain dengan anak. Wahai ayah, tahu tak anak kita dapat “peak of oxytocin” ketika bermain bersama ayahnya.
Tidak dinafikan kadang-kadang ada perangai anak yang buat kita nak marah. Maklumlah dalam tempoh nak membesar ni, ada saja yang kelakuannya yang pelik-pelik dan menguji kesabaran.
Akibatnya kita akan marah dan lebih teruk meninggikan suara sehingga mengganggu emosi mereka. Anak yang sering dimarahi ketika kecil akan mempengaruhi perwatakan mereka.
Salah satu kesan buruk apabila anak sentiasa ditengking adalah ia akan merosakkan berjuta-juta sel otak anak terutamanya dalam fasa tumbesaran mereka sekitar usia 2-3 tahun.
Menurut perkongsian Dr. Ahmad Luqman di akaun Tiktoknya, anak yang selalu dimarahi, dimaki mahupun dikasari ketika kecil biasanya akan membesar menjadi individu yang membenci dirinya sendiri.
Anak juga akan menjadi kurang keyakinan diri serta sentiasa berfikiran negatif. Paling kita tak mahu adalah anak-anak meniru kita. Dek kerana selalu dimarahi dan ditengking, mereka juga akan membesar menjadi individu yang bengis dan panas baran.
Diharapkan dengan perkongsian Dr. Luqman ni sedikit-sebanyak dapat membantu kita untuk menjadi ibu ayah yang lebih positif dan kekal tenang ketika handle situasi apabila anak buat perangai.
Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Kedua- “Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi.” Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan anak keduanya pada 17 Mei.
Melalui hantaran dilaman Instagram masing-masing, Uyaina dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkongsi berita gembira itu.
Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi.
Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta. Semoga @rajaurhan menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda.
Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu.
Perkongsian tentang kelahiran anak kedua mereka dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Terdahulu, pasangan selebriti itu berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada majlis pengumuman jantina anak.
Untuk info Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.