Bagi yang sedang merancang untuk hamil atau trying to conceive, tabiat merokok perlu dihindari. Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan kepada lelaki dan menyebabkan pasangan sukar untuk hamil.

Merokok menggugat peluang isteri untuk hamil. Menurut Dr Norintan Binti Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Hospital Seremban, wanita yang berusaha untuk hamil tetapi mempunyai suami yang merupakan perokok tegar boleh menggugat peluang mereka untuk hamil. Ia memberikan besar kepada kepada kualiti dan kuantiti air mani.

Suami Merokok Jejaskan Peluang Isteri Untuk Hamil! 8 Fakta Ini Mungkin Akan Membuatkan Isteri Kecewa

IKLAN

 

8 KESAN MEROKOK KEPADA KESUBURAN LELAKI

  • Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
  • Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
  • Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang lalu menyebabkan sperma menjadi ‘lembap’.
  • Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal!
  • Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul antara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
  • Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.
  • Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
  • Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.

Suami Merokok Jejaskan Peluang Isteri Untuk Hamil! 8 Fakta Ini Mungkin Akan Membuatkan Isteri Kecewa

IKLAN

SECOND HAND SMOKER MEMBAHAYAKAN ORANG SEKELILING

Selain daripada itu, Dr Norintan juga memberitahu bahawa asap rokok yang disedut oleh isteri (yang tidak merokok) adalah sama bahayanya dengan bahaya terhadap si perokok.

IKLAN

Ada juga laporan yang mendapati bahawa ia LEBIH merbahaya jika disedut oleh isteri dan orang sekeliling yang tidak merokok. Tahap kesuburan isteri juga boleh berkurangan akibat secondhand smoking ini!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI