“Bini aku ni, masa bercinta kemain cantik. Pakai make up semua. Bila dah kahwin, dah tak reti nak cantik dah”.

“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?”

Itu antara soalan biasa saya dengar perbualan dengan rakan-rakan.

Semua orang suka akan keindahan dan kecantikan. Tafsiran cantik itu adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu yang menilai.

Setiap suami pasti mahu sentiasa melihat isterinya nampak cantik. Kadangkala perempuan ni, sebelum kahwin bukan main cantik. Touch up sana sini. Tapi lepas kahwin, dah ada anak, tudung pun senget benget dah.

IKLAN

Suami Merungut Masa Bercinta Kemain Cantik, Lepas Kahwin Selekeh. Kalau Faham Isteri, Tolong Bantu!

Peranan suami sangat penting. Jangan nak kecam je isteri tu tak cantik la, nampak buruk la. Kecil hati isteri. Sebagai suami, kau yang patut menegur isteri. Tanya diri kau, apa yang kau dah buat untuk bagi isteri kau nampak cantik. Kalau takde apa-apa, jangan nak tau merungut sahaja.

Fahamilah isteri kau. Dahla dia penat bekerja, balik rumah masak untuk kau dan anak-anak lagi. Kadang-kadang sampai terlupa nak uruskan diri sendiri. Ada yang sampai tertidur dengan baju kerja sambil susukan anak.

IKLAN

Isteri meletakkan keluarga, anak-anak lebih daripada persiapan diri dia. Nak make up cantik-cantik pun tak sempat sebab nak buat sarapan lagi, nak kemas beg sekolah anak lagi. Kau duk buat apa? Tunggu dalam kereta duk hon-hon bini suh cepat sikit?

Jadi, apa peranan kau sebagai suami? Kalau kau nak isteri kau sentiasa nampak cantik, tak selebeh sana-sini, kau mestilah buat sesuatu. Antaranya;

  1. Bawalah dia pergi beli pakaian baru atau alat make up yang dia suka ke. Mesti dia akan rasa terharu dan hargai kau. Barulah dia semangat nak menghias diri. Janganlah kedekut nak laburkan duit untuk isteri sendiri. Besar pahalanya.
  2. Kau juga cubalah bagi masa untuk diri dia sendiri. Bagi isteri kau ruang nak ke salon ke, spa ke. Bukannya selalu. Time tu kau tolonglah jaga anak, masak ke. Sanggup?
  3. Sentisa puji dan bagi sokongan pada isteri. Contohnya, “Isteri abang ni cantik. Sama macam kita mula-mula kahwin dulu. Kalau sayang pakai lipstick sikit, mesti lagi cantik.” Mesti isteri kau suka dan dia akan buat seperti apa yang kau cakap.
  4. Jangan bandingkan isteri kau dengan perempuan lain sama macam kau tak suka kalau isteri kau bandingkan kau dengan lelaki lain. Jangan puji perempuan lain lagi cantik daripada isteri kau. Itu akan buat dia rasa lagi down dan sakit hati.

Misalnya, “Cuba tengok isteri Aikal tu, cantik je. Selalu pakai baju cantik-cantik, muka pun pandai berhias. Bukan macam awak, baju zaman bila entah. Bedak pun tak pakai.” Ataupun “Cantikkan Ili ni. Dah la badan solid, pandai bergaya pulak tu. Bertuah siapa dapat dia.” Tanpa kau sedar, isteri kau menahan rasa je dengan apa yang kau cakap tu.

IKLAN

Tidak dinafikan, suami mesti sentiasa nak nampak isteri dia cantik. Tapi ingatlah, cantik itu bukan terletak pada baju yang dipakai, muka yang dihias tebal. Pengertian cantik itu luas. Buka sikit minda kau tu. Kalau nak isteri sentiasa nampak cantik, kau sebagai suami kena la main peranan. Jangan 100% nak letak atas isteri.

Kadang-kadang perempuan berubah lepas kahwin. Berubah macam mana? Dari segi fizikal selalunya. Tambahan pula lepas bersalin. Tambah-tambah bila dah ada 3, 4 orang anak. Sebagai suami, support la isteri. Belikan isteri jamu, atau set bersalin untuk jaga semula badan isteri. Bagi isteri masa dan ruang untuk pergi spa. Isteri pun kena pandai juga badan lepastu. Ada orang yang jenis cepat naik badan lepas bersalin. Ada orang tak. Jadi, pandai-pandailah jaga diri.

Point saya di sini ialah, kau duk tengok orang lain lawa, cantik. Kos dia pun tinggi. Baju dia mahal, make up dia pun mahal. Kalau kau tak bagi duit untuk bini kau untuk bergaya tak payah cakap kenapa bini kau selekeh dah la.

Sebagai ketua keluarga, kau kena bijak memainkan peranan. Kalau isteri dan anak-anak buat salah, tegurlah. Bukannya menengking. Kalau isteri tak cantik lepas kahwin, tegur dan bimbing. Bukannya cari lain.

Sumber: Amir Syahir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI