
Pelakon Ayu Raudhah mengumumkan dirinya sedang hamil anak keempat di akaun Instagram miliknya.
Menerusi foto yang dimuat naik, Ayu berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.
“Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk. Kini Ayu berkongsi dirinya dah hamil 19 minggu.
Ayu menyatakan memang suami pun nak anak ramai dan doa ini dah dimakbulkan Allah.
“Lepas ni Laura Zuleykha dah jadi kakak,” tulisnya.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Ayu dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin pada 21 Januari 2011.
Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Sumber: Ayu Raudhah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mengidam Makanan Manis-Manis Masa Hamil & Boleh Jadi Moody Kalau Tak Dapat? Mama Kena Hati-Hati

Isi Kandungan
ToggleMengidam atau teringin makan sesuatu yang manis kerap berlaku, tidak terhad kepada wanita hamil sahaja, orang yang tidak hamil juga boleh mengalaminya. Tapi bagi ibu hamil, berhati-hati dan kawal pengambilan makanan manis sangat penting. Lebih-lebih lagi yang mengalami gestational diabetes mellitus (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.
Gula dalam darah atau glukos dikawal oleh sejenis hormon yang dinamakan insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin.
FAHAMI TENTANG KENCING MANIS MASA HAMIL
Keadaan ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.
Bagaimana pula bagi wanita yang hamil mengidamkan makanan manis walhal beliau mengalami GDM? Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban hal tersebut bukan mengidam sebaliknya ketagihan kepada gula.
KALAU TAK DIPENUHI, BOLEH JADI MOODY
Ketagihan gula atau menginginkan makanan yang manis berlaku di dalam individu yang hamil dan juga bukan hamil. Jika disekat gula daripada diet mereka, pasti akan berlaku perasaan murung atau marah. Malah ada yang moody dan tidak sedap badan.
Jika anda mengalami masalah ini, anda perlu jalani ujian untuk kencing manis SEBELUM hamil. Jika terbukti mengalami masalah kencing manis, tahap glukos dalam darah MESTI dikawal sebelum hamil kerana boleh menimbulkan pelbagai kemudaratan kepada bayi.
CARI PEMANIS ALTERNATIF
Penggunaan bahan pemanis sebagai pengganti gula misalnya aspartame, dibenarkan ketika hamil ( kecuali dalam wanita yang mengalami masalah phenylketonuria). Kadang kala aspartame boleh menyebabkan sakit kepala dan migran. Oleh itu ia perlu digunakan secara sederhana dan berhati-hati.
TIP PEMAKANAN WANITA KENCING MANIS MASA HAMIL
Beberapa perubahan kehidupan sehari-harian juga boleh membantu wanita gestational diabetes untuk mengawal selera pemakanan. Di antaranya adalah:
#1 Bawa bekalan makanan ketika keluar bekerja.
#2 Elakkan makan makanan di luar supaya boleh kawal portion dan kandungan gula/ karbohidrat.
#3 Bekalan makanan hendaklah makanan yang sesuai dengan selera anda supaya anda boleh meneruskan corak pemakanan tersebut dengan berterusan.
#4 Makan dengan rakan-rakan yang mengamalkan pemakanan seimbang. Jika kita dikelilingi oleh rakan-rakan yang makan makanan berkalori tinggi, anda akan mudah “terjebak” sama.
#5 Jangan seksa diri sendiri dengan melihat buku-buku resipi atau blog masakan atau rancangan makanan/masakan. Ia membuatkan anda nak makan dan mencuba makanan yang dilihat!
#6 Pilihlah untuk berjalan kaki, aktiviti fizikal yang ringan seperti bersiar-siar di luar rumah untuk mengawal paras gula dalam darah.
Terdapat banyak artikel dan buku mengenai jenis makanan yang sesuai untuk gestational diabetes TETAPI nasihat yang terbaik untuk anda yang mengalami masalah ini adalah untuk berjumpa, berbincang dan berbual dengan pakar dietetik di klinik atau hospital berdekatan.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Yakin Ada Stretch Mark Masa Hamil, Pakar Kulit Jelaskan Kenapa Ia Terjadi & Apa Patut Ibu Buat

Ketika hamil, salah satu perkara yang menjadi kegusaran ibu hamil adalah stretch marks. Perkara ini boleh membuatkan seseorang wanita menjadi malu dan rendah diri terutamanya jika terlalu banyak regangan kulit terjadi semasa kehamilan.

Biasanya stretch marks akan terjadi pada perut, paha dan punggung. Ketika awal kehamilan mungkin tidak kelihatan tetapi semakin perut membesar ia semakin ketara dan malangnya agak sukar untuk hilang biarpun selepas melahirkan anak.
Ikuti perkongsian tip dari Dr. Wan Syazween Lyana yang merupakan Pakar Perunding Kulit;
TIPS UTK HILANGKAN STRETCH MARKS
Hello orang ramai!
Sejak post saya tempoh hari, ramai ibu mengandung yg tanya cara utk hilang stretch marks. Ok kena belajar dahulu apa itu stretch marks, baru boleh faham kenapa rawatan-rawatan ini diberikan.
Baiklah, jom belajar. Threads!
1. Dalam bahasa perubatan, stretch marks dipanggil striae. Sebutannya “STRAI-YEY”. Striae dtg dari bahasa latin maksudnya groove (sesuatu yg melekuk ke dlm). Ia sgt common ya. Boleh berlaku dalam 50 – 90% wanita mengandung.
2. Kenapa stretch marks terbentuk? Ia disebabkan oleh luka bawah kulit kerana saiz badan yg bertambah secara mendadak (rapid growth) ataupun kerana keregangan kulit yg melampau (over-stretching). Kalau tengok bawah microscope, umpama kulit itu terkoyak di lapisan tengah2 tu.
Baca Juga:
Hampir 5 Tahun Kahwin, Pasangan Ini Kekal Positif Untuk TTC Lepas Gugur Anak Pertama Tahun Lepas
Evie Khadeeja Dah Setahun! Pilih Tema Pink, Cantik Kek & Dekorasi Birthday Anak Intan & Harris
Respect! Bakal Timang Cucu Ke-11, Warganet Kagum Semangat Nenek Kejar Impian Dapatkan Ijazah
3. So stretch marks nampak mcm mana? Tanda awal sekali adalah kawasan kulit menipis. Bagi mereka yg berkulit cerah, mungkin kulit kelihatan merah jambu muda (light pink). Kadang-kadang, boleh jadi gatal.
Kemudian, akan kelihatan garisan-garisan merah atau purple yg membengkak (straie rubrae). Lama-kelamaan, garisan akan menjadi cerah (warna putih/warna kulit) & nipis. Ini dipanggil striae albae. Rubrea = red. Albae = white. Easy right?

4. Selain wanita mengandung, siapa lagi boleh dpt stretch marks? Ramai sebenarnya. Remaja yang meningkat usia & mengalami growth spurts (selalu kelihatan di punggung, paha). Golongan bina badan (bahu), obese/berat badan berlebihan. Penggunaan steroid pun boleh jadi penyebabnya.
5. Ok sekarang mcmana nk rawat ni. Jujurnya, setakat ini, berdasarkan kajian, masih belum ada 1 rawatan yg terbukti 100% berkesan menghilangkan stretch marks. Don’t worry, there are treatments u can try. If it works for you, alhamdulillah!
Ok here goes ;
i. Penggunaan pelembab. Guna sekerap mungkin. Seeloknya sebelum keregangan kulit berlaku. Contohnya untuk ibu-ibu, sebaik tahu sahaja mengandung, digalakkan memakai pelembab selalu.

Kajian-kajian kecil ada menunjukkan andungan pelembab yg maybe menolong stretch marks adalah ascorbic acid, hyaluronic acid, vitamin E , almond oil & cocoa butter.
ii. Penggunaan topical vitamin A iaitu tretinoin. Ada kajian menunjukkan tretinoin 0.05% boleh menolong stretch marks dalam 47% pesakit. Tretinoin bagus dari segi pertumbuhan kulit baharu…
Namun perlu ditekankan di sini, penggunaan tretinoin/vitamin A bagi ibu mengandung tidak dibenarkan sama sekali kerana ada potensi kelahiran bayi cacat. So kalau anda ada stretch marks disebabkan oleh hal selain mengandung, bolehlah cuba ya.
iii. Sekarang, banyak yg berbicara tentang rawatan laser utk stretch marks. Setakat ini kebolehan laser tampak lebih bagus berbanding rawatan sapu pelembab semata-mata. Contoh laser yg boleh digunakan adalah carbon dioxide (CO2), Er:YAG, Nd:YAG, pulsed dye & excimer laser.
iv. Rawatan-rawatan lain yg boleh dicuba termasuklah chemical peeling (penggunaan asid ringan pada kulit) seperti trichloroacetic acid, retinoic acid & gycolic acid. Microneedling pun boleh cuba. Malah, ada yg menggunakan teknik phototherapy. Lain orang, lain keberkesanannya.
6. Ok itu sedikit sebanyak pencerahan ttg stretch marks. Ia tidak berbahaya. Kami merawat lebih kepada rawatan kosmetik bagi meningkatkan keyakinan diri ibu-ibu yg kita sayang ni.
7. So, jika anda ada stretch marks dan tidak tahu mana rawatan hendak cuba, datang jumpa dengan doktor dahulu. In sha Allah, kita go through the best treatment option for you k?
That’s all for today, babai!
Ref : A Narrative Review of Current Striae Treatments (2022)
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bayi Lelaki Ni Kembar Aafiyah”. Terjadi Pada Hari & Waktu Sama Masa Buat IVF

Setelah mengumumkan kehamilan kedua baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi kepada umum bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.
Menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini, Datuk Siti menjelaskan sebenarnya beliau lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.
“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya dalam nada kesyukuran.
Tambahnya lagi walaupun menunggu lama untuk menimang cahaya mata sendiri, doanya telah dimakbulkan dan bersyukur tetap dapat sepasang untuk melengkapi hidup rumah tangganya.
Sebelum ini, desas-desus peminat yang menyatakan Datuk Siti hamil anak kedua terjawab apabila beliau mengumumkan sendiri berita ini. Tiada niat nak sembunyikan tetapi bila bayi dah membesar dengan sihat, itulah masa sesuai beliau umumkannya.
Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.
Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
Setelah itu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.
Datuk Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
Sumber: sinarplus.sinarharian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI