Tanyalah mana-mana isteri, jika diberi pilihan oleh pasangan apa yang dia mahukan selain nafkah. Pasti jawapan isteri adalah nak perhatian.
Perhatian yang macam mana? Penjelasan dari saudara Muhammad Hassan yang juga seorang suami dan ayah ini dapat memberi gambaran jelas mengenai hal ini.
Apabila saya ajukan soalan apa isteri mahu dari pasangan?
Rata ratanya yang menjawab mahukan perhatian, mahukan suami yang mengambil berat tentang mereka. Fokus kepada tangungjawab sebagai seorang suami. Tangungjawab di sini bukan sahaja memberi nafkah semata, namun lebih kepada menyantuni jiwa mereka.
Rupanya isteri bukan matlamatnya harga, kemewahan.
Paling penting bimbing mereka supaya tunduk dengan agama. Tenang emosi apabila datangnya gelora,bukan selesai masalah dengan amarah kepada isteri.
Apabila saya tanya isteri sendiri, jawapan lebih kurang sama. Saya mula terfikir, saya ambil peka hal ini. Memori mereka sangat kuat. Masih ingat janji janji kita sebelum kahwin. Masih ingat layanan kita di awal perkahwinan.
Suami yang caring. Tak banyak sikit pun tak mengapa. Cukup dengan suami bertanya khabar dia, dengar luahan dia, santuni dia. Peluk dia saat bersedih, bersembang dengan dia tentang apa sahaja.
Paling kurang pun jadi suami yang setia mendengar apa masalah isteri di pejabat, di rumah. Ambil peduli tentang masalah anak, kesihatan anak-anak, pembelajaran anak-anak.
“Sayang sihat hari ini?”
“I love you sayang”
Kita suami nampak perkara ini remeh, namun tidak bagi mereka. Mereka dahagakan kasih sayang kita, dahagakan layanan kita, mereka perlukan suami yang cukup peka tentang diri mereka.
Nabi Muhammad s.a.w seorang Rasul, pemimpin, dari sekecil masalah umat sehingga fikir bagaimana setiap manusia mentauhidkan Allah. NAMUN tidak sikit pun mengabaikan soal hati isteri. Setiap hari bertanya khabar tentang kesihatan isteri, tidak menyusahkan isteri, seorang suami yang sangat memberi perhatian walaupun hanya dalam perkara kecil. Pakaian dijahit sendiri, faham bahasa wajah isteri saat sedih atau gembira.
Menzahirkan kasih sayang terhadap isteri itulah mengharmonikan perjalanan rumah tangga. Bukan sayang hanya sekadar dihati memendam rasa.
Suami. Satu masa nanti jika mereka pergi, mungkin ketika itu kita tangisi untuk jadi pendengar yang setia. Hargai dia, cintai dia, pegang tangan dia, zahirkan cinta kita saat mereka ada .
Sumber: Muhammad Hassan -EncikMatt-