Bila dah berkahwin, suami atau isteri ada hak untuk menegur satu sama lain. Cuma bagaimana teguran itu, ada caranya. Tambah lagi bila ada anak-anak, tunjuklah yang elok depan mereka.
Sebab itu, ramai yang berpendapat, jika suami atau isteri nak tegur, jangan tegur depan anak-anak. Elakkan anak mendengarnya.
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibu bapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak hormat ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak hormat isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Ads
Promotelah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita hormat isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak.
Ads
Anak-anak akan benar-benar percaya dan hormatkan pada ibunya. Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!..
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Tiap hujung tahun, pasti ada perancangan cuti untuk bawa anak-anak makan angin. Tak kisahlah dalam atau luar negara. Dalam hal ini, ramai ibu bapa yang ada anak kecil risau takut anak tiba-tiba tak sihat ataupun anak boleh ikut atau tak jadual perjalanan yang dirancang.
Biasanya keutamaan akan diberikan untuk bawa pakaian yang sesuai dan stok makanan. Namun ibu kena ingat penting juga ubat atau kit kesihatan anak sepanjang percutian. Tertinggal yang ini mungkin agak susah jika anak tiba-tiba sakit.
Perkongsian dari Dr Erna Nadia apa yang perlu ibu sediakan dalam beg travel bila bawa anak bercuti bersama boleh dijadikan panduan.
Dari kita membazir beli benda merapu untuk bayi dan anak-anak kecil, baik kita sediakan benda-benda ini
Termometer
Tak kisahlah termometer jenis digital atau manual, carilah termometer yang berkualiti elok. Penting untuk ada termometer di rumah dan di dalam beg travel. Anak anak kecil ni walau aktif dan badan tak panas mana tapi bila periksa, suhu mereka boleh sangat tinggi. Perlu diingatkan bahawa suhu bayi dan anak kecil biasanya mencanak naik sewaktu tengah malam ke pagi hari. Jadi, eloklah jika kerap periksa suhu anak bila anak tidak sihat di waktu tengah malam.
Ubat demam
Pastikan di rumah ada disediakan ubat demam. Ubat demam boleh jadi paracetamol, ibuprofen, acetaminofen. Belilah yang berbentuk air dan ubat punggung. Ubat punggung jika suhu terlampau tinggi melebihi 39. Jika bayi demam, terus beri ubat demam dan mandikan/lap badan bayi kemudian periksa semula suhu badan anak selepas satu jam.
Ubat titis hidung/nasal drops
Jika bayi selesema/batuk, boleh sahaja titiskan ubat ini ke dalam hidung bayi. Ini kerana salur pernafasan bayi adalah sempit berbanding orang dewasa. Biasa kita dengar bayi seakan berdengkur semasa tidur tapi tidurnya lena sahaja. Ini kerana hingus/kahak/air liurnya tersekat di hujung tekak. Bayi tidak pandai nak meludah atau membuang kahak jadi bila kahak berkumpul, ianya menghasilkan bunyi. Berilah ubat titis hidung untuk cairkan kahak bayi. Namun, jika nafas mereka laju, demam, tidak aktif, mempunyai lekuk di leher dan dada, terus bawa berjumpa doktor.
Losyen calimine
Losyen ini boleh digunakan untuk menghilangkan ruam-ruam gatal dibadan anak anda. Untuk demam campak, hfmd pun boleh guna. Ianya tidak mengandungi steroids dan insha Allah selamat untuk bayi.
Zinc oxide cream
Krim ini boleh digunakan untuk kes kes melecet akibat pampers atau kesan seluar. Jangan letakkan bedak pada kawasan melecet. Bedak lagi lagi bedak herba akan menyebabkan kawasan melecet menjadi lebih teruk. Tak perlu letak bedak di celah kangkang bayi pun. Cukuplah sekadar sapu losyen bayi atau baby oil.
Putik kapas/cotton bud
Belilah yang untuk bayi/kanak kanak punya. Tak elok masukkan putik kapas sehingga ke dalam telinga. Cukuplah sekadar cuci di sekeliling luar telinga sahaja selepas mandi kerana telinga kita ini sudah dikurnia Allah dengan fungsi self-cleansing. Bahaya menjolok terlalu ke dalam kerana risau sehingga terkena gegendang telinga yang nipis tu.
Syringe, sudu kecil atau cawan kecil
Ini perlu ada di rumah dan dibersihkan dengan seeloknya untuk memudahkan anda memberikan ubat kepada anak anda. Ubat perlu disukat jadi seeloknya bersihkan seeloknya syringe yang ada ya.
Tongue depressor
Ini adalah alat untuk memeriksa tekak anak. Tak wajib pun untuk ada. Jika anda tidak tahu cara menggunakannya, sebolehnya elakkan. Risau jika anda menjolok terlalu dalam atau tersalah cara. Namun, anda boleh sahaja belajar cara menggunakannya dengan doktor di klinik/hospital.
Torchlight/lampu suluh kecil
Ini guna penting supaya anda boleh memeriksa ke dalam lubang atau rongga badan seperti telinga, hidung, mulut dan juga mata. Tahu sahajalah anak anak kecil memang suka masukkan sesuatu ke dalam mana mana rongga yang ada kerana sifat inovasi mereka yang super kreatif tu hehe.
Baby oil
Ini boleh digunakan untuk bahagian yang kering atau untuk mengurut ngurut anggita badan bayi bila travel jauh. Siapa yang tak suka kena urut kan?
SpO2 detector
Ini adalah alat untuk mengukur tahap oksigen di dalam badan dan biasanya ada sekali fungsi mengira nadi. Tidaklah wajib ada namun ianya bagus untuk anak yang mempunyai masalah paru paru atau jantung. Jika SpO2 kurang dari 95% adalah tidak bagus.
Kain lap
Ini bolehlah termasuk kain napkin atau kain biasa. Sediakam khas untuk kegunaan anak anak sahaja. Bila demam, boleh gunakan kain ini untuk lap badan anak anak anda. Elakkan menggunakan kain buruk atau kain batik yang anda guna. Sharing is not caring in this case. Pastikan bawa kain lap anak ye masa berjalan.
Plaster
Ini juga tidaklah wajib tapi saya suka nasihatkan pesakit saya untuk sediakan juga sebab kita taktahu bila kemalangan akan menimpa. Jika ada luka dan berdarah, bersihkan dahulu luka dengan air biasa, jangan letak apa apa dan terus balut dengan plaster sebelum ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Ini untuk mengelakkan luka tersebut terdedah kepada kekotoran.
Nasal aspirator
Ini adalah alat untuk menyedut hingus di dalam hidung. Elok digunakan selepas anda menitis ubat titis hidung. Namun jangan terlalu kuat ok. Kesian hidung baby.
Rasanya, cukup dulu kot senarai alat alat yang perlu anda sediakan di rumah dan sewaktu berjalan.
Tak perlu membazir membeli sesuatu yang tidak perlu. Pastikan anak anda dalam keadaan selamat dan bersih. Nak jadi ibu bapa ni, yang penting adalah sifat bertanggungjawab dan sabar
Didik anak cinta Allah adalah keinginan terbesar buat Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir untuk permata hatinya iaitu Muhammad Luth Ali.
Perkongsian melalui instagram Saharul dan Deena, memang jelas mereka berdua begitu menitikberatkan soal agama dalam diri Ali walaupun bukan secara formal.
Paling mengagumkan, Saharul yang kini sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran turut membawa Ali bersama-samanya dengan tujuan membiasakan Ali mendengar bacaan ayat suci al-Quran dari awal.
Cara didikan Saharul ini wajar dipuji dan tak mustahil impiannya dan isteri untuk melihat Ali menjadi seorang pejuang agama tercapai.
Saharul juga berpendapat, tiada apa yang lagi penting untuknya melainkan mencari ilmu akhirat terlebih dahulu kerana selepas itu dunia akan datang dengan sendirinya.
Perkataan Pertama Anak Sebut ALLAH
Menariknya juga baru-baru ini, Saharul telah menunjukkan perkembangan Ali yang sudah mula pandai menyebut Allah dan bersyukur Allah memakbulkan doanya sejak Deena mengandungkan Ali.
Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah.
Selain itu, menariknya tentang didikan Saharul pada Ali adalah bahan bacaan awal anaknya adalah buku-buku yang berkisarkan keagamaan dan pembelajaran awal huruf Jawi. Hebatkan!
Hero drama popular Kau Aku Kita ini sebolehnya nak Ali seimbang akademik dan agama. Semoga apa yang diusahakan Saharul dan isteri sejak dari awal akan dipermudahkan.
Sementara itu, keletah Ali juga selalu mendapat reaksi positif dari peminat baba dan ibunya.
Walaupun belum mencecah umur setahun, sudah nampak kecerdikan Ali meniru pelbagai aksi yang orang dewasa dan dia juga pandai bermain emosi setiap kali diusik oleh babanya.
Sumber: instagram saharulridzwan & deenasaharul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak setiap kali anak buat kesalahan, laju je perkataan KENAPA keluar dari mulut ibu ayah. Rata-rata ibu bapa mengambil pendekatan bertanya sebegitu dengan tujuan untuk selidik dan nak tahu punca.
Sebenarnya cara ibu bapa selama ini salah! Nak tahu kenapa, Pakar Psikologi Keibubapaan, Dr Saleha Idris ada jawapannya. Mungkin ada yang bersetuju, ada yang tak, tetapi semua ini terpulang pada anda.
Kena ingat mendidik anak zaman sekarang dah tak sama seperti ibu ayah mendidik kita zaman dulu. Cabaran hari ini sangat berbeza dan kita sebagai ibu bapa kena tahu pendekatan terbaik agar anak sentiasa menjadi ‘kawan baik’ dansecara tak langsung mereka juga tak berani menipu.
Mak-mak jangan tanya anak soalan bermula “kenapa”. Kenapa buat jatuh. Kenapa masam muka Kenapa tak pandai Kenapa malas
Perlu ingat kalau kita asyik tanya kenapa. Anak jawab akan cuba selamatkan diri dia. Nanti dia pun pandai menipu. Sebab dia takutkan mata Kkta yang garang tu.
Kalau tak percaya cubalah tanya soalan ‘kenapa’ pada anak tu. Rasanya mak lagi banyak bebel dari selesai masalah. Akibatnya mak meroyan lebih, anak akan jadi mangsa cubitan ketam terhebat dunia.
Menyiasat akan memberi kesan buruk kerana orang tersebut terpaksa menceritakan aibnya. Dia akan berasa bersalah, berdosa, sedih dan tertekan. Sebaliknya, Rasulullah SAW memberi jalan penyelesaian selepas menegur kesalahan seseorang itu.
Apabila anak membuat kesalahan. Jangan ditanya soalan kenapa. Ianya seolah kita sedang menyiasat. Jangan menyiasat perkara itu. Nanti bila anak menjawab kita akan tanya sampai ke lubang cacing. Cara itu bukan cara betul. Tetapi terus berikan solusinya
Saya up status ni sebab ramai sangat buat satu benda dan rasa benda tu betul. Rupanya kita boleh buat benda lain lebih best da mudah dalam mendidik anak ni
Ingat ya mendidik anak remaja dan anak sekolah rendah banyak skil dan seninya. Semakin kita menggali masalah. Yang kita dapat masalahnya bukan cara selesai ya.
Contoh: Anak tumpah air. Kita marah. Kita tanya Kenapa tumpahkan air ni sambil mata besar. Anak jawab….(nak defend) diri. Kat sini kita nak ajar apa.
Jadi solusinya.. Tak apa. Adik ambil kain lap sahaja. Tanpa bebel Tanpa soal jawab
Kalau self esteem anak jatuh taubat dia mula renggang dari ibu ayah. Ubah komunikasi kita. Kita yang dewasa pun pun tak suka ditanya, tak suka dijudge, tak suka dinilai buruk. Benda tu sebabkan hubungan renggang.
Moga perkongsian ini akan dapat sama-sama membantu kita mendidik anak dengan cara betul tanpa rasa stres. Ingat keluarga bahagia, akan melahirkan anak-anak yang berjaya dunia akhirat.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.