Seringkali apabila bercerita tentang rezeki dikurniakan zuriat, biasanya kaum wanita lebih sensitif dan mengharapkan untuk mengandung. Sebenarnya dalam dia, suami juga menyimpan impian dan keinginan yang sama. Mereka lebih tabah dan tenang kerana mahu melindungi serta menjaga perasaan isteri tersayang.
Sama seperti pelakon berbakat, Izzue Islam yang telah memuat naik sebuah status yang meruntun hati pengikutnya. Mereka turut mendoakan agar dia dan isterinya, Awin, dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Ketika memuat naik sebuah video di laman Instagramnya, Izzue telah menulis sebuah kapsyen yang bercerita tentang sikap isterinya yang selalu membuatnya terhibur:
“Kene lagi aku! Tak apalah, satu je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin .
“Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau apa-apa jelah yang ada pada aku.
Ads
“Jangan dia conteng hati & perasaan orang yang belum tentu orang tu akan maafkan dia, jangan conteng arang dimuka bapak sudah.”
Rata-rata pengikutnya berharap agar Izzue dan Awin akan dikurniakan zuriat dan teruskan berdoa dan berusaha. Jika dilihat, pasangan ini sangat romantis dan menyayangi antara satu sama lain.
Dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak pada Isnin.
Dalam kejadian itu, mangsa Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemui rentung dalam kejadian itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.
“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ibu bapa mangsa tiada di rumah
Norazam berkata, semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.
“Kedua-dua beradik itu ditemui rentung pada jam 4.43 pagi tadi selepas kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 4.13 pagi,” ujarnya
Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.
“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut,” jelas beliau.
Biar sibuk macam mana pun, pempengaruh, Andika Putera mengakui akan mencuba sedaya upaya untuk mencari waktu bersama anaknya, Alisha Puteri.
Menerusi perkongsiannya bersama Podcast Pa&Ma, Andika mengakui dahulu mungkin tak banyak masa dapat diluangkan dengan puteri kesayangan, namun kini anaknya adalah prioriti utama.
Mengimbau kembali detik kelahiran Alisha, bapa penyayang ini mengakui perjalanannya sebagai ayah bukanlah mudah.
“Alisha Puteri bagi saya seorang anak yang luar biasa, banyak kejadian Ajaib yang berlaku pada dia.
“Tahun 2021, saya dan isteri kena Covid-19 dan waktu tu dia terpaksa melahirkan anak waktu itu.
“Tambah sukar bila doctor kata anak yang ada masalah sumbing kemungkinan oksigen tak cukup lebih tinggi.
“Alhamdulillah dengan izin Allah masa dia lahir cuma sumbing tetapi langsung tak ada masalah pernafasan. Doktor pun terkejut,” katanya berkongsi.
Keadaan tambah mencabar bila mana kesukaran hendak menyusukan anaknya hanya disebabkan masalah sumbing yang dialami.
“Waktu menyusu terpaksa ambil masa empat hingga lima jam sebab tak boleh guna puting botol biasa. Terpaksa di tempah.
“Anak menangis lapar tapi tak boleh menyusu, semuanya ajar kami tentang kesabaran.
“Kecaman netizen juga agak mencabar buat kami waktu itu terutama bekas isteri saya.
“Selain itu kami juga berdepan dengan masalah speech delay yang dialami Alisha dan kini berdepan masalah mata.
“Pembedahan sumbing yang dijalaninya ketika berusia satu tahun itu kini memberi kesan kepada matanya dimana hanya satu mata sahaja yang berfungsi.
“Malah dia kini berdepan masalah 3D yang mana masalah pada kesesuaian jarak pada penglihatannya,” tambahnya lagi.
Kehidupannya kini tambah mencabar bila terpaksa menguruskan anak sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri.
Namun, Andika yang mesra disapa Dika ini terus positif untuk membesarkan anaknya itu dan sangat bersyukur dengan pencapaian Alisha sekarang.
Tambah Andika lagi, anak kecilnya itu sudah mula pandai meniru apa yang dilakukannya di rumah.
Malah kini sudah pandai mengira dan kini pandai berselawat dan setiap malam akan berzikir sama-sama dengan anaknya. Tak ketinggalan sudah pandai menari.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Orang cakap mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitu juga anak lelaki kepada pengacara versatil, Dayah Bαkαr iaitu Achbar Muhammad Fahri yang sering menjadi tumpuan ramai kerana mempunyai perwatakan ceria, ramah dan pandai buat orang gelak seperti ibunya.
Meskipun baru berusia dua tahun, gelagat lucu dan comel Fahri sering mencuit hati sesiapa sahaja yang melihat. Ini kerana sebelum itu, Fahri pernah buat drama tak mahu pergi sekolah dan memanggil ibunya dengan nama Dayah sahaja dek kerana selalu dengar orang sekeliling pangil nama tersebut.
Bukan itu saja, rata-rata warga maya terhibur melihat gelagat Dayah dan Fahri yang sentiasa ceria dan ada saja yang mereka lakukan sehingga buat orang ramai ternanti-nanti video dua beranak ini.
Terbaru, perkongsian mengenai Fahri sekali lagi mencuit hati ramai dimana Dayah mengajar anaknya menyebut nama penuhnya.
Pada mulanya Fahri hanya dapat menyebut nama ayah Dayah iaitu Bαkαr sahaja, namun berhasil menyebut nama penuh ibunya buat kali kedua.
Reaksi Fahri yang berjaya menyebut nama ibunya dengan betul membuatkan ramai gerαm dengan kecomelannya. Seolah-olah dia dapat satu kepuasan dapat menyebut dengan betul dan jelas.