Rezeki kita berbeza-beza. Ada yang dikurniakan rezeki untuk punya anak awal, sebaik selepas berkahwin. Namun ada pula sedikit terlambat rezekinya malah perlu melalui sedikit kepayahan dengan menjalani beberapa rawatan demi melihat zuriat darah daging sendiri.
Bagi pemilik jenama Leeyana Rahman, Yana Lee, rezekinya untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan Allah selepas menjalani rawatan IVF, empat tahun selepas berkahwin.
Kata Yana menerusi Live Pa&Ma Gala Moms, kehadiran cahaya mata sulungnya, Tiara Lufya melengkapkan hidupnya dan suami malah menyerikan lagi kehidupan berumah tangga mereka. Satu kegembiraan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini juga menyifatkan kejayaannya memperolehi zuriat melalui rawatan IVF itu adalah hasil dari usahanya yang tak pernah putus asa untuk menimang cahaya mata.
” Tahun pertama dan kedua, saya dan suami rasa macam honeymoon, masuk saja tahun keempat kahwin, saya dan suami mula dah rasa ‘flat’. Lagi pula ramai sangat yang asyik bertanya. Orang lain mungkin ambil berat pada saya, adakala saya mula rasa ‘down’ dan sensitif. Jadi saya nekad untuk buat IVF.
” Bila disahkan mengandung, saya rasa Allah masih sayangkan saya, Allah makbulkan impian saya untuk punya zuriat. Lagi pula dapat gembirakan hati suami, hanya Allah sahaja yang tahu,” luah Yana berkongsi.
Tiga bulan penuh kenangan
Melalui rawatan IVF nyata tidak mudah. Tidak juga mudah buat Yana yang jadualnya begitu padat dengan empayar perniagaannya yang semakin memuncak di kala itu.
Ads
“Ramai yang buat IVF tapi gagal, ada yang buat sekali sahaja tapi berjaya, ada orang buat sekali je terus berjaya. Macam saya alhamdulillah saya buat sekali je terus berjaya.
“Saya rasa sangat happy dan bersyukur tapi taping seornok dapat happy kan suami. Memang pasangan berkahwin nak kan zuriat dan saya rasa happy bila disahkan mengandung. Tak terluah dengan kata-kata masa tu.
“Masa saya buat IVF tu suami paksa saya left semua grup whatapps kerja yang ada dan dia minta saya bed rest sahaja sepanjang tiga bulan tu.
“Dari segi pemakanan pula memang saya ambil makanan yang betul-betul sihat saja. Contoh pagi saya ambil avokado dengan madu, kudap-kudapan pula saya suka ambil jenis kekacang macam badam dan lain-lain yang baik untuk kekuatan rahim. Setiap malam pula suami akan buatkan jus buah untuk saya yang dicampurkan dengan oren, epal, strawberi, kurma dan madu.
“Sepanjang waktu itu, kami suami isteri memang banyakkan bersedekah bukan sahaja dekat anak yatim tapi kami bagi makan haiwan supaya rezeki kami dipermudahkan.
Ads
Amal doa dari awal kehamilan
Rupanya bukan hanya rawatan IVF bahkan Yana juga tidak pernah putus harapan dan berdoa setiap hari untuk memperoleh zuriat. Bahkan ada doa dan amalan yang dilakukannya.
“Dalam pada itu saya juga amalkan doa ini.
Ya Allah janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri, Sesungguhnya Engkaulah waris yang paling baik.
“Inilah doa yang saya selalu amalkan sejak dari sebelum hamil lagi sampailah saya selamat melahirkan anak,” kongsi Yana lagi.
Ads
Kata Yana, walau kita belum direzekikan untuk punya zuriat lagi, jangan pernah putus asa dan sentiasalah berikhtiar dan berdoa kepada Allah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yaana.lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun kesum antara daun herba yang cukup popular untuk membuat laksa dan juga asam pedas. Tak perlu beli, apa kata anda tanam sahaja di rumah.
Nak jadikan daun kesum bersaiz lebar, elok dan segar walau hanya di tanam tepi rumah sahaja, cikgu yang cukup popular dalam dunia penanaman, Cikgu Kebun berkongsi tip menanam daun kesukaan ramai ini.
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni.
CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe. Jadi CK nk kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 Teknik mudah tanam daun kesum :-
1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
5. Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
8. Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan ke dalam pasu.
10. Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
13. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
Haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
Siapa yang tidak risau bila mana anak pertama kali ke sekolah. Anak yang selama ini hanya didalam jagaan kita kini menjadi tanggungjawab orang lain. Pelbagai kebimbangan yang mula menghantui diri. Namun jangan dibiarkan risau yang berlebihan.
Biarkan anak berdikari sendiri kerana inilah masanya. Hanya letakkan kepercayaan pada guru yang mendidik sambil berdoa pada yang Esa. Perkongsian dari Ustazah ini pasti buat mak ayah lebih lega.
Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.
1. Bisikan kata-kata semangat.
Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi.
“Awak anak hebat dan kuat”
“Awak anak pandai dan cerdik”
“Awak anak soleh, awak boleh”
Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.
Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat.
Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah.
Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
3. Doa mujarab.
Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.
اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.
” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”
Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an).
Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad.
Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya.
Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
“Anak sulung saya ni, sejak dapat adik semakin buat perangai. Bagaimana harus saya kendalikan anak saya?”
“Anak saya ni, mudah pula mengamuk dan kadang-kadang suka merajuk walaupun pada perkara-perkara yang kecil. Apa yang tak kena sebenarnya pada anak saya ni?”
Harap beberapa panduan ini dapat membantu papa mama;
Suami isteri bekerjasama sebagai satu PASUKAN
Apabila anda mendapat anak yang kedua, anda sebenarnya sedang belajar untuk memberikan perhatian lebih daripada seorang. It will be easier when you as husband and wife work together as a team.
Bila mama sibuk dengan adik, papa berilah perhatian kepada abang atau kakak.
2. Libatkan anak besar dengan aktiviti bersama adik baru
Anda boleh ajak abang atau kakak untuk sama-sama involve dalam menyediakan susu, atau untuk mandi dan sebagainya.
Elakkan mengenepikan anak sulung anda.
3. Sering ucapkan kata Magic
Selalulah ucapkan that he is loved and he is responsible etc. Ini akan membuatkan si abang atau si kakak ini lebih dihargai dan tetap disayangi.
Jika anda tidur sebilik, anda perlu juga faham anak sulung anda juga mungkin terganggu tidurnya kerana adiknya menangis atau bangun malam. Oleh itu, mungkin dia akan menjadi cranky atau letih, oleh itu beri dia rehat yang cukup.
Bila kita menjaga perasaan anak sulung dan anak baru kita semasa awal-awal ini, maka anda akan mendapati anak anda tidak akan selalu berkelahi bila mereka sudah besar sedikit. Si abang atau kakak akan lebih tenang dan mudah mengalah dan menunjukkan kasih sayang kepada adik dan memimpin adik dengan rasa kasih sayang dan bertanggung-jawab.
Kenapa? Sebab dia sudah faham yang dia sangat di kasihi walaupun dia sudah beradik.
Teladan yang anda tunjuk akan membuat si sulung bijak memberi kasih-sayang kepada adik yang kedua pula. Kerana keadilan yang anda tunjukkan akan dia warisi.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.