Salah satu kunci kejayaan dalam psikologi keibubapaan adalah hubungan baik antara ibu dan ayah.
Ibu ayah berkomunikasi dengan baik antara sesama sendiri dapat memberi kesan baik. Bukan sahaja pada psikologi ibu ayah tetapi juga anak-anak.
Contoh ibu bapa yang hot tempered akan menyebarkan seluruh rumah gundah gulana. Merasakan ibu bapa bukan lagi tempat mereka melabuhkan kepercayaan. Tetapi hanyalah sosok yang buat hidup penuh pemberontakan dan emosi yang kecundang.
Ibu bapa yang tiada kemesraan, gelombangnya dapat dirasai oleh anak-anak. Emosi anak juga tidak stabil. Akibatkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif tercalar.
Ibu bapa yang tidak dapat komunikasi dengan baik. Buatkan rumah tangga jadi suram. Ibu yang bangun tidur keseorangan akan rasa jiwa kosong dan hidup sepi. Kerana dunia dalamanlah yang menentukan dunia luaran kita.
Apabila salah faham terjadi. Ibu bapa perlu duduk kembali. Paksakan diri untuk bermesra semula. Lakukan aktiviti seperti mula bercinta. Rasai hangat kasih. Mulakan muka surat baru.
Hidup dalam present moment. Penuh kasih sayang dan rasa hargai antara satu sama lain.
Jangan hidup dalam dunia lepas. Sebab itu ada rajuk, marah, kecil hati dan benci serta dendam. Hidup dalam dunia masa depan tidak pasti menyebarkan kerisauan. Mahu lebih apa sepatutnya.
Tidak akan aman hati suami isteri yang bergaduh. Masing-masing bawa diri dan bermasam muka. Bahasa badan memberi rasa. Peluk, cium, bergurau. Adalah Bahasa indah komunikasi buat suami isteri. Teruskan bercinta. Api asmara menyala akan memberi kedamaian buat anak-anak dan rumah tangga.
Sumber: Saleha Idris
Bercinta hingga syurga