Keselamatan anak ketika menaiki kenderaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Ramai ibu bapa masih beranggapan mendukung anak di riba lebih mudah dan praktikal, sedangkan hakikatnya ia berbahaya. Seorang ibu berkongsi pengalaman hidup yang mengubah cara fikirnya tentang penggunaan car seat bayi dan kanak-kanak, apabila suaminya sendiri pernah tercampak keluar dari kereta sewaktu kecil kerana beriba.
Trauma Kemalangan Jadi Iktibar
Menurut ibu ini, pengalaman pahit suaminya ketika berusia dua tahun menjadi pengajaran terbesar. Suaminya ketika itu duduk di atas riba nenek dalam sebuah kereta. Tiba-tiba tayar meletup, kereta terbabas lalu berpusing tiga kali sebelum suaminya tercampak keluar melalui tingkap.
“Syukur sangat masa tu tiada kereta lain lalu. Suami jatuh di tengah jalan dengan luka teruk di muka, kaki dan lengan hingga terpaksa dijahit. Parut masih jelas sampai sekarang,” kongsinya.
Pengalaman ini membuatkan pasangan tersebut berazam untuk tidak lagi mengambil mudah isu keselamatan anak. Mereka sepakat mendidik tiga cahaya mata mereka menggunakan car seat sejak bayi lagi, tidak kira perjalanan jauh atau dekat.
Ads
Biar Menangis Asal Selamat
Si ibu mengakui cabaran utama pada awalnya ialah tangisan anak-anak yang tidak selesa bila diletakkan di dalam car seat. Namun, bagi mereka keselamatan jauh lebih utama.
“Anak kedua paling champion menangis, sejam non-stop masa bawah setahun. Saya biarkan saja, teruskan perjalanan sambil pujuk-pujuk. Prinsip kami jelas: biar anak menangis, asalkan nyawa mereka selamat,” jelasnya.
Ads
Kini, hasil kesabaran itu mula menampakkan hasil. Anak-anaknya sudah terbiasa dan malah berasa selesa duduk dalam car seat masing-masing. Perjalanan jauh kini lebih aman dengan nyanyian, gurauan dan interaksi adik-beradik yang saling menghiburkan.
Ads
Car Seat, Keperluan Bukan Pilihan
Pakar keselamatan jalan raya menegaskan bahawa penggunaan car seat mampu mengurangkan risiko kecederaan serius sehingga 70% dalam kemalangan membabitkan bayi dan kanak-kanak. Walaupun masih ada ibu bapa yang beralasan anak menangis atau perjalanan dekat sahaja, hakikatnya kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.
Pengalaman keluarga ini menjadi bukti bahawa car seat bukan sekadar aksesori, tetapi keperluan asas keselamatan anak-anak. Tangisan boleh dipujuk, tetapi nyawa anak-anak tidak boleh diganti.
Tip Pilih Car Seat Ikut Usia Anak
👉 Bayi baru lahir hingga 2 tahun – gunakan rear-facing car seat kerana lebih selamat untuk tulang belakang dan leher. 👉 Kanak-kanak 2 – 4 tahun – boleh beralih ke forward-facing car seat dengan tali pinggang keselamatan. 👉 Kanak-kanak 4 – 8 tahun – gunakan booster seat sehingga cukup ketinggian untuk memakai tali pinggang kereta dengan selamat.
Kesedaran awal dan disiplin ibu bapa mampu menyelamatkan nyawa si kecil. Jangan tunggu tragedi berlaku baru kita mahu bertindak. Mulakan sejak bayi, kerana keselamatan anak adalah tanggungjawab paling besar seorang ibu dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah di ucapkan buat penyanyi, Caprice yang kini telah selamat bergelar bapa selepas isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan zuriat mereka semalam.
Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan oleh Caprice sendiri menerusi platform media sosial miliknya semalam.“March 17th, Lil Cappy dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,” tulisnya ringkas.Menerusi entri sama itu juga, Caprice turut memuat naik videonya yang sedang memangku cahaya mata sulungnya itu.
Caprice dan isteri bagaimanapun belum berkongsi jantina anak mereka kepada umum.
Menerusi Insta Storynya, bapa penyayang itu juga turut meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki malah berterima kasih kepada rakan-rakan dan pengikutnya di Instagram yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan anak dan isterinya.
“Thanks you guys for all the doas, well wishes. Baru sempat baca semua.
“It means a lot to us.
“Syukur alhamdulillah for everything and everyone,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021.
Ramai tidak menyedari bahawa waktu mandi yang sepatutnya menjadi rutin yang menenangkan boleh bertukar menjadi situasi merbahaya sekiranya tidak dilakukan dengan betul. Bayi, khususnya yang berusia bawah setahun, amat mudah terdedah kepada risiko lemas, terjatuh atau terkena air panas sekiranya pengawasan tidak rapi.
Dalam suasana sibuk, terutama di pusat jagaan atau rumah pengasuh yang menjaga ramai anak kecil serentak, aspek keselamatan boleh terabai sama ada disebabkan keletihan, tergesa-gesa, atau kurang pengetahuan tentang prosedur yang betul.
1. Jangan Tinggalkan Bayi Walaupun Sesaat
Sentiasa berada di sisi bayi sepanjang sesi mandi.
Jika perlu ambil barang, angkat bayi dan bawa bersama, jangan sesekali tinggalkan di dalam tab atau bilik mandi walaupun air hanya sedikit.
Bayi boleh lemas dalam air setinggi 2.5 cm sahaja!
2. Sediakan Semua Keperluan Sebelum Mula
Pastikan barang-barang berikut tersedia sebelum mandi bermula:
Tuala, lampin
Sabun bayi & syampu
Bekas air bersih
Kapas dan kain lembut
Ini penting untuk elak panik atau tergesa-gesa yang boleh menyebabkan kecuaian.
3. Suhu Air yang Sesuai
Gunakan air suam, sekitar 37–38°C.
Uji suhu dengan siku atau bahagian dalam pergelangan tangan — bukan dengan jari.
Elakkan air terlalu panas yang boleh melecurkan kulit bayi yang sensitif.
4. Kawal Kadar Air dalam Tab
Isi air dalam tab hanya 5–7 cm sahaja untuk bayi baru lahir.
Jika mandi dalam besen atau baldi khas bayi, pastikan tidak penuh dan stabil.
5. Pegang Bayi dengan Cengkaman Kukuh
Sokong kepala dan belakang bayi dengan satu tangan.
Gunakan tangan sebelah lagi untuk membersih dan menyiram.
Sentiasa pastikan mulut dan hidung bayi berada di atas paras air.
6. Elak Gunakan Sabun Berlebihan
Terlalu banyak buih boleh menyebabkan bayi licin dan mudah terlepas dari genggaman.
Gunakan produk yang tidak memedihkan mata dan bebas bahan kimia keras.
7. Mandikan di Permukaan Selamat
Gunakan alas anti-gelincir jika mandikan dalam bilik air.
Elakkan mandi di kawasan licin atau berdekatan dengan sumber elektrik.
Semasa memandikan bayi, penjaga atau ibu bapa perlu peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku atau tanda-tanda luar biasa.
Jika bayi tiba-tiba menangis dengan kuat tanpa henti, menunjukkan tanda-tanda resah, kelihatan lesu, sukar bernafas, atau kulit menjadi pucat dan sejuk, hentikan sesi mandi serta-merta.
Risiko bayi lemas boleh berlaku dalam tempoh hanya beberapa saat sahaja, walaupun dalam air yang sangat cetek. Air sedalam 2 hingga 3 sentimeter pun sudah cukup untuk menenggelamkan mulut dan hidung bayi, apatah lagi jika mereka terjatuh secara tiba-tiba tanpa pengawasan.
Disebabkan otot leher dan kawalan badan bayi yang masih belum stabil, mereka tidak mampu mengangkat kepala sendiri apabila berada dalam posisi meniarap atau terlentang dalam air. Situasi ini boleh menyebabkan bayi sukar bernafas dan dalam masa yang sangat singkat, keadaan boleh menjadi kritikal tanpa sebarang bunyi atau jeritan.
Ini mungkin petanda bayi berada dalam keadaan tidak selesa atau mengalami tekanan fizikal. Dalam situasi sebegini, jangan berlengah dapatkan bantuan orang dewasa lain jika ada, dan hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera.
Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa bayi daripada kejadian yang lebih buruk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Zahirah MacWilson dua-dua ada ‘lesung pipit,’ comel betul Isaac dan Inara. Zahirah MacWilson melahirkan anak keduanya, Inara Raisa pada 31 Mei lalu. Terbaharu melalui hantaran di laman Instagramnya, Zahirah berkongsi gambar anak keduanya itu.
Anak Zahirah MacWilson Dua-dua Ada ‘Lesung Pipit’
Namun apa yang menarik perhatian warga maya selain penampilan Zahirah yang nampak cantik dan langsing walaupun masih berpantang ialah kecomelan Inara. Sama seperti abangnya Isaac Raees, Inara juga mempunyai lesung pipit. Comel betul bila si kecil ini senyum!
Ramai yang tidak sabar untuk melihat Inara besar nanti. Tentu comel bila tersenyum macam abangnya. Ada juga warga maya yang berpendapat wajah Inara Isaac. Tak kurang juga yang mengatakan Inara adalah Isaac versi perempuan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.