“Walaupun saya dah larang, dia tetap nak ikut sebab dia bosan duduk rumah seorang. Mungkin itu permintaan terakhir dia untuk rasa naik lori dengan saya.” Itulah luahan hati Syed Mohamad Asyraf Syed Shamsuddin, 24, suami kepada Allahyarham Suhaili Abdul Razak, 28, yang maut dalam kemalangan melibatkan lori ais dan treler di Jalan Ipoh-Kampar, berhampiran Kampung Pulai, Gopeng, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, Syed Mohamad Asyraf, yang memandu lori tersebut, hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan. Menurutnya, kadang-kadang Suhaili akan menemani beliau menghantar bekalan ais ke kedai-kedai pada awal pagi, terutama sekali pada hari cuti atau hujung minggu, kerana isterinya bekerja sebagai tukang masak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Ipoh.
Dia berkata, lebih menyayat hati kerana semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran isterinya. Malah, mereka sempat meraikannya malam tadi, di mana dia menghadiahkan dua helai tudung kepada arwah.
“Kami sambut kecil-kecilan di rumah kami di Pengkalan (Lahat, Ipoh) malam tadi,” katanya.
Ads
“Sebelum ini, arwah pernah ikut saya bawa lori, tapi hari ini terasa lain. Biasanya, dia akan berjaga dari awal dan hanya tidur dalam lori bila hari mula cerah sekitar pukul 7 pagi.
“Tapi hari ini, dari mula naik lori lagi dia kelihatan letih dan terus tidur. Tak seperti selalu,” katanya ketika ditemui di pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampar.
Menceritakan detik sejurus pelanggaran itu, kata Syed Mohamad Asyraf, isterinya terjaga daripada tidur kerana terkejut apabila dia cuba membelokkan lori ke kanan dan sempat memanggilnya dengan panggilan mesra ‘Abi’.
Ads
“Allah SWT lebih sayangkannya. Kami berkahwin pada November tahun lalu dan dia isteri yang baik dan taat,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, nahas sekitar jam 5 pagi itu berlaku apabila lori ais dipandu Syed Mohamad Asyraf melanggar belakang treler yang berhenti di laluan kecemasan.
“Akibatnya, mangsa yang berada di tempat duduk kelindan meninggal dunia di lokasi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benar, ada diantara kita yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari. Semuanya kerana terpaksa bangun awal untuk sampai tepat masa ke sekolah sekitar jam 7.30 pagi.
Hal inilah yang dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk memulakan sesi persekolahan sedikit lambat iaitu sekitar jam 8 pagi.
Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian dan Kesejahteraan, Pendidkan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Anuar Ahmad berkata, cadangan itu adalah selaras atau meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Katanya, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi.
“Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal pukul 6 pagi untuk ke sekolah.
“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kredit foto: Kosmo Online.
Malah katanya lagi, langkah itu bagi membolehkan anak-anak sempat bersarapan bersama keluarga berbanding sebelum ini lebih kepada bergegas ke sekolah.
“Sekiranya kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi,” katanya.
Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula pukul 7.30 pagi.
Pun begitu, cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada ibubapa. Ada yang menerima saranan positif itu malah memberi lebih ruang yang lebih selesa untuk ibubapa sebelum bergegas ke tempat kerja.
Namun ada pula yang kurang bersetuju untuk dengan alasan akan memberi kesan kepada waktu bekerja ibu dan bapa. Ini pula diantara reaksi ibu bapa yang meninggalkan pelbagai komen di Kosmo Online.
Isteri Jamal Abdillah selamat bersalin anak kelima. Isteri kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 66, iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.38 pagi tadi.
Isteri Jamal Abdillah Selamat Bersalin Anak Kelima
Bayi comel seberat 2.9 kilogram juga anak kelima Pasangan itu diberikan nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah.
Jamal menerusi ucapan ringkasnya melahirkan kesyukuran terhadap kelahiran puterinya.
“Terima kasih kerana ucapan tahniah dan mendoakan,” katanya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.
Terdahulu hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia dua tahun.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Pusat beli-belah di Melawati, Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mensanitasikan sebuah tapak perniagaan yang ada di situ kerana terdapat pengunjungnya yang positif COVID-19 pergi ke sana.
Pihak pusat beli-belah terbabit memberitahu bahawa pengunjung itu disahkan positif telah ke sana pada 2 Mac 2020.
Tidak mahu mengambil lebih banyak risiko, langkah-langkah pembersihan serta mensanitasikan premis dan kawasan kelilingnya akan dijalankan.
Pada 10 Mac, pusat beli-belah ini telah dimaklumkan oleh penyewa mereka iaitu sebuah salun bahawa pelanggan yang pergi ke kedai mereka telah disahkan positif COVID-19. Keja pembersihan dan mensanitasikan salun ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia.
Sebagai langkah berjaga-jaga, dikatakan salun ini juga akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Selain salun tersebut, kawasan umum di pusat beli-belah ini seperti lif dan tandas juga telah dibersihkan dan disanitasikan. Pusat beli-belah ini juga menyatakan bahawa mereka sedia mengambil langkah pencegahan tambahan jika diarahkan.
Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Dalam sesebuah keluarga yang bahagia, perasaan cinta dan hormat-menghormati antara satu sama lain mesti dipupuk sejak kecil.