Apa yang tidak kena sebenarnya dalam rumah tangga kita? Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang? Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yang sangat perlu diberikan perhatian.
Ini kerana ada sebahagian tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah tangga.
Sedang kita menzahirkan kasih sayang kepada pasangan, jangan sesekali cuba merisikokan perhubungan tersebut.
Elak lakukan kesilapan besar yang biasa dibuat dan pantang-larang dalam perhubungan suami isteri supaya keharmonian rumah tangga terpelihara.
1. Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain
Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain dihadapan suami sendiri.
Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan. Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri. Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain dihadapan suaminya.
Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive. Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara.
2. Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pandangan pasangan masing-masing.
Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah normal. Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar. Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri.
Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya. Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka lihatlah jua pada kelebihannya.
Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin.
Namun, apa aib kita dibelakang, kita tidak mampu untuk melihatnya. Orang yang Nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.
Disebabkan itu, pasangan kita Nampak apa yang kita tidak perasan. Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan. Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk. Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.
Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.
PUJI ISTERI
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni. Bila saya fikirkan balik, banyaknya kurang saya ni sebagai suami.
Bila isteri beli tudung dan pakai cantik cantik. Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia. Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat dia bekerja untuk puji dia. Dia tak harapkan lelaki di luar sana untuk puji dia.
Rupanya yang dia harapkan adalah pujian suaminya sahaja. Saya la tu. Tapi Allahu beratnya mulut saya untuk memuji. Beratnya hati saya untuk memahami.
Padahal pujian seorang suami kepada isteri adalah pujian berpahala. Pujian ni lah yang akan membuatkan hati si dia berbunga bunga. Pujian ni lah yang akan memenuhkan tangki emosinya.
Lebih penting lagi, pujian ni juga yang membuatkan dirinya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Ramai rupanya tak tahu yang si isteri ni kena RASA dirinya cantik di mata suami. Baru lah mereka lebih yakin untuk mencintai suaminya sendiri dengan sepenuh hati.
Terlupa yang rupanya pujian saya kepada isteri, kebaikannya akan kembali balik kepada diri saya sendiri
Kredit: Dr. Taufiq Razif, Aku islam.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI