Kehilangan yang paling meninggalkan kesan. Seorang suami reda dengan pemergian isteri dalam tidur sebaik selesai menyusukan anak pertama mereka.
Menurut perkongsian menerusi @amirul_n4fis di laman Threads, suri hati hidupnya itu menghembuskan nafas terakhir ketika tidur dalam pelukannya selepas selesai menyusukan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.
“Allah. Pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan baby, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur,” katanya berkongsi.
Malah menurut kata @amirul_n4fis lagi, pemergian bidadari hidupnya itu amat mengejutkan kerana isterinya tidak menunjukkan atau mengadu sedang sakit sebelum ini kepadanya.
Susulan kematian mengejut tersebut, jenazah arwah isterinya dihantar ke hospital dan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. Hasil bedah siasat yang dibuat, doktor memaklumkan bahawa isterinya mengalami jangkitan di bahagian paru-paru.
Dalam pada itu, @amirul_n4fis memaklumkan mereka sekeluarga sempat meluangkan masa bersama dengan pergi bercuti dan baru sahaja beberapa hari yang lalu. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah memuat naik status di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar arwah sedang memegang bayinya di tepi pantai.
“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari. 6/1/2025 papa kehilangan sayang. Kita dah plan macam-macam tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Papa redha. Papa akan jaga amanah Allah yang ada dan Faleeq tetap akan papa jaga. Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat tetapi Allah lebih sayangkan mama.
“Nanti hari-hari datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” ujar @amirul_n4fis.
Coretan @amirul_n4fis di laman Threads ternyata meruntun hati namun mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Menarik: Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN. Mudah!
Bantuan Awal Persekolahan 2025 BAP Diteruskan, Ini Tarikh & Semakan Mak Ayah!
Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna, Fikir Dulu Sebelum Beli!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: @amirul_n4fis via Threads
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI