Bukan nak salahkan satu pihak sahaja tetapi sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan hubungan suami isteri dilaporkan. Jika dilihat pada matlamat awal perkahwinan masing-masing nak hubungan berkekalan namun kerana ada kesilapan, itu yang buatkan hubungan makin renggang.
Pesanan Imam Muda Hassan yang selalu berkongsi ilmu rumah tangga ini boleh dimanfaatkan bersama-sama agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.
“Takkan senang orang yang menzalimi, dan takkan susah orang yang dizalimi”. Ini ungkapan seorang guru teman yang teman akan ingat sampai bila-bila.
Ads
Sabda Nabi SAW, doa orang yang dizalimi itu tergolong dalam golongan orang yang mustajab doa.
Walaupun luka hati seorang isteri sukar untuk dirawat, tapi cukuplah Allah sebagai tempat mengadu, Dia yang boleh menyembuhkan luka dalam hati.
Ads
Cukuplah seorang isteri mendoakan kebaikan buat suaminya, dan mendoakan juga kebaikan pada dirinya sendiri. Jika suami melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap isteri, mohon agar Allah tunjukkan kebenaran pada suaminya. Kadang-kadang kerana ego seorang suami, dia tidak nampak kesalahan dirinya, biarlah Allah jentik hatinya untuk dia tahu salah silap dirinya.
Isteri doalah, “Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak terdetik di hati kita kenapalah anak-anak susah sangat nak dengar cakap? Anak yang dulunya mudah akur dan patuh pada suruhan kini semakin suka melawan sejak diberikan gajet serta bergaul dengan kawan-kawan.
Mengikut petua, sebenarnya amalan kita membasuh beras tersimpan rahsia hebat untuk lembutkan hati anak dan pasangan.
“Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?”
Orang dulu-dulu sering mengamalkan petua yang kebanyakannya adalah doa atau zikir memuji kebesaran Allah. Terutama sekali dalam urusan rumah tangga, layanan terhadap suami dan didikan anak-anak agar keluarga menjadi soleh serta solehah.
Cara ini bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi pasangan dan diri kita sendiri agar sentiasa tenang. Ini juga yang selalu dipesan oleh Rasulullah Saw iaitu berdoa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa jua keadaan.
Melalui perkongsian Ustaz Abdullah Khairi ada cara untuk membasuh beras sebelum nasi itu dihidangkan pada ahli keluarga:
– Genggam beras
– Gunakan tangan kanan untuk membasuh beras
– Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa tersebut: “Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagimana kau lembutkan ini menjadi nasi.
– Cuci dan gaulkan mengikut arah lawan jam
– Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan pada anak-anak dan pasangan.
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali nak sediakan makanan untuk diri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan jam.
Doa ibu tiada hijab
Sementara itu, menerusi perkongsian Ibu Azzah, ada beberapa doa ibu boleh amalkan sepanjang mencuci beras. Moga doa yang diniatkan untuk anak-anak kita ini akan menjadi pendinding dan kekuatan mereka membesar menjadi anak soleh, solehah.
Antara doanya, Ya Allah..panjangkanlah umur anak-anak ku, terangilah hati mereka, lembutkanlah hati mereka, teguhkanlah iman di dada mereka dan perbaikilah amal perbuatan mereka.
Boleh tambah juga, lapangkanlah segala rezeki mereka, dekatkanlah mereka dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan. Jadikanlah mereka orang berjaya dunia dan akhirat.
Jadikanlah anak-anakku soleh dan solehah juga berbakti pada orang tua dan kabulkanlah doaku ini Ya Allah..sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijabnya..Amin
Apa kata kita mulakan hari ini kaedah ini sebagai satu amalan demi membina sebuah rumah tangga bahagia dan anak-anak sentiasa menjadi penyejuk hati kita sehingga ke akhir hayat.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenaikan barang selepas PKP yang panjang ini begitu terkesan pada kita. Nilai wang RM50 hanya dapat dibeli dua atau tiga barangan dapur sahaja. Jadi di mana logiknya jika suami memberikan duit poket pada isteri dengan jumlah itu. Sama sekali tak relevan.
Perkongsian Firdaus Shakirin, penulis yang gemar berkongsi tentang kehidupan ini berkongsi kisah perbelanjaan keluarga hari ini. Benar, suami tambahlah duit poket isteri!
Semalam teman isteri beli barang mentah. Saya pilih ikan, saya bagi orang tu timbang, dia pun lekatkan tanda harga pastu saya tengok 2 ekor bawal, RM18.
Saya ambik ikan kembung, timbang, tengok harga RM25. Ambik cencaru 4 ekor, RM15. Saya ikut isteri ke bahagian sayur, ambik bendi, tomato, sawi, carrot, cili, timbang, tengok harga. Saya congak dalam kepala harga semua barang tu, pastu ready untuk p bayar.
“Ada apa-apa lagi tak?” Saya tanya dia.
Isteri kata tak de cuma jap lagi kena beli ayam kedai lain pulak ok, terus ke kaunter, bayar. Semua yang isteri ambik, dalam RM90 then terus ke kedai ayam. Sebelum dia turun, saya hulur RM50. Pastu dia masuk balik, dia bagi dalam RM15.
“Ayam tadi berapa?” Saya tanya. RM35 untuk 2 ekor, saiz sedang, singgah kejap bang kedai cina depan tu, nak ambik minyak, santan, tepung sikit. Saya hulur lagi RM50 sebelum turun kereta.
Dia naik kereta, dia bagi baki RM30. Total barang dia beli, yang memang dia perlu beli tu dalam RM20. Sampai je rumah, saya kira balik,
Itu sekali dia beli, belanja untuk guna maximum seminggu, minimum 4 hari. Selalunya dan kebiasaannya, seminggu 2 kali keluar belanja barang mentah. Jadi anggaran dalam RM300 seminggu untuk barang mentah SAHAJA.
Setiap kali dia cakap “ESOK NAK KELUAR BELI BARANG”, maka setiap kali tu lah saya topup beg duit dia. Letak RM100 – RM150, selit pulak lagi RM50 untuk spare kalau tak cukup.
Lepas balik keje, saya tengok baki dalam beg dia, saya topup lagi setakat mana yang ada dalam beg sendiri.
Itulah LIVING COSTS hari ni, itulah hakikat dan kenyataan perbelanjaan dapur, barang mentah si isteri. No way dan impossible dah kalau bagi RM50, pastu bila isteri kata tak cukup, kita anggap dia boros, tak pandai manage duit.
Barang-barang hari ni harganya tak murah ya wahai para suami. Naikkan duit poket si isteri, duit belanja isteri seiring dengan keadaan dan situasi semasa 2022, nak BERJIMAT macam mana pun tak tahu dah.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.
Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.
Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.
Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.
Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.
Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol dimata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.
Mungkin dia pandai menjada adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.
Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.
Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.
Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.
Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.
Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.
Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.
Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir. Bahkan ada yang tak habis belajar pun.
Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Doktor PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.
Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.
Kes tragis melibatkan bayi berusia dua bulan yang meninggal dunia ketika sesi penyusuan menjadi peringatan penting tentang keselamatan penyusuan bayi dan langkah pencegahan yang perlu diketahui ibu bapa.