Suami Sakitkan Hati Isteri, Allah Akan Tarik Berkat. Sebab Tu Jangan Buat Isteri Terasa

Share

Bukan nak salahkan satu pihak sahaja tetapi sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan hubungan suami isteri dilaporkan. Jika dilihat pada matlamat awal perkahwinan masing-masing nak hubungan berkekalan namun kerana ada kesilapan, itu yang buatkan hubungan makin renggang.

Pesanan Imam Muda Hassan yang selalu berkongsi ilmu rumah tangga ini boleh dimanfaatkan bersama-sama agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.

“Takkan senang orang yang menzalimi, dan takkan susah orang yang dizalimi”. Ini ungkapan seorang guru teman yang teman akan ingat sampai bila-bila.

Sabda Nabi SAW, doa orang yang dizalimi itu tergolong dalam golongan orang yang mustajab doa.

Walaupun luka hati seorang isteri sukar untuk dirawat, tapi cukuplah Allah sebagai tempat mengadu, Dia yang boleh menyembuhkan luka dalam hati.

Cukuplah seorang isteri mendoakan kebaikan buat suaminya, dan mendoakan juga kebaikan pada dirinya sendiri. Jika suami melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap isteri, mohon agar Allah tunjukkan kebenaran pada suaminya. Kadang-kadang kerana ego seorang suami, dia tidak nampak kesalahan dirinya, biarlah Allah jentik hatinya untuk dia tahu salah silap dirinya.

Isteri doalah,
“Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Sumber: Hassan Adli
“Ya Allah, jadikanku suami yang mithali”

**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Published by
Wan Amy