Seorang isteri dan ibu sama sekali tak menyangka akan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan dua anak perempuannya. Nurfahtiha Tahir juga menganggap ini adalah kebetulan dan rezeki Allah.
Dua orang puteri kesayangannya iaitu Aisyah Safiyyah Ahmad Shukri, 4, dan Alessya Sumayyah Ahamad Shukri, 1, dilahirkan pada tarikh hari jadinya iaitu pada 11 September.
Menerusi laporan mStar, Nurfahtiha atau lebih mesra disapa Tia meluahkan rasa syukur apabila dia diberi rezeki dan gembira dengan persamaaan tersebut memandangkan mudah untuk menyambut hari lahir bersama dua orang anaknya itu.
“Buat masa ni, saya ada dua anak saja. Si kakak lahir pada pukul 10.45 pagi manakala adiknya jam 5.45 petang, kedua-duanya pada 11 September.
“Memang saya seronok dapat sambut birthday bersama dengan dua anak, dan saya rasa special sebab tak ramai orang dalam dunia ni dapat momen dua anak sama tarikh lahir dengan ibu mereka,” katanya.
Menceritakan kembali pengalamannya, Tia mendedahkan pernah bergurau dengan suaminya untuk mendapatkan hari lahir yang sama bersama anak-anak.
Ads
Jelasnya lagi, suaminya telah membuat perancangan tarikh anak mereka dilahirkan dan ketika hamil, suaminya itu sering bercakap dengan bayi dalam kandungan supaya ‘keluar’ pada 11 September.
“Kisahnya, saya dan suami pernah sembang bergurau nak anak lahir sama birthday dengan saya. Sebabnya masa tarikh kahwin kami dulu, saya sebenarnya nak buat pada tarikh birthday saya tapi tak dapat sebab clash dengan tarikh kahwin abang kepada suami.
“Suami yang rancang agak-agak tarikh anak ‘keluar’ sebab anak pertama due date 12 September 2018 dan anak kedua pula 9 September 2021.
Ads
“Tapi sebelum masing-masing lahir, suami yang banyak bercakap dengan anak dalam perut supaya keluar pada 11 September. Dengan keluarga pun dia beriya cakap macam tu. Orang cakap masin mulutlah,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, ibu yang berusia 29 tahun itu memaklumkan ada segelintir individu yang tidak percaya tarikh lahir dua orang anaknya itu adalah sama sepertinya sehinggakan dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan dua orang puterinya itu untuk membuktikan.
Apa yang menghiburkan hati Tia, ramai yang bergurau dengannya dan menyatakan suaminya itu pandai ‘setting’ masa untuk anaknya lahir pada tarikh yang diidamkan oleh mereka berdua.
Dari segi luaran nampak seperti biasa saja tapi siapa sangka wanita ini digelar ‘Iron Lady’ gara-gara bertugas di puncak menara berkembar KLCC.
Selaku juruteknik akses tali, Maya Sidek sama sekali tidak gentar bekerja di mercu tanda Kuala Lumpur yang berketinggian 88 tingkat sambil memakai alat keselamatan lengkap.
Kredit: Sivakumar
Bercerita lanjut mengenai pekerjaan yang amat berisiko ini, ibu kepada bayi lelaki berusia 3 bulan menyatakan semuanya bertitik tolak daripada hobi kesukaannya iaitu sukan lasak ‘rock climbing’.
Meskipun awalnya diakui gayat, tapi lama kelamaan perasaan itu lenyap dengan sendiri. Sehingga kini sudah 5 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan.
Selain itu, Maya yang kini berusia 30 tahun juga tak menyangka suaminya juga turuit berkecimpung dalam bidang sama. Hal ini kerana, dia sedar bukan semua lelaki boleh menerima calon isteri yang kerja lasak sepertinya.
Walaupun menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu Maya masih kekal dengan karier dan hobi kesukaannya sebelum kahwin. Malah dia turut memasang impian untuk bawa anaknya turut serta lakukan aktiviti ekstrem dengan harapan membesar jadi lelaki yang ‘lasak.’
“Jadi ibu tak membataskan seseorang untuk masih kekal dengan hobi dan karier yang kita suka masa sebelum kita berkahwin. I will bring my son too join soon. Biar jadi budak lasak sikit.”
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Tindakan Yang Boleh Kita Buat Apabila Dipukul, Dikasari Dan Dicederakan
Setiap individu mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk keganasan, sama ada berlaku di tempat awam mahupun di kawasan persendirian. Sekiranya seseorang memukul kita, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil mengikut undang-undang dan prosedur yang betul.
Berikut perkongsian penuh info Mufarwa Farid yang merupakan seorang peguam di Messrs Hanif Hassan & Co dan juga pensyarah di Fakulti Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bila ada orang pukul kita, ada dua tindakan boleh kita lakukan:
1- Report polis. Kes itu akan dibawa ke Mahkamah oleh Pendakwa Raya. Orang yang pukul kita tu akan dihukum penjara setahun atau denda RM2000 (Seksyen 323 Kanun Keseksaan).
2- Saman. Kita failkan saman terhadap orang yang pukul tu dan kita boleh minta seberapa banyak ganti rugi yang kita mahukan daripada dia.
Lelaki tersebut dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu gagal mengawal kemarahan bertindak menyerang pemandu wanita berkenaan.
3- Boleh ke kita buat dua-dua? Ya boleh.
4- Boleh ke kita buat salah satu saja? Ya, pun boleh. Tapi, report polis tu wajib buat dulu.
5- Apa beza antara dua itu?
Kalau report polis, kes tu jadi kes jenayah. Kita tak perlu lantik Peguam sebab ‘peguam’ kita adalah Pendakwaraya. Dia akan backup kita di Mahkamah nanti.
Kalau kita saman, ini hanyalah kes sivil. Kita perlu ambil Peguam dan Peguam akan uruskan prosedur dan backup kita di Mahkamah.
6- Kalau takda duit nak bayar Peguam macam mana?
Kalau takda duit, tak perlu saman. Tak perlu hire Peguam. Biarkan saja kes tu jadi kes jenayah saja. Pendakwaraya itu percuma. Kita tak perlu bayar apa-apa.
7- Kalau saya report Polis, tapi Polis tak nak teruskan kes. Macam mana?
Dapatkan maklumat anggota Polis yang ambil report. Nama anggota tersebut ada dalam report yang kita buat. Kemudian, buat aduan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.
Anda boleh lakukan aduan melalui emel atau secara terus di laman web suruhanjaya ini.
Petugas barisan hadapan (Frontliners) yang memberi sepenuh perhatian dan tenaga dalam merawat pesakit-pesakit berdepan dengan pandemik Covid-19 sangat menyentuh hati orang ramai. Mereka semua kini sudah keletihan kerana komitmen yang terlalu tinggi diperlukan bagi merawat pesakit-pesakit positif Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat.
Terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tanggungjawab kepada negara dan orang ramai, pengorbanan mereka turut mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyumbangkan makanan buat petugas-petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ramai lagi yang tampil untuk terus memberikan bantuan dan sokongan termasuklah chef cilik yang tidak asing lagi di Malaysia, Danish Harraz dilihat dalam ciapan di Twitternya pada pagi ini ingin memasak dan menghantar makanan yang dimasaknya sendiri kepada frontliners sebagai salah satu bentuk sokongan buat petugas yang tidak kenal erti penat lelah itu.
Niat Danish itu disambut baik oleh semua pengikutnya di Twitter. Ramai yang tampil memberikan nombor-nombor yang boleh dihubungi oleh Danish untuk realisasikan niat baiknya itu. Dalam ciapannya yang lain Danish turut menyatakan bahawa ada langkah tertentu yang diperlukan bagi menghantar makanan terus ke petugas.
Malah ada juga yang turut berbesar hati memberikan sedikit sumbangan untuk membantu niat Danish ini. Dalam ciapan itu juga Danish menyatakan petugas-petugas khas turut memerlukan makanan kering seperti biskut, nescafe dan sebagainya.
Nak masak Chili Tuna Pasta
Dalam thread yang lain Chef cilik ini turut menyatakan dia tidak kisah jika memerlukan dirinya memasak dalam kuantiti yang banyak dan berharap bahan untuk masakan yang akan dibuat mencukupi. Paling menarik dia ingin memasak makanan signaturenya yang menjadi kegemaran ramai iaitu Chili Tuna Pasta.
Semoga lebih ramai di luar sana yang prihatin dengan pengorbanan para petugas barisan hadapan. Bukan sahaja buat petugas dan kakitangan KKM, malah cleaner, Polis, Tentera dan juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Maka kita yang berada di rumah ini teruslah berada di rumah dan tidak keluar seperti yang diarahkan. Teruskan berdoa dan jika mampu bolehlah menyumbang kepada tabung-tabung bantuan yang ada. Semoga penularan wabak ini dapat dibendung dan negara kita bebas Covid-19 tidak lama lagi. STAY SAFE, STAY AT HOME!
Kenapa Bayi Menangis? Fahami Bahasa Tangisan Bayi Anda
Tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi dengan dunia luar, terutamanya dengan ibu bapa mereka. Ia mungkin kedengaran...