Suami dan isteri mempunyai keperibadian yang berbeza. Cara mereka dibesarkan juga tidak sama. Sejak kecil, lelaki dididik untuk menjadi anak yang berdikari dan sentiasa menyelesaikan masalah sendiri. Anak perempuan pula dimanjakan dan lebih kepada melayan perasaan.
Di dalam sebuah videonya, Imam Muda (IM) Hassan ada berkongsi tentang cara suami isteri menangani sesuatu isu itu berbeza. Di dalam videonya itu, IM Hassan ada memberi contoh situasi:
Apabila anak lelaki bermain basikal dan terjatuh lalu ibu bapa akan menyuruhnya bangun dan berhenti menangis. Berbeza dengan anak perempuan, ibu bapa akan memujuk dan bertanya jika si anak sakit di mana-mana.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]
Itulah yang membentuk perwatakan anak lelaki dan perempuan sehingga dewasa. Oleh itu apabila sudah berkahwin, cara mereka menangani sesebuah masalah itu juga tidak sama. Cara bercakap antara suami dan isteri juga berbeza.
Suami menyelesaikan masalah manakala si isteri lebih suka melayan perasaan. Seperti contoh situasi yang diberikan oleh IM Hassan, apabila seorang wanita itu mendapati rakan di pejabatnya memakai pakaian yang sama dengannya, dia akan bercerita hal itu dengan kawan yang lain untuk meluahkan perasaannya. Hal ini boleh berlanjutan sehingga ke petang.
Apabila pulang ke rumah, si isteri akan bercerita hal yang sama kepada suami. Tidak sampai 10 saat, suami akan menyarankan agar si isteri tidak perlu memakai pakaian itu lagi. Mudah!
Sebenarnya isteri suka bercerita sekadar untuk MELAYAN PERASAAN dan apabila suami mendengarnya, dia akan MENCARI PENYELESAIAN untuk situasi tersebut.
Di dalam video tersebut, IM Hassan turut menasihatkan agar si suami dengarkan luahan isteri kerana itu yang mereka mahu. Beri kepuasan kepada mereka dengan menjadi pendengar yang baik dan kemudian baharulah dicadangkan penyelesaian yang tepat untuk si isteri. Dalam rumah tangga, paling penting untuk suami isteri saling memahami.
Artikel Menarik: [Solat Jemaah, Baca Al-Quran Bersama. Hati Suami Makin Cinta Pada Isteri]