Jangan pandang rendah air tangan isteri walau pun memasak telur goreng & berkuahkan kicap, berkatnya bila makanan dinikmati bersama-sama, kalah makanan mahal! Hubungan kelurga makin rapat & erat.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini cukup menyentap jiwa. Kebanyakan daripada kita menyasarkan sesuatu yang mahal dan mewah untuk menggembirakan keluarga, tapi tidak menyangka hanya dengan hidangan ringkas ini momen keakraban antara suami, isteri & anak-anak boleh dicipta.
Serius dulu saya ingat nasi putih yang dimakan bersama kicap dan telur mata kerbau ni makanan murahan!
Sehinggalah pada suatu hari tu saya terlupa nak beli barang barang dapur. Maka berkeroncong lah perut saya dan keluarga pada malam tu.
“Aduh, ini makanan zaman duduk rumah sewa zaman bujang ni”
Nak beli barang dapur, pasar dan kedai dah tutup. ” Saya masak nasi dengan telur goreng je boleh abang? “, bidadari saya memberi cadangan.
” Ok sayang “, jawap saya ringkas. Dalam hati ada juga terdetik ” Aduh! Ni makanan zaman saya duduk rumah sewa ni masa zaman habis SPM dulu ni. Makanan orang bujang ni! ” tapi sebab perut dah lapar sangat jadi saya iyakan je lah.
Bila tengok bidadari makan penuh nikmat & anak berebut nak disuap, tiba-tiba jadi sebak
Siap je bidadari saya hidangkan nasi panas berlaukkan telur mata kerbau, terus saya ajak anak anak dan bidadari saya makan bersama.
Bila tengok bidadari saya makan dengan penuh nikmat, anak anak pun berebut nak disuap sebab terlalu berselera. Tiba-tiba saya bertukar sebak.
Terlalu cari benda mahal & eksklusif, sedangkan ada benda yang murah & sederhana yang membahagiakan
Barulah saya tersedar, kadang-kadang saya ni terlalu mencari benda benda yang fancy, mewah dan eksklusif untuk mendapatkan kebahagiaan padahal kebahagiaan tu ada je di sekeliling kita walaupun pada benda yang murah dan sederhana!
Makan bersama anak anak dan isteri ni rupanya nikmatnya bukan pada makan benda benda yang mahal dan mewah tapi nikmatnya terletak pada bonding yang tercipta.
Kita tatap mata anak kita, kita suap mereka, kita layan cerita cerita seharian mereka dan kita bantu suapkan pasangan kita yang sedang kesibukan melayan karenah anak anak kita. Inilah bonding yang sedang kita cipta!
Sungguh, malam tu saya makan dengan penuh berselera dan nikmatnya bukan main! Mengalahkan pengalaman makan di Me’Nate, Sushi King, Nasi Kak Wok dan mengalahkan mana mana hotel 5 bintang!
Suap Anak, Suap Isteri. Anak Pula Berebut Disuap Ibu.
Nak bahagia, jadikan meja makan sebagai tempat untuk cipta bonding
Sumber: Taufiq Razif [theproparenting.com]
Foto: http://cikgug-jah.blogspot.com