Bila dah berumah tangga, seorang isteri hanya nak suami memahaminya. Begitu juga suami mesti juga nak seorang isteri yang rajin dan boleh menjaga dengan baik. Orang kata bila dah berkahwin pasangan kita ini lah yang akan melengkapi antara satu sama lain.
Namun suami dan isteri kenalah sama-sama jadikan rumah tangga itu sentiasa bahagia dengan sama-sama perbaiki dan menutup kelemahan satu sama lain.
Melalui apa yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin yang banyak menulis tentang ilmu rumah tangga, pasangan kena ambil tahu dan jangan biar seorang saja menguruskan semuanya dalam satu masa. Bahagilah tugas baru tiada rasa tekanan.
Bila dengar isteri dah mula meninggi suara dengan anak-anak, bila nampk isteri dah mula marah anak-anak melebihi yang sepatutnya, bila nampak isteri moody dan serabut, itu tandanya isteri sedang meminta pertolongan suami.
Kadang-kadang, dia tengah buat kerja di dapur, tengah memasak datangnya anak, anak tanya tentang kerja sekolah yang dia tak tahu. Isteri ni tengah ada kerja lain ni, tangan tengah kotor, baru lepas potong ayam, pastu dia tengok suaminya sedang pegang HP, sengih-sengih depan HP.
Ads
Kalau la dia boleh cakap, “P tanya abah, suruh dia yang ajar, dia bukan buat apa pun dari tadi…”
Tapi tak, dia kata kejap lagi ibu dah free, ibu ajar…p duduk kat depan dulu.
Kadang-kadang, isteri tengah lipat baju, lepas tu si adik bagi tumpah air terus dia jerit kat si kakak atau si abang, ambik kain, lap kan…dia tengok suami, suami tengah tengok TV, gelak-gelak depan TV.
Kalau la dia boleh cakap, “Abang, boleh tolong tengok apa yang anak tengah buat tak…saya ni tengah lipat kain…”
Ads
Tapi tak, dia suruh anaknya yang umur 7 tahun tu untuk jaga adik, tengok apa yang adik buat…
Sebagai suami, adakalanya kita ni hanya perlu jadi peka dan cakna dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, dalam rumah kita..Kalau anak-anak pergi ganggu isteri kat dapur, kita panggil, kita ajak duduk dengan kita. Letak tepi HP, tutup TV, layan anak-anak.
Ads
Kalau kita dengar isteri tinggi suara atau marah anak-anak, kita pergi kat isteri, kita tenangkan keadaan, kita bagi dia cool down. Benda tumpah, kita lapkan…benda kotor, kita bersihkan…benda bersepah, kita kemaskan.
Memang isteri tak kata direct, tak bagi arahan untuk kita buat dan tak cakap nak kita tolong, tapi situasi dan keadaan tu memerlukan bukan hanya dia seorang sahaja untuk handle. Dia perlukan pasangannya “turun padang”, struggle sama-sama dengan dia.
Ini cara isteri hantar S.O.S pada suami…”Abang, tolong saya boleh…?”
Pasangan doktor, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Harlina memang terkenal di instagram apabila sering berkongsi tip keibubapaan dan juga kisah harian anak-anak mereka iaitu Bella, Tasha, Adam dan Noah.
Dr.Harlina berkongsi situasi dimana Noah marah apabila beliau hanya fokus pada telefon pintarnya dan tak mengendahkan Noah.
Lambat pegi sekolah sebab tertidur balik. Noah ni walaupun agak lasak, tp dia memang tak suka kalau I tgk phone when he is around. Dia nak mommy main dgn dia.. kalau I tgk phone in front of him.. he will take the phone and throw it on the floor, then he will pick it up, and throw again, and pick up and throw again… until I play with him. So, no phone in front of Noah!
One thing I really respect about my husband, he never browse his phone in front of our children. Believe it or not. I memang tak pernah nampak langsung dia main phone depan the anak2… *salute*
Perkongisan Dr. Harlina menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang mengikuti beliau di instagram. Ada juga yang telah mempraktikan cara ini.
Ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran itu sebagai peringatan khususnya kepada ibu bapa kerana mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu akan dikenakan tindakan tanpa kompromi.
“Tiada alasan. Tiada kompromi. Kealpaan anda membawa padah. Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut PDRM, jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
Media sebelum ini melaporkan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kenderaan dengan kejadian terbaru berlaku di Seremban, Negeri Sembilan pada 12 Oktober lalu.
Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas ditinggalkan kira-kira tiga jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan.
Pada 28 April lalu pula, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan lebih lima jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Sementara itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba setelah empat jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, pada 16 Mac lalu.
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.
Bila kita faham akan perkara ini, maka bila kita mahu melatih anak berpuasa, kita boleh membuat keputusan yang baik sendiri tanpa perlu mengikut apa yang orang lain paksa ke atas kita.
SEDIKIT PANDANGAN IBU MENGENAI MENDIDIK ANAK-ANAK KECIL BERPUASA – SELAMAT BERPUASA SEMUA
Ada anak yang boleh mula dilatih dari usia 4 tahun atau 3 tahun. Ibu bapanya melatihnya perlahan-lahan. TIDAKLAH terus menghabiskan satu hari, mungkin untuk beberapa jam dahulu. Mungkin untuk tahun itu, hanya berpuasa 1 hingga dua jam sehari. Dan bila sudah 5 -6 tahun sudah boleh berpuasa penuh dan kuat. Kerana ada anak-anak kecil yang meminta untuk berpuasa. Oleh itu, ibu bapa yang bijak akan melatih anak itu dengan baik.
Apatah lagi bila ibu bapa itu dapat membimbing anak itu agar faham, berpuasa bukan sahaja bermaksud berlapar. Tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang salah di sisi Allah dan yang tidak berfaedah.
Boleh Latih Self Control
Sesungguhnya, latihan berpuasa untuk anak-anak kecil, melatih mereka ‘SELF CONTROL’ , mengawal diri. Ini termasuklah mengawal diri dari berkelahi dengan adik-beradik atau orang lain, mengeluarkan perkataan tidak elok, menonton rancangan TV yang tidak berfaedah, melawan kata-kata ibu bapa dan banyak lagi. Mengawal diri juga mengajar anak-anak itu untuk mengawal diri dari malas bersolat, mengaji dan belajar.
Bila anak kecil yang sudah faham untuk dibawa bersembang, maka kita boleh menyemaikan kefahaman ini. Walaupun dua jam dia berpuasa, konsep berpuasa itu dia telah faham, dan ini membina corak pemikiran sihat di dalam diri anak itu.
Anak yang dididik dengan sabar, penuh kasih-sayang dan penuh ilmu begini, kita akan mendapati bila mereka masuk sekolah dan menjadi remaja, mereka akan mudah dibawa berunding.
Oleh itu janganlah mengherdik ibu bapa yang mula melatih anak berjinak-jinak dengan berpuasa pada usia yang nampak masih kecil, 3 atau 4 tahun. Berpuasa satu dua jam sehari. Asalkan mereka TIDAK memaksa dan menghukum anak mereka sebab tidak berpuasa, berilah sangkaan dan sokongan yang baik kepada mereka. Kerana memang ada anak yang boleh dan mahu berpuasa cuba-cuba pada usia ini.
Tidak Memaksa Tapi Memujuk
Jika kita lihat dari hadith pun kaum wanita muslim pada zaman Nabi s.a.w juga melatih anak-anak mereka pada usia kecil. Tidak memaksa tapi memujuk dan membantu anak kecil itu untuk melupakan lapar itu dengan memberi mainan.
Dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi’ bint Mu’awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:
وَنَصْنَعُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
(Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa”
Ada yang mengatakan mesti mengajar anak solat dan mengaji dulu, itu yang penting. Dalam masa yang sama, kita perlu juga faham, ada ibu bapa dan anak-anak yang boleh melakukan semua ini dengan cemerlang sekali gus dan mereka bukan memaksa dan bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan orang lain. Mengapa mereka boleh? Mungkin itulah yang hendak kita pelajari dan bukan cemuhi.
Selalunya kita akan mendapati anak-anak mereka itu mencintai beribadah kepada Allah, melakukan perkara-perkara baik, berakhlak mulia. Ibu bapa ini kita lihat orang biasa sahaja, bekerja di pejabat atau ada bisnes sendiri, hidup seperti orang biasa…mereka orang biasa yang sebenarnya telah mewujudkan ISLAM di dalam diri mereka yang menjadikan contoh kepada anak-anak mereka . Dan mereka ini elok untuk kita contohi dan tidak caci atau kutuk atau cemuhi dengan kata-kata seperti; ‘Yang penting ajar solat dan mengaji dahulu…’ Kata-kata seperti ini memberi satu andaian kita menyangka ibu bapa itu tidak mengajar anak-anak mereka akan solat dan mengaji dan hanya memaksa anak-anak kecil mereka berpuasa.
Tumpang Bahagia Jika Ada Ibu Bapa Lain Melatih Anak Mereka Berpuasa
Eloklah kita menahan diri dari melontarkan perkataan-perkataan dan sangkaan seperti itu.
Sebaliknya, tumpang bahagia kerana ibu bapa itu bijak melatih anak-anak mereka dan berlapang dada serta membuka minda untuk belajar dari mereka.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu sedar, ada ibu bapa yang telah menyediakan suasana, tarbiyah dan contoh yang baik untuk anak berpuasa. Namun, umur sudah menjangkau 9 tahun, namun masih payah untuk menghabiskan sebulan berpuasa. Jangan pula bersangka buruk kepada diri dengan sangkaan seperti ‘aku ibu/bapa yang tak pandai’. Marahkan diri dan rasa tertekan. Ketahuilah ianya hanya satu situasi yang sebenarnya sedang membantu anda mengeluarkan kehebatan anda dalam mendidik diri dan anak-anak. Be kind to yourself. Raih ilmu dan pohon doa dari yang Maha Mengetahui. Dia yang boleh memudahkan.
Lagi pun, ramai anak-anak kecil yang boleh menahan lapar dahaga hanya apabila usia mereka mencapai 8 – 9 tahun. Dari segi fizikal ramai anak kecil yang cepat lapar. Oleh itu, latih sahaja perlahan-lahan. Dia belum wajib lagi. Kita hanya mahu membiasakan sahaja. Melatih sahaja. Maka latihlah perlahan-lahan. Tidak perllu bimbang dengan desakan orang lain.
Bersabar & Banyak Mendidik Jiwa Anak
Untuk ibu bapa anak-anak sebegini, perlu banyak bersabar dan banyak mendidik jiwa anak untuk bersabar menahan lapar. Selagi dia belum baligh, maka kita didiklah dengan perlahan-lahan. Anak-anak sebegini perlu dikuatkan kawalan dirinya terhadap mindanya selain kuatkan fizikalnya, agar dia boleh lasak lagi.
Mula dengan mengawal diri dari memikirkan makanan, air dan keletihan. Mereka ini perlu menguatkan hati mereka untuk kemas dalam melakukan sesuatu. Oleh itu banyakkan bercerita mengenai orang yang kuat semangat dan perkara sedemikian. Ajarkanlah doa-doa yang boleh membantu mereka mengawal diri.
Puji mereka bila mereka sudah boleh bertahan lapar untuk separuh hari, kemudian satu hari dan seterusnya. Biar fokus mereka beralih daripada mengingatkan sakitnya lapar kepada gembiranya kerana dihargai oleh diri dan orang lain. Sabar, memahami, mendidik dan senantiasa boleh menyokong mereka mengatasi perasaan mahu mengaku kalah, adalah kunci untuk mereka boleh berjaya.
Jaga Kata-Kata Kita
Bagi kita orang luar yang melihat, JANGAN pula mencemuh ibu bapa dan anak ini. Jaga kata-kata kita. Kata-kata seperti, ‘ Ni dah 8 tahun tak berpuasa ni, mak ayah tak pandai didiklah ni.’ Atau membanding-banding dengan anak sendiri yang sudah lengkap berpuasa walaupun baru 6 tahun. Kita beri ibu dan bapa serta anak-anak itu kata-kata semangat.
Eloklah mengingatkan diri untuk menahan diri dari berburuk sangka dan buruk kelakuan. Itu sebenarnya intipati di dalam ibadah berpuasa ini yakni menahan diri – self-control.
Kita mesti selalu ingat, beribadat ini adalah untuk mencari redha Allah. Dan ibadat berpuasa ini Allahlah yang menghakimkannya. Berlumba-lumba bukan dengan menjatuhkan orang lain. Tetapi berlumba-lumba untuk diri mencapai lebih cepat kejayaan di sisi Allah. Tuhan yang Maha layak Menghakimkan.
Doa Ibu, semoga, bulan Ramadhan ini membawa bersamanya rezeki melimpah ruah dan rahmah Allah kepada kita semua.
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.