Bila dah berumah tangga, seorang isteri hanya nak suami memahaminya. Begitu juga suami mesti juga nak seorang isteri yang rajin dan boleh menjaga dengan baik. Orang kata bila dah berkahwin pasangan kita ini lah yang akan melengkapi antara satu sama lain.
Namun suami dan isteri kenalah sama-sama jadikan rumah tangga itu sentiasa bahagia dengan sama-sama perbaiki dan menutup kelemahan satu sama lain.
Melalui apa yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin yang banyak menulis tentang ilmu rumah tangga, pasangan kena ambil tahu dan jangan biar seorang saja menguruskan semuanya dalam satu masa. Bahagilah tugas baru tiada rasa tekanan.
Bila dengar isteri dah mula meninggi suara dengan anak-anak, bila nampk isteri dah mula marah anak-anak melebihi yang sepatutnya, bila nampak isteri moody dan serabut, itu tandanya isteri sedang meminta pertolongan suami.
Kadang-kadang, dia tengah buat kerja di dapur, tengah memasak datangnya anak, anak tanya tentang kerja sekolah yang dia tak tahu. Isteri ni tengah ada kerja lain ni, tangan tengah kotor, baru lepas potong ayam, pastu dia tengok suaminya sedang pegang HP, sengih-sengih depan HP.
Kalau la dia boleh cakap, “P tanya abah, suruh dia yang ajar, dia bukan buat apa pun dari tadi…”
Tapi tak, dia kata kejap lagi ibu dah free, ibu ajar…p duduk kat depan dulu.
Kadang-kadang, isteri tengah lipat baju, lepas tu si adik bagi tumpah air terus dia jerit kat si kakak atau si abang, ambik kain, lap kan…dia tengok suami, suami tengah tengok TV, gelak-gelak depan TV.
Kalau la dia boleh cakap, “Abang, boleh tolong tengok apa yang anak tengah buat tak…saya ni tengah lipat kain…”
Tapi tak, dia suruh anaknya yang umur 7 tahun tu untuk jaga adik, tengok apa yang adik buat…
Sebagai suami, adakalanya kita ni hanya perlu jadi peka dan cakna dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, dalam rumah kita..Kalau anak-anak pergi ganggu isteri kat dapur, kita panggil, kita ajak duduk dengan kita. Letak tepi HP, tutup TV, layan anak-anak.
Kalau kita dengar isteri tinggi suara atau marah anak-anak, kita pergi kat isteri, kita tenangkan keadaan, kita bagi dia cool down. Benda tumpah, kita lapkan…benda kotor, kita bersihkan…benda bersepah, kita kemaskan.
Memang isteri tak kata direct, tak bagi arahan untuk kita buat dan tak cakap nak kita tolong, tapi situasi dan keadaan tu memerlukan bukan hanya dia seorang sahaja untuk handle. Dia perlukan pasangannya “turun padang”, struggle sama-sama dengan dia.
Ini cara isteri hantar S.O.S pada suami…”Abang, tolong saya boleh…?”
Sumber: Firdaus Shakirin